Sunday, October 18, 2009

Penangan 1 Malaysia di 2 Perak

3.30 petang, 18 Oktober 2009

Seorang pemandu bas sekolah berbangsa India yang teman kenali berhenti di kedai kecik teman. Teman tanya pasai aper Ahad bawak bas. Dia jawab nak pegi Beruas ambik orang India bawak ke Ipoh, One Malaysia. Oooo.

Menurutnya lebih 1500 buah bas terutama bas sekolah dikerah membawa orang ramai ke Ipoh. Esok sekolah yang ada bebudak datang naik bas, diarahkan bercuti ganti. Ade bas yang bawa orang ramai dari Kedah, ade dari Selangor dan ade dari Kuala Lumpur. Perak usah citerler.

Kemudian teman pegi nyembang dengan sorang pekerja di kedai teman, Kak Lah (bukan panggilan sebenar). Kak Lah ni PPRT sejak 15 tahun yang lalu. Suaminya yang lumpuh telah 10 tahun meninggal dunia. Anak ade tiga orang. Dua anaknye kojer kilang di Ipoh. Sorang lagi yang baru setahun abih SPM kojer dengan teman.

Dalam bulan Februari 2009, iaitu sebaik MB DPulau mengangkat sumpah sebagai “MB Perak”, satu majlis menyambut dan meraikan MB DPulau telah diadakan di Lumut. Kak Lah masa tu tetiba jer mintak cuti. Cuti nak pegi ke Lumut.

"Pukui berapa majlis tu?"

"Pukui 8.00 malam".

"Pegi dengan ape?"

"Dengan bas. Naik bas pukui 6.00 petang."

"Kak Lah kejeler belah pagi. Petang karang baru Kak Lah pegi".

Monyok jer Kak Lah apabila teman tak bagi cuti.

Petang esok Kak Lah datang keje. Masih monyok.

"Ghamei ker nyambut MB semalam Kak Lah?"

"MB datang lepaih pukui 12 malam. Tiga pagi baru sampai rumah."

"Seghonokler kene angin laut".

"Seghonok aper? Panaih. Nyamuk. Nasikpun sebungkuih. Itupun ghase udah nak basi".

"Ngape Kak Lah monyok jer? Kak Lah marah teman ker sebab tak bagi cuti semalam?"

"Idak aih Ncik Mat. Kak Lah tak marah Ncik Mat. Deme tu kata kalo pegi dapat RM50.00. Tapi apahpun tak dapat. Kalo nak juge RM50.00 tu, kene tunggu siang. Siang baru bank bukak. Deme suruh keme mintak duit kat manager bank".

Minggu lepaih, Kak Lah sekali lagi mintak cuti. Esok nak cuti. Nak pegi open house UMNO. Dato Zaim datang. Teman tanya open house tu pukui berapa?

"Pukui 12.00 tengahari hingga 6.00 petang".

"Tak payahler Kak Lah cuti. Lepaih kojer, Kak Lah pegiler. Takkan makan sampai sejam".

"Tak boleh Ncik Mat, kena datang pukui 12. Balik pukui 6. Kalo idak deme tak bagi duit raye".

"Kalo Kak Lah cuti juge, gaji Kak Lah RM20.00 tu, teman bagi kat orang lain yang ganti Kak Lah".

Kak Lah angguk. Dan esoknye memang Kak Lah tak datang kojer.

"Deme tak ngajak Kak Lah pegi Ipohker malam ni?"

"Ade deme ngajak. Tak sior Kak Lah. Buat penat jer. Bukan dapat duitpun. Janji jer nak bagi".

"Kanker deme udah bagi banyak duit raye? Itu duit 1 Malaysia".

"Duit raye? Sampui jer cantik. Dalamnye dua ringgit jer Ncik Mat".

"Kak Lah terambik yang bebudak punye".

"Takkanler silap. Semua keme yang nunggu tu dapat dua ringgit jer. Udahler gaji Kak Lah RM20.00 Ncik Mat potong".

4.30 petang, 18 Oktober 2009

Teman ke Ipoh. Ngantor anak balik ke Taayah. Lepaih tu teman Asar di masjid Muhibbuddin dekat hospital. Bini teman kata kat ataih ghamei oghang-oghang tua baring nunggu nak ke stadium. Teman kata kat bawah lengang jer. Gamaknye 1 Malaysia ni untuk pompuan tua jer. Kemudian teman ke UO neman bini shoping. Teman window shoping jer.

6.00 petang, 18 Oktober 2009

Teman sajer musing menambah sesak hala ke stadium. Dari Fair Park penuh dengan bas dan oghang-oghang tua yang berjalan kaki ke stadium. Kesian. Kat maneler deme nak semayang karang? Mengesot hingga ke bulatan stadium. Teman suruh anak bongsu teman kira jumlah bas yang dia nampak. Dari bulatan stadium hingga ke simpang dari highway selepas JPJ, anak teman kata 103. Wow, banyaknye bas. Saujana mata memandang.

Teman teruih ke Tasek makan mee rebus Ramli. Kelihatan masih banyak bas yang datang dari arah Kuala Kangsar.

7.30 malam, 18 Oktober 2009

Teman maghrib di Masjid Idrisiah. Ade sebuah bas jer di luar masjid. Macam kenai jer bas ni. Kat ataihnye tertulih “Rosyam Nor”. Masa teman maghrib terdengor hon bas memanggil penumpang. Ponn .. ponn. Masa teman nak balik, bas masih ade lagi.

"Dari mane makcik?"

"Dari Bote".

Pukui 8.00 bas dan teman meninggalkan perkarangan masjid.

Teman bukak radio Ipoh. Jarang teman bukak radio Ipoh. DJ Azaziz memaklumkan lebih 70 ribu yang datang mengunjungi Stadium Perak malam ini. Semua kerusi yang berjumlah 35 ribu telah dipenuhi. Lebih 1000 buah bas masih menurunkan penumpang di luar stadium. Dan tepat 8.45 malan, PM 1 Malaysia masuk ke Stadium Perak.

9.00 malam, 18 Oktober 2009

Alhamdulillah, teman selamat sampai ke rumah.

3 comments:

  1. Salam.. kita ni orang yg mampu, makan jer lah kat umah.!! Untuk orang-orang yg umno yg tak mampu nak makan tu.. biar jer la dorang tu makan kat stadium ngan 1M..!! rezeki dorang..!!

    ReplyDelete
  2. fulus punya pasal..tu sebab say selalu sebut org UMNO ni takkan bergerak kalau takda fulus

    ReplyDelete