Sunday, October 11, 2009

PR menanti gol ke-8

Teman mengikuti dari jauh akan suasana kempen dan pilihanraya di PRK Bagan Pinang yang sedang berlangsung hari ini. Teman menjangkakan yang PR berpeluang cerah untuk memenangi PRK ke-sembilan selepas PRU 12 pada 8 Mac 2008. PR sedang mendahului 7-1. Ketika ini PR dalam usaha mendapatkan golnya yang kelapan, manakala BN terkapai-kapai mencari gol keduanya.

Teman tidak begitu selesa menguatkuasakan perkataan PAS atau PKR atau DAP dalam pertarungan menentang BN. Menggunakan perkataan PAS atau PKR atau DAP hanya akan menggembirakan BN. Pimpinan parti komponen PR tidak perlu menyebut nama-nama partinya dalam PRK atau PRU. Biarlah pengundi yang menyebutnya. Pengundi sememangnya memahami bahawa bendera PAS, PKR dan juga DAP adalah bendera PR. Oleh itu tidak perlulah pendokong PR mengulang-nyebut nama partinya dalam setiap kali adanya PRK atau PRU.

Ada beberapa faktor yang teman dan pembaca sedia maklum yang telah memberi ruang untuk PR memenangi PRK DUN Bagan Pinang pada hari ini. Antara faktor-faktornya ialah,

1. Tun Madey telah mengingatkan UMNO supaya tidak mencalonkan tokoh rasuah UMNO demi maruah UMNO. Sedikit sebanyak pengundi veteran UMNO yang setia sehidup semati dengan Tun Madey tidak akan mengundi Isa Samad ataupun tidak keluar mengundi.

2. Isa Samad dilihat sebagai seteru politik MB Hassan. Penyokong-penyokong MB Hassan seboleh mungkin akan menggagalkan usaha penyokong Isa Samad untuk menobatkan semula Isa Samad sebagai ADUN . Kehadiran Isa Samad walaupun bukan sebagai exco atau MB NS, tetap akan membuatkan MB Hassan sentiasa bermasalah dalam pentadbirannya.

3. Dijangkakan lebih 80 peratus Pengundi Cina dan India akan mengundi PR. Ini berdasarkan perkembangan masalah dalam parti politik MCA dan MIC. EGM MCA tidak menyelesaikan masalah, bahkan menambah-kusutkan lagi masalah BN.

4. Lokasi Bagan Pinang yang tidak begitu jauh dari pusat bandar yang merupakan kubu kuat PR memberi kelebihan kepada PR. Pengundi yang tinggal atau berulang alik ke Seremban, Nilai dan Kuala Lumpur akan mempengaruhi semula pola pengundi tradisi UMNO. Mereka akan besama PR pada kali ini.

5. Tekanan dan pendedahan yang tidak putus-putus oleh pimpinan PR terhadap kelemahan undi pos membuatkan SPR perlu berhati-hati mendominasi undi pos untuk BN. SPR kelihatan telah hilang arah tujunya untuk memenangkan UMNO melalui undi pos. Dijangkakan anggota tentera akan lebih berani mengundi PR pada kali ini.

6. Peranan media alternatif seperti laporan ikhlas para blogger dalam pelbagai bahasa telah merancakkan suasana dan keberkesanan setiap kali adanya PRK. Golongan muda yang melayari internet akan memaklumkan isu-isu terkini kepada pengundi berusia.

Gollllllllllllllll .....

PR : 8 BN : 1



No comments:

Post a Comment