Politik itu persepsi. Kekadang rakyat dikelirukan antara pemikiran politik dan pemikiran parti politik. Bahkan tidak semua pemimpin parti politik memahami maksud politik. Tetapi sejak era reformasi lebih kurang 10 tahun yang lalu, rakyat semakin faham akan peranan parti politik dalam politik Malaysia. BN semakin lemah. Tidak pernah UMNO mengemis melutut sebegitu rupa memohon simpati rakyat . Tidak pernah PAS mengecapi kejayaan yang begitu besar dalam pilihanraya. Tidak pernah terbayang yang PAS dan DAP boleh berkawan melalui orang tengah PKR. Semuanya ini berlaku dalam tempoh 10 tahun. Rakyat bertambah yakin dengan gandingan yang dinamakan PR. Rakyat dengan tidak berkira sangat tentang latar belakang agama dan bangsa telah bersepakat menyetujui yang DSAI sebagai PM selewat-lewatnya pada PRU 13.
DAP melangkah gagah dengan berjaya menidakkan pengaruh MCA dan Gerakan. PAS juga telah berjaya mentarbiahkan pengikutnya supaya selesa mengundi calon bukan Islam. PKR pula berjaya menambat hati penyokong UMNO dan MIC untuk mengundi PKR, PAS dan DAP. Inilah kejayaan yang tidak boleh dinafikan. Kesannya, UMNO amat gentar untuk menghadapi PRU 13. UMNO mula memperlihatkan bahawa UMNO itu sebuah parti yang mahu memahami citarasa rakyat. UMNO mula melakukan perubahan demi perubahan. Dan yang menarik, pimpinan utama PAS terus menyalak dan menganggap perubahan ini sebagai gimik.
Di ketika UMNO sedang merawat lukanya, PAS mula menunjukkan simpati. Bahkan beberapa pimpinan utama PAS telah berjaya diperangkap oleh UMNO. Rakyat marhaen bertambah hairan apabila pemimpin-pemimpin ini masih terus degil dan sombong tanpa meminta maaf di atas ketelanjuran mereka. Bahkan suara dan pidato mereka semakin berbelit-belit seperti UMNO. Tahniah kepada UMNO kerana dalam sakit masih mampu menghuru-harakan PR melalui PAS.
Saya berpandangan, jikalau Presiden PAS sayangkan masa depan PAS, silalah berundur. Pendekatan politik di Malaysia hari ini tidak sama dengan pendekatan politik 20 tahun yang lalu. Pemimpin politik harus terus segar dan sentiasa bersedia dengan pemikiran yang sesuai mengikut suasana semasa. TGNA di Kelantan walaupun telah lanjut usia, pemikiran dan ketajaman akalnya lebih hebat daripada Tuan Presiden. Tidak malukah Tuan Presiden yang berbadan besar diherdik oleh seorang tua yang bertubuh kecil?
Kami rakyat marhaen mengharapkan PR memerintah Malaysia. Tidak ada gunanya PKR dan DAP kuat jikalau PAS tidak bersama. Bermakna, selagi Presiden PAS terus degil untuk mengungguli kerusi presiden, bukan PAS sahaja yang sakit, tetapi PKR dan DAP juga akan demam menghadapi UMNO.
Janganlah Presiden PAS menjadi seperti Samy Vellu yang mahu mati sebagai Presiden MIC. Jadilah seperti Pak Lah yang berundur sebelum UMNO merempat. Jadilah pesara politik yang disegani oleh kawan dan lawan. Biarlah PAS disusun semula. Apakah PAS milik ulama? Apakah tokoh-tokoh lain seperti MB Nizar dan Husam Musa tidak boleh memimpin PAS? Apakah Tuan Ibrahim Tuan Man tidak boleh diharap untuk menjadi Presiden PAS yang baru? Tetapi jikalau Nasharudin Mat Isa dan Nasrudin Tantawi masih mahu bertanding dan menang pula, usahlah diharap lagi yang PR akan memerintah Malaysia pada PRU 13.
Saya bukan ahli PAS yang aktif. Saya bukan perwakilan atau pemegang jawatan dalam PAS. Saya adalah pengundi biasa yang hanya menyumbang satu undi untuk PR. Mungkin satu undi saya ini tidak diperlukan oleh PAS. Maklumlah PAS disokong oleh rakan barunya UMNO!
he he salam mamamat
ReplyDeleteTeman ni dulu join PAS dan masih PAS tetap sokong supaya TGHA mengundurkan diri dari Presiden PAS- ahli PAS 2882739
teman agak setuju dgn pekara yang mike syorkan
ReplyDeleteNabi kita dah bersabda : Kita baru balik dari medan perang (ZAHIR)...kita akan menghadapi peperangan yang LEBIH BESAR (Jihad Nafsu BATIN)...PAS sudah lali dengan KEKALAHAN..berjaya mengurus kekalahan...TAPI...belum tentu boleh urus KEMENANGAN...bagi aku UMNO..menolak SYARIAT zahir dan batin...TAPI PAS menerima syariat ZAHIR dan memandang enteng ...kadang2 mencemuh orang2 SYARIAT BATIN...pada Jihad Nafsu adalah Jihad Akbar...
ReplyDeleteAnda telah dirasuk oleh semangat inginkan kemenangan,anda telah berjaya dipengaruhi oleh umno.Pas berjuang untuk mendapatkan kerhedaan Allah bukan semata mata untuk menang.Buat apa menang jiak tidak ada keredhaan Allah.Jika menang brsama dap dan pkr sekalipun jika tidak dilaksanakan hudud buat apa?Adakah dap sanggup melaksanakan hudud?Ingat kita berjuang kerana nak menegakkan Islam bukannya unuk menang.BN bukan musuh kita tapi kawan kita.Anda seharusnya menguasai sifat dai' iaitu berdakwah bukan menghukum.Jika anda terus menghukum umno sebagai sesat adakah orang umno akan sokong pas/saya rasa tidak sekali bahkan kebenciannya kepada pas akan terus memuncak.Adakah seseorang yang membenci pas akan menyokong pas?.Sifat berdiam diri kadang kala amat penting dalam uslub dakwah.Saya harap anda belajar uslub dakwah sebagaimana yang di garis ulama seperti Hassan al banna.Hassan al banna tidak pernah menghukum neraka kepada pegunjung kelab malam dan peminum arak tetapi hanya mengajaknya kepada kebaikan.Adakah berkers dengan umno mendatangkan kebaikan kepada kita?jangan biarkan orang membenci kita kerana sifat keras kita sedangkan kelembutan amat perlu dalam berdakwah.Anda hanya mengharapkan kemenangan dengan sokongan bukan islam.adakah anda percaya mereka ini akan bertolak ansur dengan syriat islam sedangkan mereka keluar mca dan mic kerana tidak bersetuju dengan tolak ansur dengan umno walaupun dalam perkara agama.INGATLAH WAHAI SAUDARA KITA BERJUANG UNTUK MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH BUKANNYA KEMENANGAN.KEMENANGAN HANYALAH BONUS DARI ALLAH.ADAKAH ANDA SUKA BERGADUH DNGAN SAUDARA SENDIRI DAN BERBAIK DENGAN BUKAN ISLAM?.ANDA BERKERAS DENGAN ORANG ISLAM DAN BERLEMBUT DENGAN BUKAN ISLAM ITULAH PERANGAI KHAWARIJ.JANGAN ANDA JATUH KEPADANYA.
ReplyDeletekah kah kah kah kah, nak suroh org UMNgOk sokong pas, kene lah baik dengan UMNgOk yer, kah kah kah kah kah, nak baek dengan UMNgOk, kene la ikut cakap UMNgOk, kah kah kah kah kah. udah yer masuk ke dalam UMNgOk, kah kah kah kah kah kah
ReplyDeleteBercakaplah dari ilmu dan tarbiah..sememangnya persepsi perjuangan itu lahir dari tarbiah perjuangan...maka kalau nak ditarbiah...aktiflah dalamperjuangan...baru paham erti perjuangan Islam... Karat umNo tak dapat dirungkai dengan membaca blog dan menjadi penyokong PAS sekalipun setegar mana...
ReplyDelete