Monday, October 19, 2009

Sepatutnya Nazrin kekal sebagai Raja Muda, bukannya Sultan Perak ke-35

Merujuk tulisan terbaru RPK ,

... Taktik Najib amat mudah. Nazrin, anak kepada Sultan Azlan Shah, tidak sepatutnya menjadi Raja Muda. Dan ini bermakna, dia tidak sepatutnya menjadi Sultan kelak. sekiranya Sultan Azlan mangkat. Kerajaan Pusat tidak akan menyokong Nazrin sebagai Sultan Perak seterusnya. Lihatlah apa yang berlaku di Negeri Sembilan. walaupun Yamtuan melantik anaknya sebagai Raja Muda, tidak bererti dia akan menjadi Yamtuan.

Oleh itu, sama ada Nazrin boleh menjadi Sultan atau tidak bergantung kepada hubungan baik dengan kerajaan Pusat. Tetapi hubungan baik itu hanya boleh diperolehi sekiranya Barisan Nasional menjadi kerajaan negeri. Kalau Pakatan Rakyat masih lagi menjadi kerajaan negeri, maka Nazrin terpaksa membayar harganya apabila tiba masa untuk menggantikan bapanya....

Dan tulisan teman yang lalu,

...Pemilihan dan perlantikan Raja Pemerintah bagi Negeri Perak dibuat oleh Dewan Negara Perak. Sistem yang diamalkan ialah menerusi kenaikan pangkat Bakal Sultan dan tidak mengikut sistem turun menurun dari Raja Pemerintah kepada puteranya. Sistem yang unik ini adalah melalui ikut giliran pemerintahan. Buat masa ini Negeri Perak mempunyai tiga Keluarga diRaja yang memerintah secara giliran. Keluarga yang dimaksudkan ialah dari Keluarga Iskandar, Yusuf dan Abdullah. Kebiasaannya sekiranya seorang Sultan pemerintah mangkat, bakal pemerintah menggantinya adalah daripada keluarga yang berikutnya, dan keluarga Sultan yang mangkat terpaksa menunggu akan giliran mereka untuk memerintah Negeri mengikut susunan yang telah ditetapkan oleh Dewan Negara. Oleh itu apabila seseorang Sultan itu mangkat, seluruh keluarga baginda terpaksa mengosongkan Istana didalam masa 100 hari, dan Istana tersebut akan didiami pula oleh keluarga Sultan yang baru...

Sila baca lagi di : http://jantantuya.blogspot.com/2009/03/raja-di-hilir-bakal-sultan-perak-ke-35_10.html

Raja Muda Dr. Nazrin adalah keluarga Sultan Azlan. Mengikut UndangUndang Tubuh Perak, baginda tidak layak diangkat sebagai Sultan Perak bagi menggantikan Sultan Azlan, melainkan Sultan Azlan turun tahta ...

Wallahualam.

2 comments:

  1. gua ada gak dengar criter ni dari sedara2 kat perak nun...depa kata patutnya orang lain...dan cerita hal kesultanan perak ni bleh kata diketahui oleh kebanyakkan rakyat perak...

    entahlah...gua pun tak berapa paham...sebab gua orang selangor...

    ReplyDelete
  2. Miker pulak yg memandai2..kalau semua merujuk pada pakar rajapetra dan anwar berahim.. queen elizabeth pun bukan queen sebenor england. Udah2 le tu buat fitnahnya. ALLAH dah tunjuk sapa sultan sebenor. Kalau tak suka.. jgn menulis yg bebukan..nampak bebenor bingong nyer kamu ni. Ruper org meren pun ade miker ni

    ReplyDelete