Thursday, November 5, 2009

Gambor MB DPulau telah dibuang ...

Teman baru balik jalan-jalan sebelum jalan-jalan lagi. Sepeninggalan teman, tiga lagi lemas di Sungai Kampar. Takziah kepada keluarga mereka. Lusa teman akan keluar meninggalkan Perak untuk beberapa hari lagi. Harap-harap janganler ada lagi yang mati lemas.

Teman balik dengan bas. Pukui enam petang tadi bas yang teman naiki melalui hadapan Bangunan SUK Ipoh sebelum menurunkan teman di Medan Kidd. Teman terperasan selalunya di pagar Bangunan SUK itu akan kelihatan wajah-wajah gelap MB DPulau yang dicerahkan di banner atau di kain-kain rentang. Tetapi petang tadi kosong. Tidak terdapat sebarang banner di pagar Bangunan SUK Ipoh. Dan mata teman terus mencari dan mencari. Tidak ada lagi wajah MB DPulau. Di hadapan Perpustakaan hanya ada gambar PM Najib dengan 1 Malaysianya. Kebiasaannya di mana ada PM Najib, adaler MB DPulau di banner yang sama.

Teringat esok Khamis, 5 November 2009. Esok Mahkamah Persekutuan akan menyemak semula keputusan samada sah atau tidaknya MB DPulau sebagai MB Perak. Lagipun Dato’ Ngeh ada menyebut bahawa DUN Perak akan dipohon untuk dibubarkan pada petang Jumaat. Apakah ketiadaan gambar MB DPulau berkaitrapat dengan keputusan yang tidak memihak kepada MB DPulau? Apakah PM Najib akan mengotakan slogannya yang rakyat diutamakan? . Apakah PM Najib akan mempromosi dan memprovokasi bahawa UMNO adalah parti yang menghormati keputusan mahkamah? UMNO telah berubah demi rakyat. Tetapi ingat, jikalau tidak ada sesuatu yang menguntungkan UMNO, PM Najib tidak akan memberikan lampu hijau untuk mahkamah mengistiharkan MB NIzar sebagai MB Perak yang sah.

Teman berpandangan, sekiranya MB Nizar kembali ke pejabatnya di Bangunan SUK, tangguhkan dahulu pembubaran DUN Perak. Laksanakan dahulu keputusan Sidang DUN Perak yang dipengerusikan oleh Speaker Sivakumar. Ganesan dan Hee Yit Fong mesti dihantar ke penjara selama enam bulan. MB DPulau dan Hamidah mesti menglangsaikan denda RM500,00.00 kepada kerajaan Perak. Mana-mana YB UMNO dan pegawai-pegawai kerajaan serta ketua-ketua kampung yang menggunakan peruntukan wang negeri semasa pentadbiran haram MB DPulau hendaklah disurcaj. Batalkan semua perjanjian sepanjang tempoh ini atas nama kerajaan negeri. Bersihkan dahulu penyalahgunaan kuasa oleh UMNO di Perak sebelum MB Nizar ke istana memohon perkenan untuk membubarkan DUN Perak.

Jikalau DUN Perak dibubarkan sebelum sampah-sampah tinggalan mereka dibersihkan, UMNO masih mempunyai tenaga untuk memanipulasi rakyat untuk mengundi UMNO dalam PRU DUN Perak. Tetapi jikalau sampah ini dapat dilonggok dan dihantar ke tapak pelupusan, 1 Malaysia tidak lagi percaya kepada UMNO.

Oleh itu, jangan mudah bebenor untuk bubarkan DUN Perak.

Entah-entah malam ini deme taruh gambor MB DPulau yang baru. Gambor yang putih melepak ...

6 comments:

  1. gambo baru..gambo yang puteh melepak!! wah!!! kelakar benor teman rase wehh!!

    Hidup Rakyat!

    ReplyDelete
  2. Deme kate takpe Perak buat pilihanraya DUN, sebab terlalu komplek. Deme nak ambik Selangor.

    ReplyDelete
  3. salam yob. lame bebnor teman tak jengok mike.

    takpe, kite tunggu drama ni bersambung camne. kalo tak jadi apa pun elok jugak, bukan boleh menang pun. melayu kite dok camtu jugak.

    ReplyDelete
  4. Menteri Besor Haram Dpulau tu...direbus hari2 dengan clorox pun tak di mahunya puteh wehoiii..

    ReplyDelete