Maafler .. dalam saghi dua ni, bila memalam jer, cepat bebenor teman mengholoh. Maklumler teman kojer senang, iaitu kojer yang takde nilai-nilai murni. Buruk cakap, kalo yang berurusan dengan teman tu tetiba sakit ker atau udah nak tumpor ker, lantaknye ler dia. Takde teman hajapkan tubuh badan dia. Teman diamanah untuk selamatkan dulu mende lain yang menjadi milik sah dia. Apabila mende yang diselamatkan itu benor-benor selamat, baruler teman pegi tengak dan buat apa yang patut pada si dia tu ...
Kome tekeler apeker jenih kojer teman ni? Teman bagi klu. Kojer teman memang tak berjenih ..
Kome tekeler apeker jenih kojer teman ni? Teman bagi klu. Kojer teman memang tak berjenih ..
Thursday, November 19, 2009
ReplyDeleteTG Nik Aziz Sebagai Mudalilul Am?
Akhbar Sinar Harian melaporkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu bertanggungjawab dengan kekeliruan dan semaraknya perpecahan di kalangan umat Islam yang dicetuskan oleh kenyataan-kenyataan berhubung agama yang disesuaikan dengan kepentingan politiknya.
Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa’amah, 64, berkata, sudah sampai masa baginya membuat teguran secara terbuka, biar pun akan dimusuhi kerana tindak-tanduk Mursyidul Am Pas sudah keterlaluan dan diselubungi rasa takbur. Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan berkata, banyak kenyataan Nik Abdul Aziz tidak bersandarkan ijtihad ulama dan mentafsirkan Al-Quran berdasarkan pemahaman sendiri yang sentiasa disesuaikan dengan kepentingan tertentu.
“Bagi saya, beliau bukan lagi Mursyidul Am tapi Mudalilul Am (Penyesat Umum). Beliau orang yang sesat, itu hakikatnya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pondoknya di Tumpat.
Sebagai guru agama pondok, Tuan Haji Abdullah Sa'amah tentunya amat arif dengan segala kekeliruan yang telah dituturkan oleh TG Nik Aziz selama ini. Marilah sama-sama kita sorot kembali sebahagian omongan yang pernah beliau ucapkan di akhbar-akbar:
“Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” – Berita Harian, 12 Mei 1999.
“Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.
"PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan takapa ..." - Berita Harian, 25 Jun 1999.
"Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit darimana?" - Utusan Malaysia, 26 November 1994.
"Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia dimana tempatnya." - Utusan Malaysia, 28 April 1999.
"Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.
"Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.
tok guru pondok pun dah sokong BN kerr
ReplyDeleteTok Guru,
ReplyDeleteAku tak tau dah banyak mana airmata Tok Guru yang mengalir sepanjang perjalanan perjuangan Tok Guru.
Aku tak tau dah banyak mana tohmahan dan fitnah yang telah dilemparkan terhadap Tok Guru.
Aku tak tau dah banyak mana kesedihan dan keperitan yang dialami oleh Tok Guru.
Tapi aku tau sejauh mana keikhlasan Tok Guru dalam memperjuangkan keadilan dan kesaksamaan.
Aku tau sejauh mana pengorbanan yang telah dilakukan oleh Tok Guru.
Aku tau sejauh mana kejujuran Tok Guru dalam menanggung amanah yang diberikan.
Dan aku sakit hati bila ada orang melakukan khianat terhadap Tok Guru.
Aku sakit hati bila ada orang yang menuduh dan memfitnah Tok Guru.
Aku sakit hati bila ada orang yang cuba menjatuhkan Tok Guru.
Jangan diambil sedekah orang yang khianat.
Jangan diambil budi orang yang berperangai iblis.
Jangan diambil peduli mereka yang cuba mengkhianati Tok Guru.
Aku masih menghormati Tok Guru sebagai pemimpin rakyat.
Aku masih menghormati Tok Guru sebagai pemimpin masyarakat.
Sebab aku tahu
Pengorbanan Tok Guru adalah untuk rakyat.
Air mata Tok Guru adalah airmata untuk rakyat.
Dan doa Tok Guru adalah doa untuk rakyat.
Aku tak ada duit nak sponsor Tok Guru.
Dan aku tau Tok Guru juga tak perlu duit aku untuk pergi Mekah.
Tapi aku sakit hati, bila niat Tok Guru untuk ke Mekah di putarbelitkan oleh orang lain.
Hari ini aku jual getah.
Lepas tolak duit beras.
Lepas tolak duit gula dan kopi.
Lepas tolak duit belanja anak kesekolah.
Lepas tolak duit bayar bil air dan api.
Lepas tolak bayar duit streamyx.
Aku masih ada RM2.00 untuk aku sedekahkan kepada Tok Guru.
Supaya Tok Guru dapat mengerjakan Haji pada tahun ini.
Supaya Tok Guru dapat berdoa didepan Kaabah untuk kesejahteraan kami.
Supaya Tok Guru dapat terus berjuang untuk kebebasan kami.
Dan aku percaya, masih ramai diluar sana yang akan bersetuju dengan aku.
Kita hantar Tok Guru ke Mekah dengan wang rakyat.
Kita hantar Tok Guru ke Mekah dengan duit penoreh getah, duit petani, duit penjaja, duit pekerja kilang, duit nelayan.
Kita hantar Tok Guru ke Mekah dengan penuh keikhlasan.
Kita tidak mengharapkan pembalasan.
Kerana kita tahu…
Pengorbanan Tok Guru adalah untuk rakyat.
Keikhlasan Tok Guru adalah untuk rakyat.
Airmata Tok Guru adalah untuk rakyat.
Doa Tok Guru adalah untuk rakyat.
Kita buktikan….
Bahawa Tok Guru sentiasa dekat dihati rakyat.
- ehsan MSK -
Yop
ReplyDeleteApe ke namenye keghoje tak bejenih tu?? Tak gheti teman nak nekenya?
stiap manusia pasti mati.bg TGNA,beliau dh selesai hal dunia dia,ajak kpd ma'ruf,cegah munkar.di mana kdudukn kita skrg? tpuk dada,tnya iman masing2, jgn sbb politik dunia kita snggup caci maki ssama muslim tnpa dalil2 yg jelas. skalipn yg menegur itu tok guru lah pondok genting, adakh bliau sndiri tiada ksilapan? apakh adab2 menegur dan peringkat2nya? fikir2kn
ReplyDelete