BN udah ngelejat. MIC udah dapat adik tiri iaitu Parti Makkal Sakhi. Bapaknya Makkal Sakhi ialah PM 1Malaysia. Gerakan yang merupakan parti elit Cina yang pelbagai agama telah mati tiga suku badannya. Presidennya Koh Tsu Koon terus tenggelam dalam dunia NKRA dan KPI misi PM 1Malaysia. Walaupun Idris Jala dihantar untuk membantunya, ternyata Koh Tsu Koon masih dibelenggu rasa sedih yang amat sangat. Sedih dan irihati melihat Lim Guan Eng begitu berjaya mentadbir Pulau Pinang.
MCA parti Cina kampung beragama Buddha yang diasaskan oleh Tan Cheng Lock sedang mengekori nasib Gerakan. Kedegilan presidennya, Ong Tee Kiat mengundur diri membuatkan MCA sentiasa dalam krisis. Undur bermakna akan hilanglah kekebalan menghadapi kes PKFZ. MCA tidak mungkin sempat untuk mengukuhkan kesatuan ahlinya menjelang PRU 13. MCA akan hanyut bersama arus deras Sungai Kampar yang telah mengorbankan tiga pelajar UTAR. Kematian tiga pelajar UTAR ini adalah petanda yang MCA juga akan mati kelemasan. Ini kerana UTAR adalah hasil perjuangan sekian lama MCA menuntut penubuhan Universiti Merdeka untuk Cina daripada UMNO.
UMNO yang mengepalai BN terpaksa berhadapan dengan soalan-soalan cepu mas bertali arus daripada rakyat berparti dan tidak berparti. Lawan UMNO iaitu PR amat beruntung kerana kehadiran sordadu percuma yang tidak dikenali untuk melawan UMNO. Sordadu percuma ini sentiasa mengingatkan rakyat tentang Altantuya, tentang Kapal Selam Schorpen, tentang rasuah UMNO, tentang rampasan kuasa di Perak dan banyak lagi . Kemunculan semula Bala sememangnya mengundang bala kepada PM 1Malaysia.
Kesannya, semangat ahli UMNO semakin luntur untuk memenangkan UMNO. Hanya golongan tua yang begitu taksub dengan UMNO. Itupun jumlah mereka semakin berkurangan. Beberapa siri PRK telah membuktikan bahawa UMNO tidak lagi relevan. Hanya PRK Bagan Pinang sahaja yang berjaya menyelamatkan maruah UMNO. Sekiranya kata-kata Tun Madey diambil kira, kemenangan ini akan hanya mengundang masalah besar kepada UMNO pada PRU 13. Persepsi rakyat, UMNO adalah parti yang sentiasa menghalal dan melindungi amalan rasuah pimpinannya.
PR juga tidak ketinggalan dengan masalah dalamannya, samada masalah itu dicetuskan oleh UMNO atau dibantu-cetuskan oleh pimpinan parti. DSAI terus dihambat oleh mangsa ‘liwat’nya si Saiful. UMNO menggunakan Saiful untuk menghalang DSAI daripada berterusan menyerang UMNO. Peristiwa dua ADUN PKR Perak melompat menyokong UMNO telah sedikit sebanyak berjaya mencalarkan karisma DSAI sebagai pemimpin rakyat. Usaha UMNO untuk menidakkan kewibawaan DSAI terganggu apabila PR menang dalam tujuh PRK. Dan kemenangan yang paling bermakna ialah apabila PR berjaya merampas kerusi UMNO di PRK Kuala Terengganu.
Ketika rakan dan penyokong PR sedang menuding tangan kepada PKR atas kelemahan dan kesilapan DSAI, tetiba PAS pula dilanda krisis. Bermula dengan UG antara PAS dan UMNO. Walaupun telah wujud desas-desus UG sebaik selepas PRU 12, Presiden PAS terus menerus menafikannya. Pengakuan PM Islam Hadhari terhadap adanya usaha antara PAS dan UMNO untuk menubuhkan UG demi Melayu telah mengecewakan pengundi dan penyokong PAS. Rakyat marhaen teramat kecewa kerana Presiden PAS sanggup menipu pengundi dan penyokongnya. Presiden PAS memang penipu!
Muktamar PAS telah mengekalkan kumpulan UG dalam organisasinya. Nasib baik TGNA masih mampu menahan keghairahan pimpinan PAS untuk bersama UMNO. Tetapi hari ini kumpulan UG atas kerjasama UMNO berjaya menyerang balas atas sedikit kesilapan TGNA sehingga TGNA terpaksa membatalkan niat hajinya. Sehingga ke hari ini Presiden PAS belum mengeluarkan kenyataan tentang apa sebenarnya yang berlaku kepada Mursyidul Am PAS. Presiden PAS juga gagal mengawal tingkah laku anak-anak Ali yang sedang membocorkan rahsia bai’ah PAS di khalayak ramai. Ternyata Presiden PAS telah gagal memikul amanah tanggungjawab menjaga keharmonian organisasinya. Jikalau organisasi yang di bawah seliaannyapun gagal diurus, apalah diharap lagi untuk mengurus pengundi dan penyong PAS. Jauh sekali mengurus negara.
Gerakan telah bungkam dalam perjalanan yang panjang. PPP entah mati entah menyepi. MIC hilang kewarasan kerana mabuk kuasa. MCA buntu antara PKFZ dan Chua Seks. UMNO pula sedang merangkak bertatih untuk berdiri dan berlari. PKR tebal muka kerana malu meliwat dan melompat. PAS teraba-raba mencari semula rentak perjuangan fisabillillahnya.
Terima kasih DAP ...
salam perjuangan,
ReplyDeletesila ke blog saya yang tak seberapa
http://askamakalikada.blogspot.com
DAP=Depa Amat Pandai.,
ReplyDeleteKehilangan satu Adun yg.menambah parah krisis di PERAK,mereka senyap,sahingga ke hari ini,kita cuma ingat yg.melompat cume ADUN PKR.
DS.Nizar,dan spker.Siva kumar bertungkus lumus berhadapan dgn Pelbagai kerenah UMNO.,puak puak DAP tidak nampak apa apa yg mereka lakukan.,selain dari sokongan Moral.
Kemudian mereka membuka keahlian kepada Melayu.,tidak pula menimbulkan syak wasangka tujun mereka,sedangkan jika dulu ada di kalangan Ahli DAP Melayu,yg.menang di DUN Perak,pasti nya MB bukan DS Nizar.,malah ketika perlantikan DS Nizar di peringkat awal,hampir menimbulkan perpecahan Pakatan.,kerana mereka tidak setuju.,mujur undang undang tubuh Negeri Perak menyatakan sedemikian.
Depa Amat Pandai(DAP).,buat sementara waktu ini mereka akan ikut rentak gendang tari.,sahingga satu masa bila mana segala nya terserlah peluang yang ada.,mereka mencengkam kita.
Orang Tua tua berkata,sebaik mana pon atau se pepat mana pon di luar akan rencong di dalam.
Terima kasih DAP.
Jgn Maree!!!!!!!
inderaputra80!
ReplyDeleteDAP = Depa Amat Pandai
UMNO = Untuk Melayu No Otak (seghopa hang)
Ha ha ha he he he…ANWAR TAK RETI APA PUN EKONOMI..SABDA : Mahated orang suruhan BN Umngok yang diheret kesana kemari sekarang…ludahlah ke langit TED ooooiiii…AKU SETUJU…ini MENGESAHKAN UMNO parti TERBODOH dalam dunia dan akhirat…17 tahun ANWAR dalam UMNO dan jadi berbagai MENTERI termasuk MENTERI KEWANGAN di bawah DAGU..Al Nyanyuki MAHATED menjadi Presiden UMNO terbangang…Anwar tak reti apa2 ekonomi…Mahated tak ajor ke ANWAR tu menteri kau sendiri…PATUTLah orang MELAYU ketinggalan dalam EKONOMI..kecuali UMNOPUTERA…gampang…MAHATED hanya doctor biasa RETI ke EKONOMI…
ReplyDelete