Tuesday, October 20, 2009

Rasional penyalahgunaan perundangan oleh UMNO di Perak

Sebaik berakhir Sidang DUN Perak di Hotel Heritage yang hanya dihadiri oleh Speaker Sivakumar dan 27 ADUN PR, MB Nizar memaklumkan bahawa kesemua ADUN PR tidak akan hadir pada Sidang DUN anjuran UMNO sekiranya sidang tersebut diadakan. MB DPulau mengherdik kenyataan MB Nizar dan tidak mengambil kisah akan ketidakhadiran ADUN PR. Oleh kerana terlalu gembira dan yakin yang ADUN PR tidak akan hadir pada Sidang DUN anjuran UMNO, maka Ganesan segera memanggil semua ADUN Perak termasuk ADUN PR supaya hadir pada Sidang DUN anjuran mereka pada 28 Oktober 2009.

Tetapi MB DPulau tersentak apabila Speaker Sivakumar memanggil semua ADUN Perak untuk menghadiri Sidang DUN Perak pada tempat, tarikh dan masa yang sama.Tindakan ADUN PR yang mahu hadir ke Sidang DUN atas panggilan Speaker Sivakumar telah merosakkan program perundangan perampasan kuasa oleh UMNO yang belum selesai. Ini diakui sendiri oleh PM 1 Malaysia.

UMNO akan memulakan Sidang DUN dengan Timbalan Speaker, Hee Yit Foong mengambil-alih seketika tugas Speaker Sivakumar yang tidak hadir. Hee Yit Foong akan meluluskan usul melantik Ganesan sebagai Speaker DUN Perak yang sah bagi menggantikan Speaker Sivakumar. Tetapi tindakan Sivakumar yang tetap hadir ke Sidang DUN atas kapasitinya sebagai Speaker telah merosakkan program UMNO untuk merampas kuasa secara perundangan dan seterusnya mengesahkan status MB DPulau sebagai MB Perak .

Kehadiran 28 ADUN PR termasuk Speaker Sivakumar akan membuatkan politik Perak semakin cacamarba. Di kala ini kita akan lihat Speaker Sivakumar menghalau keluar 10 ADUN yang telah digantung kehadiran mereka ke Sidang DUN Perak. Sivakumar juga akan menghalau Ganesan keluar dari dewan. Dalam waktu yang sama, bentara dewan tidak akan mematuhi arahan Speaker Sivakumar. Sebaliknya Ganesan akan sekali lagi menyelamatkan UMNO dengan memerintahkan bentara dan polis mengheret Sivakumar keluar dari dewan. Sememangnya ini yang diharapkan oleh Sivakumar dan semua ADUN PR. Bahkan jikalau polis boleh mengusung dan mengheret keluar 27 ADUN PR yang lain, ini akan lebih memalukan PM 1 Malaysia. Dan persidangan yang berlangsung selepas itu masih berstatus sama dengan 7 Mei 2009. Keputusannya tetap tidak sah. Sekiranya ada bajet yang diluluskan, bajet tersebut tetap tidak sah dan pegawai kewangan negeri tidak akan berani menurunkan tandatangan untuk membelanjakan wang negeri. Ini kerana Speaker Sivakumar yang sah, telah diperlakukan seperti binatang oleh UMNO.

PM 1 Malaysia mendapat malu yang besar. MB DPulau tersepit. UMNO yang mahu berubah semakin parah. Maka dirancang pula Pelan B. Sidang DUN ditangguhkan kerana dua ADUN rasuah tidak mendapat pelepasan mahkamah. Keputusan MB Nizar di Mahkamah Rayuan yang sepatutnya diputuskan pada 5 November 2009, juga mungkin ditangguhkan kerana perlantikan MB DPulau sebagai MB Perak masih gagal disahkan oleh dewan. Perancangan UMNO ialah Mahkamah Rayuan akan mengesahkan MB Nizar sebagai MB Perak yang sah. Penyokong PR akan gembira. Penyokong UMNO juga akan lega. Tetapi pengesahan mahkamah itu telah terlewat kerana kedudukan MB NIzar sebagai MB Perak telah gugur melalui Sidang DUN. Itu yang diharapkan oleh UMNO.

Sesungguhnya tindakan ADUN PR memanggil dan mengadakan Sidang DUN Perak pada 28 Oktober ini adalah untuk menelanjangkan kebiadaban dan kerakusan UMNO kepada ahli UMNO itu sendiri. Bukan sahaja 1 Malaysia, bahkan 1 Dunia sedang menyaksikan amalan rasuah dan penyalahgunaan perundangan secara terbuka oleh UMNO.

Wallahualam.

2 comments:

  1. hmmmmmmm...

    bile nak seleseinye ni yop oiiiiiiii....

    ReplyDelete
  2. DM

    Mike ingat PM 1Malaysia tu tau malu ke? Tengok le nanti.Dema tak kisah kalau terpaksa menyeret Siva adan 27 ADUN lain keluar Dewan.Muka dema mana pernah ras malu yop ooi

    ReplyDelete