Nak tulih ker idak. Aah, tulih jer ler.
Pening teman dengan kelaku TGHA ni. Presiden PAS yang tak gheti berpolitik. Presiden yang gagal menggunakan ruang dan peluang untuk menguatkan PAS dan PR. Presiden yang bukannya nyenangkan hati penyokong, tetapi menambahkan lagi keluh kesah pengundinya. Tak abih-abih nak bincang dengan UMNO. Nak bincang pasai politik dan ekonomi. Kalo sebelum ini bincang demi perpaduan Melayu melalui UG, ler ni nak bincang demi kepentingan rakyat pula.
Timbalan Presiden PAS udah soh. Udahler soh, macam tak laku pula di Manek Urai. Kesian. Tapi TGHA masih degil. Dulu presiden juga yang kata UG udah tutup buku. Sekarang masih sebut boleh bincang sekiranya boleh menguatkan PAS. Semalam kata berbincang demi rakyat. Hari ini pula kata berbincang kalo boleh nguatkan PAS. Udah terkolap agaknye lidah TGHA. Cakappun udah berbelit macam UMNO. Teman nak tanya Tuan Presiden, bukanker gagasan UG ala PAS telah dibincangkan dengan UMNO? Mestiler udah ada tepak sirehnya yer. Mestiler udah ada janji setianya. Apabila TGNA dan penyokong PR menolak UG dengan UMNO, baruler tergesa-gesa pimpinan PAS memutuskan hubungan dengan UMNO.
Rupa-rupa sohnya sekejap ajer. Mungkin telah ada janji besar antara presiden PAS dengan UMNO. Berdosa kalo presiden mungkir janji. Sebab ituler agaknya Ketua Dewan Pemuda PAS boleh duduk sebelah menyebelah dengan Naib Ketua Pemuda UMNO di lobi Parlimen. Pemuda PAS akan mengadakan Wacana Ilmu dengan UMNO. Lantaknyer ler. Lagipun ketua pemuda PAS tu baru lagi. Bior ler dia belajor dan tahu akan kesilapannya sendiri sebelum dia mampu memimpin PAS.
Tapi kalo TGHApun udah senada dengan pemudanya, teman tak tahuler nak kata apa lagi. PAS cuma nakkan undi daripada ahlinye jer. PAS tak harapkan lagi undi penyokong yang bukan ahli. Undi ahli PAS campur undi UMNO udah cukup untuk memenangkan PAS-UMNO.
Sepatutnya pada ketika ini TGHA senada dengan TGNA. Sepatutnya TGHA menambahkan lagi tekanan kepada PM Satu Malaysia yang takut berdebat dengan TGNA pasai dakwaan TGNA yang UMNO itu komunis dan sesat. Ini idak, TGNA jer yang beria-ia menyerang UMNO. TGHA pulak macam nyebelah UMNO. Kaborjer pada UMNO tu, debat any time, bincang-bincang tak mainler.
PAS Kelantan telah menyediakan isu royalti minyak di perairan Kelantan. Tetapi sayang isu yang besar ini tidak bersambut. Benak benar ker pimpinan PAS. Apakah pimpinan PAS hanya melihat isu ini dalam konteks Kelantan jer? Jadikanler isu ini untuk menguatkan PR di negeri-negeri lain. Pahamkan rakyat Kelantan dan negeri lain tentang isu royalti ini. Isu ini akan membuktikan betapa tak gunanya UMNO sehingga sanggup merompak menyamun harta Kelantan. Rakyat Kelantan miskin bukan kerana PAS. UMNOler punca utama kemiskinan rakyat Kelantan.Patutnya TGHAler yang lantang menyuarakan isu ini. Bukannya pasing pada naib-naib PAS jer.
Terus terang teman kata, teman tak respek dengan pimpinan nombor satu dan nombor dua PAS. Teman tak nampak PAS semakin kuat. Kualiti pimpinan PAS semakin mundur. Namun begitu kami rakyat takde pilihan. Kami terpaksa juga mengundi PAS selagi PAS dalam keluarga PR. Ini kerana kami rakyat marhaen udah getik bebenor dengan UMNO.
Kekadang teman terpikio, kaloler TGNA ditakdirkan takde, macam manaler agaknya rupa PAS?
bukan kurang bijak... tpi kurang berbincang dengan org lain... lebih suke beritahu idea... ade idea bincang dgn parti komponen dl tak perlu beritahu secara terbuka...
ReplyDeleteDia ini memang lembab, kurang bijak dan tidak suka berbincang. Kalau dia pantas, bijak dan suka berbincang sudah tentu Trengganu tidak terlepas kepada BN. Asyik nak berbincang dengan UMNO .. tak habis habis mau sekongkol. Boleh percaya ke dengan UMNO .... ?
ReplyDeleteasm,
ReplyDeleteIsu UG sepatutnya dah tak timbul dah la ni, selepas keputusan mesyuarat PR beberapa minggu sudah.Tapi since artikel ni berbangkit..maka nak komen sikit.Sedih sungguh saya pabila kita tak tahu hujung pangkal apa sebenarnya idea2 yg pernah dilontarkan oleh TGHA khususnya pasal UG hatta sampaikan memanggil beliau dgn panggilan2 hodoh spt lembab, kurang bijak dll?Adakah kita yang dok komen2 ni reti isi2 idea tersebut dan dengar direct dpd TGHA(atau setakat dengar/baca dpd sumber ke-2, 3, 4 dll)?Jika tidak lebih baik senyap dpd jadi mengadu domba tak tentu pasal.Salah faham selalu jadi bila takat dengar dpd sumber sekunder.Alhamdulillah kami yg jauh di England, UK ni berpeluang utk mendengar terus dpd TGHA bebaru ni masa beliau buat lawatan ke UK.Setelah mendengar dpd penjelasan TGHA maka yang UG tidaklah seperti yg digambarkan oleh media2 dan bukan bersifat PAS masuk BN atau yg seumpamanya. Utk lanjut sila ke:
http://malaysianoverseasforum.blogspot.com/
wsm.
Salam Mamamat,
ReplyDeleteTGHA ini ilmu agama nyer teman respect giler tapi dia ni bukan strategist sebab tu asyik buat kenyataan yang boleh merugikan PAS dan PR.
Entah ler apa sebenor yang nak dicapai nyer dengan masih menyimpan kempunan nak berbincang dengan UNMO.
Sedang kita semakin dipercayai dan didekati oleh golongan bukan-Islam.... dan semakin banyak rakyat meyokong kita.... jam tu ler dia nak buat kacau. Geram betoi teman....
Demer nyuruh UMNO berubah... tapi demer sendiri tak nak berubah dan dengor hasrat hati akor umbi... Dah jangkit perangai buruk UMNO pulak....
Sedor ler sebelum PAS tumpor dan hilangkan ler ketagihan kepada UMNO sebelum PAS disisihkan!!!
Hj Hadi ni perasan.... dia tak mau kalah dalam menunjukkan dia bijak dan pemikir hebat. Jadi macam nilah..... Dia presiden yang bikin ahli dan penyokong keliru.
ReplyDeleteTok Guru Haji Hadi ni strategis. Takkan laa dia buat kenyataan tanpa rujuk think tank dia? Sudah lupa ke dia ada think tank?
ReplyDeleteApa yang sebenarnya TGHA nie nak jaga..? PAS ke UMNO??
ReplyDeleteaku tengok kenyataan tu, memang la tak berat mana. Tapi PASTI dimanipulate oleh media UMNO dan menjadi modal besar diorang.
Gua dah bikin surat untuk Hj Hadi http://leecopperten.blogspot.com/2009/07/surat-untuk-sheikh-besar-pas.html
ReplyDeleteteruk bebenor orang kite yer..
ReplyDeletenak bebincang pon susah...ehhmmm yer ler ape nak di bincang2kan kite dah kuat.....
Kepada Koniciewa
ReplyDeleteKenapa dengan orang di ENgland presiden menjelaskan perkara UG ini. Kenapa tidak kepada orang di Malaysia dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat. Itu juga kesilapan presiden PAS.
Saya tak ade lah tak hormat denganya. Cuma kurang respect je.
Oleh kerana Tuan Guru Hadi tidak menerangkan apa dia UG boleh lah Koniciewa terangkan kepada kami apa sebenarnya.
sudah la jangan dok kata kat tok guru lagi, hangpa check org keliling dia tu. dalam PAS, yang aku tahu pemimpin pandai cakap tak pandai fikir. kalau hangpa bagi ide sikit dia akan pakai ide hangpa. betul bendul. walau bagaimana pun aku sayang parti aku PAS. hehehe. pemimpin silih berganti, mudahan pemimpin yang datang lebih bijak. hehehehe
ReplyDeleteUMNO lagi? bosan la... takkan nak jadi muslim yang jatuh ke dalam lubang ular berkali2? atau pon mmg sengaja hulur kaki dalam lubang ular?
ReplyDeletetahniah dango mamamat! anda berjaya dengan artikel jarum amno yang amat halus...amno pun takut nak kata tok guru presiden kami kurang cerdik.. engko tu saper????sedap tak bunyi kalau kami kater bapak ko kurang cerdik dan degil!!!
ReplyDeletecamna rasa....HATI HATI DENGAN TULISAN ANDA....
Tuan Guru Hj Hadi ibarat ayah aku .... Dango (DUNGU) Mamamat, kalau aku kata bapak ko bodoh tahap lembu ko marah tak ????
ReplyDeletekenyataan2 yg merugikan parti kita tak payahlah dok ungkap,dulu bangsa lain takut nak undi kita,sekarang dah berubah,bangsa lain itu dah meluat dgn parti yg mereka undi dulu,berbagai cara kita usaha nak dapat undi bangsa lain suatu ketika dulu kini kita telah berjaya,jadi jagalah jangan bagi mereka lari ,buat kenyataan berhati2 umno hanya berminat nak berkawan dgn pas ketika dia terdesak saja .
ReplyDeleteTGHH ibarat ayah, TGNA ibarat siapa pula? TGNA dah terangkan secara jelas kenapa UMNO tidak boleh dibuat kawan. TGHH sonyap je. Tolong lah mereka yang maklum tentang hasrat UG ini beri penjelasan agar kami tidak lagi keliru.
ReplyDeleteTu sebab Terangganu jatuh balik pd UMNO.Dlm politik kena bijak bersilat dan tipu helah ( yg dibenarkan syarak).Arena politik adalah medan peperangan diman strategi peran dilaksanakan.
ReplyDeleteTakda tgempat utk silurus bendul
aik takkan kritik ulama sikit pun xleh? maksum ka depa tu? Rasullullah saw pun ada kena kritik dek kawan & lawan. berlapang dada la sikit yop. saya setuju x semua ulama pandai main politik sama pandai mcm baca kitab. even TGNA pun kadang2 pada saya ada statement terlepas cakap. so, ilmu agamanya ulama2 ini mmg kita respek, tapi dlm soal permainan politik, permainan persepsi & ghazwah fikiran yg sedang berlaku sekarang, lebih baik mereka ini duduk diam...xkanlah x belajar lagi dari kekalahan PAS di terengganu? apa sebab negeri2 lain menang,Terengganu yg kononnya hardcore kalah? silap sapa tu. adakah sebab ulama yg pimpin PAS terengganu tu maksum maka dia x boleh disalahkan? salahkan pengundi hantu pulak. tempat lain pun ada jugak la yop...
ReplyDeleteKAMI MASIH SOKONG PAS SEBAB,KAMI PERCAYA PADA TGNA SAJA JE LAGI NAK HARAP PADA PRESIDEN,TIMBALAN DAN KETUA PEMUDA.,HAMPEH..LANGSUNG TOKLEH PERCAYA..DEPA NI LEBIH BERNADA UMNO DARI PEMBAKANG,..KANAPA LE ORANG MACAM NI BOLEH MENANG DALAM PEMILIHAN DULU....KOT-KOT ADA KONSPIRASI JUGA MAKLUM LE BERGURUKAN UMNO
ReplyDeleteTOLONG KOMEN SIKIT... JANGAN PERASAN DIRI SENDIRI BIJAK... PERNAHKAH ALLAH MENUTUP PINTU DAKWAH...TOLONG FAHAMI PAS ADALAH PARTI DAKWAH!!!
ReplyDeleteKOTA BHARU 3 Julai – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak ada masalah dengan wacana yang dirancang antara Dewan Pemuda Pas dengan Pergerakan Pemuda UMNO.
Katanya, walaupun pendekatan Dewan Pemuda itu berbeza dengan pendekatannya, ia menjurus ke arah yang sama.
“Bawalah macam-macam cara asalkan boleh mencari titik persefahaman. Saya dengan cara saya dan Pemuda dengan cara dia.
”Tujuannya satu. Jangan biarkan kita duduk sebelah sini dan satu duduk sebelah sana, sampai bila-bila tidak akan bersatu,” katanya.
Beliau menyifatkan jemputan Dewan Pemuda Pas kepada Pemuda UMNO untuk mengadakan perbincangan secara ilmiah sebagai satu kerja dakwah yang baru dimulakan.
“Kira dakwahlah, dakwah peringkat awal itu maknanya ajak, bila sudah ajak sama ada dia datang atau dia pergi ke arah lain,” katanya kepada pemberita selepas kuliah pagi Jumaat di sini hari ini.
Semalam Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu tidak menghalang perbincangan ilmiah diadakan dengan mana-mana pihak.
Rabu lalu, Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hasan menyerahkan surat jemputan wacana ilmiah terbuka kepada Pemuda UMNO bertajuk Benarkah Perjuangan UMNO Tidak Bertentangan dengan Islam.
Surat tersebut diterima oleh Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim di lobi Parlimen yang disahut secara positif oleh pergerakan itu.
nada sebijik macam barua AMENO.. jangan lupa AMENO pernah lancarkan askar2 siber 2-3 tahun lepas gaji sekitar RM1000 sebulan.
ReplyDelete70% pengomen dalam ni ada gaya cam talibaruyt-taliberuk tu.