Sunday, July 19, 2009

Lega .. syukur

Alhamdulillah. Teman masih diizinkanNya untuk terus mencoret dan menulih di dango ini. Setelah berehat beberapa hari daripada mengetahui perkembangan semasa negara, akhirnya pada hari ini dapatler teman melepaskan rindu pada laptop dan dunia siber. Sebaik sahaja keputusan PRK Manek Urai diketahui pada malam 14 Julai lalu, teman bergegas ke UTP untuk tidak ketinggalan memeriahkan Tilawah Al-Quran. Balik terus tidur.

Pagi 15 Julai 2009, teman diberitahu oleh boss yang teman mesti melapor diri di tempat baru pada 16 Julai 2009. Esok kena pindah. Tak jauh, 40km dengan 12 lampu isyarat. Mulaler teman bersiap dan berkemas apa yang patut. Petang 16 Julai baru teman melapor diri. Teman mintak tangguh sehingga Ogos. Boss baru teman bagi seminggu jer. Syukur, dapat juga seminggu. Sempatler teman nyiapkan apa-apa yang patut.

Malam jer teman lepak kat UTP. Dua malam teman tak dapat masuk dewan. Penuh. Malam penutup lagiler ramai. Teman balik awal. Anak-anak yang balik asrama tengah guna laptop. Baring dan terus lelap ataih sofa sambil menahan rindu pada laptop.

Petang semalam sempat juga teman menjenguk Dango CERIA. Dr. Wahab dan Wartamaya nak datang ke dango minggu depan. Tapak untuk anggur telah diratakan. Tak tahuler sama ada tanahnya sesuai atau tidak. Kalo ayor dan api udah masuk, bolehler Dr. Wahab dan Wartamaya bermalam. TNB tak pacak tiang lagi walaupun udah dua minggu teman membuat permohonan. Mohon masuk api jer kena bayor RM600. Itu belum campur duit wiring. Tapi wiring udah siap. Tunggu meter jer.

Dango CERIA adalah ilham Dr. Wahab. Dango ini akan dihiasi dengan pokok-pokok yang dihadiahkan oleh Dr. Wahab. Beberapa pokok sutera telah ditanam di belakang dango. Ada beberapa lagi pokok akan ditanam sebaik sahaja dango siap untuk diduduki. Dr. Wahab dan krunya boleh berehat di dango ini apabila mereka datang ke Perak.

Apakah angan-angan dan impian kerajaan maya akan dapat direalisasikan. Bersamaler kita tunggu.

2 comments:

  1. Teringat masa bebudak dulu main dango-dango...
    seronoknya... :)

    ReplyDelete
  2. Teman minta maaf bebanyak sebab tak dapat datang. Alhamdulillah, Dr. dan isa dah kirimkan salam teman ke teman teman kat saner.

    Semuga semuanya berjalan lancar.
    - wartamaya

    ReplyDelete