Thursday, July 2, 2009

Hakim batu, hakim permata

Bukan saya yang kata, tapi NH Chan yang kata. NH Chan adalah bekas Hakim Mahkamah Rayuan. NH Chan kata ada enam hakim di Mahkamah Persekutuan yang tidak ikut kehendak perundangan ketika membuat keputusan. Tambah-tambah lagi jikalau ianya bersabit mempertikaikan tatacara kelaku kerajaan Barisan Nasional. Hakim-hakim ini telah dengan jelas melanggar Kod Etika Hakim 1994.

Walaupun NH Chan tidak mahu menyebut secara jelas nama-nama hakim tersebut, NH Chan tetap memberikan contoh yang jelas bilamana lima hakim Mahkamah Persekutuan pada bulan April lalu telah sebulat suara menolak kuasa sah yang ada pada Speaker DUN Perak, YB. V. Sivakumar. Hakim-hakim tersebut ialah,

1. Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff

2. Datuk Arifin Zakaria

3. Tan Sri Nik Hashim Nik Ab Rahman

4. Datuk Seri S. Augustine Paul

5. Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin

NH juga menambah krisis di Perak telah berjaya membezakan antara permata dengan batu di kalangan hakim-hakim di Malaysia. Ada hakim batu dan ada hakim permata.

Hakim Mahkamah Persekutuan ada 12 orang termasuk Ketua Hakim Negara. NH Chan kata enam daripada hakim di mahkamah ini mampu membuat keputusan dengan tidak berpandukan undang-undang yang sedia ada. Mungkin inilah hakim yang dimaksudkan sebagai hakim batu.

Status MB Nizar sebagai MB Perak akan dihakimi oleh lima orang hakim Mahkamah Persekutuan. Setakat ini rakyat belum dimaklumkan siapakah lima hakim yang akan mendengar hujah MB Nizar. Sekiranya kes ini dihakimi oleh kesemua hakim di atas, atau sekurang-kurangnya oleh dua hakim di atas, maka peluang MB Nizar untuk disahkan sebagai MB Perak adalah sukar. Dan pembubaran DUN Perak akan tertangguh lagi.

Jikalau Mahkamah Persekutuan mempunyai maruah dan ingin mengembalikan semula rasa hormat rakyat kepada mahkamah, lima hakim yang mendengar kes ini mestilah bukan terdiri daripada hakim yang telah membuat keputusan akan kes Speaker DUN Perak pada April lalu. Mahkamah Persekutuan mesti mempunyai kekuatan untuk meminggirkan lima hakim di atas daripada terlibat dalam membuat keputusan akan siapa sebenarnya MB Perak yang sah. Mahkamah Persekutuan boleh memilih mana-mana lima hakim daripada baki tujuh hakim yang masih ada.

Sebelum ini kita biasa mendengar perumpamaan saksi ke lutut. Sekarang kita mungkin boleh menambah perumpamaan baru iaitu hakim ke lutut. Saksi ke lutut boleh dipertikaikan keterangannya, manakala hakim ke lutut pula boleh dipertikaikan keputusannya. Hakim ke lutut merujuk kepada hakim yang lima …

Sumber asal yang diulas : http://greenboc.blogspot.com/2009/07/nizar-zambry-wibawa-6-hakim-disangsi.html



2 comments:

  1. tetapi hakim-hakim itu tetap tidak berubah walaupun pelbagai dasar telah diubah. Macam orang sakit, bukan di bagi ubat tetapi di bagi baju cantik cantik dan make up cantik supaya nampak seperi org sihat.. wal hal dia masih sakit lagi dan terus sakit.... itulah sering dilakukan oleh kerajaan. Hanya mengubah untuk pembaziran....

    ReplyDelete
  2. Tok nak sentuh sikit tentang apa kebendanya wacana ilmiah yang dipromosikan pemuda PAS kepada pemuda UMNO.Pada hemat tok,eloklah direntikan dan fokuskan kepada PRK Manek Urai terlebih dahulu.Ada jugak faedahnya daripada menimbulkan kekeliruan pada jemaah parti.Media totok umno bazir masa je korang salahkan pasal korang sendiri tahu keja media totok umno ni.Macam citer P Ramlee dalam 3 Abdul.Sorang tu penyangak sorang lagi penyamun.dah kena dah penyamun jual penyangak.Tok tak kata pemuda PAS penyangak..ini tok ambik contoh dalam citer P Ramlee.

    Lain kali buat lah keja yang menampakkan kebijaksanaan korang dan kesian tok tengok TG Nik Aziz yang bermati-matian menolak kerajaan perpaduan @ UG.Lepas ni berentilah citer pasal kerajaan perpaduan@UG atau wacana ilmiah.Tumpukanlah dulu kepada prk manek urai.

    Hari ni kecoh pemuda umno melaka serang pemuda PAS dan DAP pasal bukak kaunter pendaftaran ahli di pasar malam.ini tindakan tak cerdik pemuda umno dan nampak sangat tak kreatif.kenapa korang tak bukak kaunter pendaftaran kat shopping complex ke,arkib mara ke...ada gak faedahnya daripada serang pemuda PAS dan DAP kat pasar malam.

    Ada lagi ke mereka yang cerdik dalam pemuda UMNO sekarang.Spesis macam ni Pemuda PAS nak buat wacana ilmiah...bazir masa adalah.

    Kat negara kita fenomena babi semakin menggemparkan.Bukan setakat selsema babi,siap kandangnya sekali jadi sajian utama media totok umno.Patutnya selsema babi jadi fokus utama mereka.Kandang babi tu sebenarnya dari zaman kerajaan BN x ada permit.Tok heran kenapa x mintak permit pulak.Tok tak nak komen lebih pasal bab makanan ni perut masing-masing.cuma jangan sampai menyusahkan orang lain.Patut boleh bincang secara bijaksana.Bagi umat islam babi tu haram tapi bagi bukan islam itu makanan mereka dan ada yang dah jadi makanan ruji mereka.Macam tok kata tadi berbincanglah secara berhemah.Dulu DAP Kedah pernah persoalkan tindakan kerajaan negeri PAS Kedah laksana polisi kuota 50% untuk bumiputera dalam sektor perumahan.siap komen dalam media totok umno lagi.cubalah hormat-menghormati sesama rakan komponen.Masa kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui GERAKAN buat banyak kondo sampai orang melayu kena pindah dan keluar dari pulau,DAP tak bising pulak.Kita tahukan siapa yang mampu beli kondo.berapa kerat sangat melayu yang mampu beli kondo.Masa PRU yang lepas DAP pernah berebut kerusi dengan PKR dalam parlimen Pokok Sena.Tak salah tok kerusi Dun Derga.pasal tak ada kompromi,DAP dan PKR letak calon masing-masing bertanding dan akhirnya calon GERAKAN menang tipis.jika dicampur kedua-dua undi mereka,PR akan dapat satu kerusi Dun lagi.nasib baik Mahfuz Omar menang sebagai MP Pokok Sena.Tentang nasib babi ni tok tak nak ulas panjang.Setahu tok babi kat melaka lagi banyak.Dulu pernah guna FRU tapi satu kandangpun mereka tak berani robohkan kerana keprihatinan mereka khususnya KM mereka Ali Rustam.Apa kata Tok Ali offer buat kandang babi untuk babi Kedah ni.Dulu orang kata masa JE,banyak babi Negeri 9 dipindahkan ke Melaka.Sejauh mana kebenarannya tok tak dapat nak sahkan.Puluhan tahun kandang babi di melaka beroperasi tanpa permit.dahlah dekat kampung orang melayu yang memang sensitif dengan babi.Ada jugak gossip kalangan Melayu kat sini,babi Singapurapun ada dibela di sini.Cubalah kerajaan pusat dan negeri cari penyelesaian yang bijaksana tentang isu kandang babi yang jadi buah mulut orang ramai dan negeri-negeri yang jadi tumpuan seperti Selangor,Kedah,negeri Sembilan dan Melaka.dalam masyarakat majmuk kena ada sikpa saling hormat menghormati.Sikap pentingkan diri sendiri perlulah diketepikan.Apapun kena settle dulu kes selsema babi tu.

    Kadang-kadang kita kalah kat BN kerana kurang cerdik serta bodoh sombong.Jika inilah yang berlaku,BN akan memerintah negara ini 50 tahun lagi....percayalah.Kenapa?tak percaya.....

    ReplyDelete