Alhamdulillah, ada ruang dan masa untuk saya menulis malam ini. Ada satu email yang mengharapkan agar saya tidak menulis menggunakan loghat Perak. Tajuk-tajuk yang berat atau perkara-perkara yang sesuai untuk semua pembaca hendaklah menggunakan Bahasa Melayu SPM. Terima kasih atas keprihatinan anda.
Saya menulis berdasarkan apa yang saya fikirkan. Saya akan mengulas dan menggarap sesuatu isu yang saya perolehi daripada pelbagai sumber. Sebahagian besar penulisan saya adalah bersumberkan suara hati dan luahan kedai kopi di kalangan rakyat marhaen. Saya adalah sebahagian daripada rakyat marhaen. Bagi saya, politik dan ceritanya adalah satu siasah. Sebagai peminat politik Malaysia, saya bebas membicarakannya.
Awal-awal lagi saya telah maklumkan bahawa saya adalah penyokong dan pengundi PR. Adakah menjadi satu kesalahan kepada PAS apabila saya memperlekehkan pandangan presidennya sendiri? Apakah presiden tidak boleh dikatakan kurang bijak? Dan presiden itu akan menjadi semakin kurang bijak jikalau masih terus menolak mentah-mentah akan pandangan negatif rakyat marhaen kepada kepimpinannya. Bagi saya, berbincang dengan UMNO atas kapasiti apapun pada waktu ini hanya akan menguntungkan UMNO. UMNO tetap licik.
Lebih baik PAS menambahkan keakrabannya dengan PKR dan DAP. Jangan dengki kepada rakan sendiri. Jadikan Perak sebagai iktibar. Sudah berbuih mulut MB Nizar menggesa ahli PAS supaya mewarwarkan bahawa MB Nizar adalah MB Rakyat bukannya MB PAS semasa MB Nizar menjadi MB Perak. Tetapi lidah rasmi PAS, Harakah tetap dengan egonya bahawa MB Perak adalah MB PAS.
Kekadang saya terfikir, apakah PAS takut kehilangan UMNO? Ketika UMNO sedang sakit, PAS sanggup merawatnya. Tidak sedarkah pimpinan PAS bahawa merawat UMNO adalah seumpama melepaskan anjing yang tersepit.
PAS akan menjadi rakan sekutu PR yang kuat selagi musuhnya UMNO masih bernyawa. Matlamat PAS terhadap UMNO tidak sama dengan matlamat PKR yang bertekad mahu menguburkan UMNO dalam PRU 13. PAS bimbang jikalau UMNO mati, PKR akan lebih kuat daripada PAS. Mungkin inilah kegelisahan PAS. Nawaitu asal PAS yang berjuang untuk agama dan rakyat telah dikesampingkan kerana kilauan pangkat dan harta semakin hampir.
Di Perak, ahli PAS bawahan terus menyalahkan ADUN PKR yang melompat. Betul dan betul. PKR dipersalahkan kerana gagal mengawal ADUNnya. Tetapi sedarkah ahli PAS semasa ‘MB PAS’ berkuasa, bilangan ahli PKR yang mendapat tempat di peringkat negeri atau kampung boleh dibilang dengan jari. Dan sekarang dalam organisasi PR Perak yang longgar, kita mendesak supaya PRU Perak diadakan. Hati kecil saya berbisik, sebenarnya PR Perak belum bersedia untuk PRU Perak. Nasib baik UMNOpun tidak yakin untuk menang jikalau DUN Perak dibubarkan.
Pesan saya, jangan hilangkan respek pengundi kepada PR. Dalam politik kepartian, kita sama sahaja. Undi yang kita pangkah di kertas undi, nilainya tetap satu. Oleh itu kita harus terima apa juga pendapat walaupun pendapat itu menyinggung hati dan perasaan kita. Undi presiden di kertas undi nilainya adalah satu. Undi saya dikertas undi juga dikira satu.
Terima kasih kepada mereka yang telah memaki dan menghamun saya.
salam
ReplyDeletebile mike udah gelong pakai slang kuale lumpor udah tak syok teman macenye, udah rase minum kopi o cayo dan tawor lesyior he he
berkata benarlah walau pun pahit. Kita bukan ameno sampai tak boleh nak menegur pimpinan. Tegur aje kene pecat.Kalau PR macam tu lebih kurang ameno la kita. Ingat rakyat marhaen undi PR bkan kita sokong sangat PR tapi rakyat marhaen cukup meluat kat ameno punya pemimpin.
ReplyDeleteSalam TBO
ReplyDeleteUsahkan mike, temanpun ghase kekok nulihnye. Lepaih ni teman balik macam aseiler. Biorler berjembek yang tak paham. Lantaknye ler.
Salam Samdol
ReplyDeleteKita niat baik tapi kengkawan masih sangsi. Boleh puji jer, tak boleh ditegur. Entahler.
hehe..cmni mamat..kite jadi diri sndiri je..sng cite..kite berblog utk smpaikan sesuatu dan tak dibayar apa2 pun..hnya luahan hati kite..
ReplyDeletejadi gaya penulisan hak masing2 la..selagi tak melampaui batas..yang tak fhm,leh btanya..proses blajar loghat perak ape..
salam mamamat
ReplyDeleteitulah uniknye blog mike yang tak ade pada blog lain aje mempone macenye
haluuuuuuuuuuu bro Mamamat,
ReplyDeleteaku bukan saja pd Tgha, tapi bapak dia awang, bapak kepada awang, tok2 dia, aku sanggup maki jika kelakuan dia x betul. pedulu apa aku pd si hadi ni kalau keputusan x btul....
tegur boleh, kritik boleh..ia sangat digalakkan, bahkan Islam itu sendiri mengajar ummatnya supaya saling nasihat menasihati, ingat mengingati...
ReplyDeleteyg ditentang dan dipersoalkan sekarang ialah, cara/kaedah/metodologi dlm menegur, mengkritik, menasihat..
apakah boleh tegur melalui cara maki hamun, sumpah seranah, caci cerca dan sebagainya? apakah selari dgn kehendak islam atau tidak?
kadang2 kita xsedar kita sedang dikuasai emosi yg amat, hingga perkara yg baik (tegur utk kebaikan) menjadi kpd perkara buruk (sumpah seranah, menjatuhkan air muka, maki hamun sehingga 7 keturunan dan sbgainya)...
wallahua'lam..
Terkejut Yong baca blog mike. Apekehe udah jadi oghang Keel (KL, bukan Keel di England). Yong duduk di Lembah Kelang nih. Tapi Yong tetap guna loghat Peghok bila gebang dengan kekawan. Deme gemor bebenor dengor loghat teman. Selalu deme terikut2 gak.
ReplyDeleteTakpe, sabor le ye. Bukannya semua pelayar ni ceghodek (intelligent). Kot betoi, kita sokong le. Kot salah kite tegor. Bukan ke gitu sebaik2nya. Yong geram bila deme guna berbagai2 istilah arab sebab nak sorok agenda sebenor. Muqabalah dah jadi muka-balah. Hasilnya berbalah le kite sesame kite. umNO jugak yang senyum sebab pemimpin kite betoi bendol dan ego semacam. Penyokong pulok ade yang bangang dan bodoh sombong.
lain kali gunakan bahasa yang sopan.
ReplyDeletejangan ikut perasaan sahaja..
satu dunia melihat artikel anda memaki tok guru..
kritikan yang lebih kepada penghinaan..
mungkinkah anda berasa bangga dengan tulisan anda
bila menghentam tok guru ~~~?!!!
fikirlah sendiri...
sondoi terus yob! hajapkan!
ReplyDelete