Di luar hujan rintik. Hujan turun sejak semalam. Sejuk. Sebentar tadi hantar anak ke PTPC, Jelapang untuk Program Didik BH untuk PMRnya. Cecadang pagi ni nak ubah pokok anggur pemberian Dr. Wahab ke atas tanah untuk menggantikan kaktus yang berduri. Tangguh dulu.
Teringat pada MB Nizar. MB Nizar sedang berkempen di Manek Urai. Terubatlah rindu pengundi dan petugas PR malah UMNO untuk menatap wajah serta mendengar suaranya. Sememangnya MB Nizar mempunyai aura kepemimpinan yang hebat.
MB DPulau masih mampu bertahan setelah Mahkamah Persekutuan menggunakan prosiding yang berbeza dengan Mahkamah Rayuan. Pada 9 Julai 2009, Mahkamah Persekutuan membenarkan MB Nizar memfailkan rayuannya di Mahkamah Persekutuan. Rakyat rasa tertipu. MB DPulau semasa memfailkan rayuannya di Mahkamah Rayuan terus diberikan keputusan yang memihak kepadanya. Keputusan tanpa alasan kehakiman secara hitam putih. Mudahnya mahkamah menerima alasan MB DPulau yang bimbangkan MB Nizar mendapat perkenan membubarkan DUN Perak. Saya berpandangan bukan sahaja MB DPulau yang bimbangkan UMNO kalah, tetapi mahkamah juga amat bimbang UMNO akan kalah lagi di Perak. Mahkamah lebih mengutamakan UMNO daripada rakyat
MB Nizar memohon Mahkamah Persekutuan menggantung dahulu jawatan dan tugas MB DPulau sehingga keputusan akan status MB Perak dapat disahkan. Keesahan status ini penting untuk kesejahteraan rakyat dan negeri Perak. Penggantungan jawatan ini penting untuk mengelakkan MB DPulau daripada memfaraidkan sewenang-wenangnya harta negeri sesama mereka. Mahkamah Persekutuan harus membuat keputusan segera. Tetapi mahkamah terus berhelah. Mahkamah melengahkan lagi tarikh sebutan kes kepada satu tarikh yang belum ditetapkan. Rakyat Perak dibiarkan terus menanti. MB DPulau diberikan lagi masa oleh mahkamah untuk memujuk dan berdamping dengan rakyat. Maka tertangguhlah lagi pembubaran DUN Perak.
Hujan dah sidang. Cahaya mentari pagi telah menerjah ke ruang tamu. Teman nak pindahkan pokok anggur dan kemudian ke dango.
Sebelum itu dalam tatacara kes Perak, antara keputusan rasmi istana dengan Undang-Undang Tubuh Perak dan Perlembagaan Malaysia, keputusan mana yang harus dijadikan rujukan muktamad oleh Mahkamah Persekutuan?
Kome pikioler sendiri.
ngape leeee teman tak gemo bebeno nengok muke oghang yang nukong budok kat ateh tu????
ReplyDelete