Monday, July 6, 2009

Minggu yang mendebarkan UMNO

Politik Malaysia semakin menyesakkan minda mereka yang mahu memikirkannya. Pada minggu ini ada peristiwa besar yang mungkin mampu mengzahirkan lagi peristiwa yang lebih besar. Hari ini 6 Julai 2009, penamaan calon akan berlangsung di PRK Manek Urai. Dijangkakan petugas dan pelancong politik yang menghiasi PRK kali ini akan lebih ramai daripada pengundi yang berjumlah sekitaran 12 ribu itu. TGNA yang bersedia secara rasmi untuk berdebat secara bersemuka dengan Satu Malaysia amat menggusarkan UMNO. Menurut sumber UMNO, matlamat UMNO dalam PRK ini hanyalah untuk memastikan undi yang diperolehi UMNO sebelum ini tidak akan berkurang. UMNO cukup gembira jikalau majoriti kemenangan PAS dapat dikurangkan. Satu Malaysia akan dengan bangganya memaklumkan bahawa UMNO masih mendapat tempat di hati Melayu. Tetapi badi kekalahan di PRK Kuala Terengganu masih tetap merupakan bekalan ngeri UMNO yang dibawa bersama ke Manek Urai.

Pada 8 Julai 2009, DSAI akan mula melangkah ke Mahkamah Tinggi untuk memulakan peperangan liwatnya dengan si lembik Saiful. Lembik kerana membiarkan sahaja si tua 60-an mendatangi duburnya sebanyak lapan kali. Pemeriksaan yang dilakukan oleh doktor Pusrawi dan tiga doktor pakar di HKL mengesahkan bahawa si lembik Saiful masih elok daranya. Berdasarkan laporan yang bocor, duburnya masih ketat. Dijangkakan pelbagai kemungkinan dan kesukaran akan dihadapi oleh DSAI di mahkamah nanti. Ini kerana DSAI adalah punca utama kebangkitan dan sokongan besar yang diterima oleh PR dalam PRU 12 yang lalu. Oleh itu pelbagai bukti yang bukan buktipun akan dikatakan bukti oleh mahkamah. Hanya Allah yang maha mengetahui.

Pada hari Khamis 9 Julai 2009, lima hakim di Mahkamah Persekutuan akan mendengar rayuan akhir MB Nizar tentang statusnya sebagai MB Perak yang sah. Rakyat sedang menunggu apakah Mahkamah Persekutuan akan mengulang sebut hujah hakim di Mahkamah Rayuan sebagai penanda aras untuk menafikan hak MB Nizar sebagai MB Perak. Ada juga perkhabaran yang memaklumkan bahawa isyarat telah dihantar supaya MB DPulau memohon mengadap sultan untuk membubarkan DUN Perak. Istana telah bersedia bila-bila masa sahaja untuk memperkenankan pembubaran DUN Perak.

Sesungguhnya UMNO gelisah pada minggu ini. Gelisah tentang nasibnya di Manek Urai. Gelisah jikalau tiba-tiba mahkamah berani menyanggah kehendak UMNO. Gelisah DSAI dibebaskan oleh mahkamah. Gelisah jikalau bukti yang dikemukakan oleh DSAI akan menelanjangkan lagi Satu Malaysia. Satu Malaysia laki bini akan bermasalah kerana dalam bulan Julai ini juga bapa Altantuya akan kembali ke Malaysia untuk memfailkan samannya ke atas Razak Baginda.

Politik Perak tidak akan ada surutnya selagi DUN Perak tidak dibubarkan. Setiap hari MB DPulau dan barisan exconya mengemis simpati rakyat supaya rakyat yakin bahawa mereka adalah kerajaan yang sah. Setiap hari pegawai-pegawai kerajaan daripada pelbagai peringkat dan jabatan akan diwajibkan hadir ke program jati diri yang penceramahnya terdiri daripada pemimpin UMNO. Sebagai tanda mata, pegawai yang hadir akan dibekalkan dengan vcd Sidang DUN Perak versi MB DPulau. MB DPulau menceritakan yang ADUN PR berkelakuan samseng dan mengamalkan undang-undang rimba di dalam dewan.

Sememangnya UMNO begitu terdesak.

3 comments:

  1. Abg Mat, semua ramalan cuaca meleset. UMNO tak gelabah di Manik Urai. Bukan kali pertama PR kecil. Menang kalah adat bertanding.

    Kes Anwar, siapa yang minta tangguh?, Sulaiman lawyer sakit dan kes ditangguh hingga minggu depan. Mana ada cerita kes digugurkan.

    Kes Nizar pun sama, Mahkamah persekutuan membenarkan Nizar kemukakan rayuan.

    Kadang kala abg. mat kita berlapang dada dan terbuka.

    Baru namapak benada lain...sorry abg mat

    ReplyDelete
  2. ape yg lapang dada yop..mike ni mangkor betoi ler..bile nizar distihar mb sah oleh mahkamah tinggi,cepatnyer benorkan zambry merayu..miker darah cap umno ke yop..ajer bangang

    ReplyDelete
  3. sudah2 le tu kamal nyokong umngok ni bawak2 l;er bertaubat..perjuang ler islam..dh 50 thun umno gadaikan bahasa,tanah melayu..miker patut tau..dan berani cari kebenaran..bukan harap pd duit projek umno..kt pangkor satu pulau bg kat cine..kt kampor tu 5400 ekar bg kt ciner..biler nizar nk bg kt 145000 lot kg.tersusun kt org melayu yg dh 50 thun mohon..miker kater dier boneka..ape ker bangang org umno ni..ni bru 3 bln rampas kuasa udoh bg 35000 ekar kt satu kompeni tanah kt gerik..ajer nk menuhkan poket komer je puak2 umno..udah le tu sok mati Allah tanya kamu perjuang agama ke bangsa jenuh nk jwb yop..hidup ni sementara jer

    ReplyDelete