Sunday, July 26, 2009

Demi rakyat, bubarkan DUN tetapi demi PR, jangan bubarkan DUN Perak

Ada kengkawan tanya teman, wajarkah DUN Perak dibubarkan pada waktu ini? Ini jawapan tulus ikhlas daripada teman. Demi rakyat dan ketuanan rakyat, elokler dibubarkan. Jangan biarkan rakyat menambah dan membuang masa dengan isu-isu parti politik yang langsung tidak mendatangkan faedah kepada rakyat. Rakyat akan akur dan menerima hakikat akan parti mana yang akan mentadbir Perak, UMNO atau PR. Walaupun kemenangan itu mungkin dapat dibuktikan akan tipu helahnya, parti itu tetap diterima rakyat sebagai pemerintah.

Itu jawapan teman sebagai rakyat marhaen. Sebagai petugas kecil PR dalam pilihanraya pula, teman tidak mahu DUN Perak dibubarkan. Teman tidak yakin PR Perak akan menang dalam PRU Perak. Teman yakin PR PAS dan PR PKR akan kehilangan kerusi yang sedia ada. Lubuk Merbau, Titi Serong, Changkat Jong dan Kuala Kurau akan kembali kepada UMNO. Usahlah dimimpi untuk merampas mana-mana satu kerusi DUN milik UMNO.

Setiap malam ada sahaja ceramah PR yang bertemakan Mohon Bubarkan DUN Perak. Tetapi yang hadir adalah muka yang sama. Yang hadir sememangnya penyokong tegar PR. Penyokong UMNO masih duduk di rumah bersila simpuh sambil menghirup kopi panas menonton Buletin TV3. Penyokong PR pula berembun berhujan bernyamuk dan berisiko terkena selsema babi di tapak ceramah. Yang untung ialah peniaga. Penceramah hanya berperanan sebagai penghibur untuk satu konsert atas nama parti politik. Penonton gelak ketawa pandang memandang sesama sendiri.

Ternyata PR Perak lesu semenjak rampasan kuasa oleh UMNO. UMNO yang diberitakan masih bermasalah di Perak mungkin kerana pemerintahannya tidak diberkati Allah terus bernasib baik kerana PR Perak telah hilang rentak. PAS, PKR dan DAP tidak senada dan tidak sekata menyusun strategi untuk membuktikan bahawa PR masih relevan di Perak. Jikalau ditanya pimpinan PR, mereka akan kata yang mereka sentiasa sepakat merancang, menyusun dan melaksanakan setiap strategi parti. Tetapi rakyat marhaen terus keliru dan tidak terasa akan kesepakatan ini.

Pimpinan PR di peringkat parlimen atau DUN masih teraba-raba mencari ramuan mujarab mendekati hati pengundi. Mereka sekadar melahirkan keyakinan akan menang ketika bersantai minum teh tarik di kedai kopi. PR hanya bergantung kepada isu-isu nasional sahaja. Lebih menarik apabila isu-isu yang cuba dikupas gagal disempurnakan.

Perbezaan pemeriksaan secara klinikal dan DNA dalam isu liwat DSAI gagal difahami secara mudah. Akhirnya pencerita dan pendengar tidak yakin untuk mengulas isu tersebut kepada isteri dan jiran UMNO. Isu ini cukup besar impaknya, tetapi PR gagal menerangkannya kepada pengundi Melayu. Pengundi UMNOpun sebenarnya bukan paham dengan isu ini, tetapi mereka mempunyai kata keramat untuk mematikan isu ini daripada diperbualkan secara terbuka. Jangan labun mende tu, tak baik …

Dua bulan lepas, teman dihubungi oleh UMNO Kuala Kangsar. UMNO KK mengucapkan selamat hari jadi. Terkedu teman. Tersentuh juga hati kecil teman. Jikalau teman yang menyokong dan mengundi PRpun boleh tersentuh hati, apatah lagi mereka yang baru hendak berjinak dengan PR. Memang nampak akan kesungguhan UMNO KK mengumpulkan maklumat pengundi di Parlimen KK. Mungkin UMNO KK sentiasa mengemaskini datanya. Tetapi PR KK lesu. Tidak pernah PR KK menghubungi teman. Agaknya PR KK terlepas pandang. PR KK membiarkan sahaja pengundinya didampingi oleh UMNO. Maklumlah PR telah cukup kuat di Perak.

Bubar atau tidak, PR Perak sebenarnya masih lemah. PR Perak sebenarnya belum bersedia untuk PRU Perak walaupun di mulut penceramah beria-ia mahukan DUN Perak dibubarkan.

4 comments:

  1. KOOL.. SUARA RAKYAT MASIH KERAMAT. PR HARUS BEKERJA LEBIH KUAT.

    ReplyDelete
  2. Sudi sudi lah layari blog saya

    http://tintahitammy.blogspot.com/

    Terima kasih

    ReplyDelete
  3. Takkan dgn ucapan Selamat hari jadi jeee boleh tersentuh hati.Jgn2 nak bodek je kot.Kot PM yang ucap tu...bolehle tangkap leleh.

    Kalau nak cari peluang bisness yg mudah..klik
    http://www.incomemingguan.com/fazdi/

    ReplyDelete
  4. sabarjer lah...tunggu jer PRU13 nanti..!
    rakyat pun dah muak jugak dengan masalah PR ni.. lebih baik kumpulkan kekuatan untuk menghadapi PRu13 nanti. Selesaikan masalah kemelut yg melanda PR lagi baik dari sibuk duk mintak bubarkan DUN. Kalau kalah nanti lagi malu...!

    ReplyDelete