Takziah kepada seluruh ahli keluarga di atas kembalinya Allahyarham Datuk Hj. Mohd Hamdan b. Abd Rahman ke rahmatullah. Semoga roh Allahyarham ditempatkan di syurga bersama para solehin.Amin.
Teman mintak maaf banyak2. Sebelum ni boleh dikatakan nyemedang jer teman menulih di dango ni. Tapi start bulan tujuh ni, teman jarang bebenor menulih. Mungkin akan berlanjutan dua tiga bulan lagi. Teman kena dulukan kojer teman. Teman kena prepare kojer untuk esok dan esok dan esok lusa tulat. Dulu bolehler. Tak payah pikiopun mende yang nak dibuat esoknye. Hadapjer sebab mende yang dibuat adalah mende yang sama jer.
Masa kojer di kampung, teman sempatler ke kebun noreh getah, ke dusun ngutip deghoyan dan ke bendang nyauk ikan pilai. Bahkan kekadang boleh meniaga nyuai cempedak goreng di pekan2 sari. Ler ni udah tak boleh. Teman udah jadi orang bandor. Tak tahuler apa nasib teman di bandor ni. Untung sabut timbui ler. Kalo batu, tenggelamler teman.
Terasa peghaknye teman di bandor ni. Baruler teman sedor yang teman ni udah lama bebenor berkubang di kampung. Keter teman nyemedang jer berselemuih dengan lecah lumpur. Maklumler teman berulang dari kampung ke bandor. Orang lain keter berkilat meghelip. Lantaknye ler. Janji sampai. Di kampung, jemnye sedap dimakan. Tapi di bandor, jemnye berejam. Rugi minyak. Bila dipikio2kan, apah tak guna gaji naik tapi kos minyak dan masa bertambah.
Apabila teman mengeluh, bini teman ajak duduk di bandor. Tak sior teman. Bila senja nak masuk maghrib boleh juge nengor bunyi kuang2 kuit2. Kome tahuker macam mane bunyi burung ni?
Dango CERIApun teman tak boleh nak jenguk macam selalu. Takat seminggu sekali jer. Itupun belum tentu. Sabtu ni nak ke Kelantan. Nak ke Kuala Krai. Adik teman yang kematian isterinya awai tahun lalu, nak merisik anak dara Kelantan pulak. Jauhnye jodoh dia. Bolehker teman kecek Kelate?
Ada kengkawan tanya teman, wajarkah DUN Perak dibubarkan pada waktu ini? Ini jawapan tulus ikhlas daripada teman. Demi rakyat dan ketuanan rakyat, elokler dibubarkan. Jangan biarkan rakyat menambah dan membuang masa dengan isu-isu parti politik yang langsung tidak mendatangkan faedah kepada rakyat. Rakyat akan akur dan menerima hakikat akan parti mana yang akan mentadbir Perak, UMNO atau PR. Walaupun kemenangan itu mungkin dapat dibuktikan akan tipu helahnya, parti itu tetap diterima rakyat sebagai pemerintah.
Itu jawapan teman sebagai rakyat marhaen. Sebagai petugas kecil PR dalam pilihanraya pula, teman tidak mahu DUN Perak dibubarkan. Teman tidak yakin PR Perak akan menang dalam PRU Perak. Teman yakin PR PAS dan PR PKR akan kehilangan kerusi yang sedia ada. Lubuk Merbau, Titi Serong, Changkat Jong dan Kuala Kurau akan kembali kepada UMNO. Usahlah dimimpi untuk merampas mana-mana satu kerusi DUN milik UMNO.
Setiap malam ada sahaja ceramah PR yang bertemakan Mohon Bubarkan DUN Perak. Tetapi yang hadir adalah muka yang sama. Yang hadir sememangnya penyokong tegar PR. Penyokong UMNO masih duduk di rumah bersila simpuh sambil menghirup kopi panas menonton Buletin TV3. Penyokong PR pula berembun berhujan bernyamuk dan berisiko terkena selsema babi di tapak ceramah. Yang untung ialah peniaga. Penceramah hanya berperanan sebagai penghibur untuk satu konsert atas nama parti politik. Penonton gelak ketawa pandang memandang sesama sendiri.
Ternyata PR Perak lesu semenjak rampasan kuasa oleh UMNO. UMNO yang diberitakan masih bermasalah di Perak mungkin kerana pemerintahannya tidak diberkati Allah terus bernasib baik kerana PR Perak telah hilang rentak. PAS, PKR dan DAP tidak senada dan tidak sekata menyusun strategi untuk membuktikan bahawa PR masih relevan di Perak. Jikalau ditanya pimpinan PR, mereka akan kata yang mereka sentiasa sepakat merancang, menyusun dan melaksanakan setiap strategi parti. Tetapi rakyat marhaen terus keliru dan tidak terasa akan kesepakatan ini.
Pimpinan PR di peringkat parlimen atau DUN masih teraba-raba mencari ramuan mujarab mendekati hati pengundi. Mereka sekadar melahirkan keyakinan akan menang ketika bersantai minum teh tarik di kedai kopi. PR hanya bergantung kepada isu-isu nasional sahaja. Lebih menarik apabila isu-isu yang cuba dikupas gagal disempurnakan.
Perbezaan pemeriksaan secara klinikal dan DNA dalam isu liwat DSAI gagal difahami secara mudah. Akhirnya pencerita dan pendengar tidak yakin untuk mengulas isu tersebut kepada isteri dan jiran UMNO. Isu ini cukup besar impaknya, tetapi PR gagal menerangkannya kepada pengundi Melayu. Pengundi UMNOpun sebenarnya bukan paham dengan isu ini, tetapi mereka mempunyai kata keramat untuk mematikan isu ini daripada diperbualkan secara terbuka. Jangan labun mende tu, tak baik …
Dua bulan lepas, teman dihubungi oleh UMNO Kuala Kangsar. UMNO KK mengucapkan selamat hari jadi. Terkedu teman. Tersentuh juga hati kecil teman. Jikalau teman yang menyokong dan mengundi PRpun boleh tersentuh hati, apatah lagi mereka yang baru hendak berjinak dengan PR. Memang nampak akan kesungguhan UMNO KK mengumpulkan maklumat pengundi di Parlimen KK. Mungkin UMNO KK sentiasa mengemaskini datanya. Tetapi PR KK lesu. Tidak pernah PR KK menghubungi teman. Agaknya PR KK terlepas pandang. PR KK membiarkan sahaja pengundinya didampingi oleh UMNO. Maklumlah PR telah cukup kuat di Perak.
Bubar atau tidak, PR Perak sebenarnya masih lemah. PR Perak sebenarnya belum bersedia untuk PRU Perak walaupun di mulut penceramah beria-ia mahukan DUN Perak dibubarkan.
Lepaih subuh bukak internet. Huihhh … betui ker DUN Perak akan bubar selewat2nye esok. Esok Isnin 27 Julai 2009. Kejap lagi teman nak ke Ipoh. Teman lalu depan rumah MB. Teman memang lalu depan Casuarina. Teman juga akan lalu depan Istana Kinta. Betuiker ade ramai di lokasi berkenaan.
KL. Behrang dan KL. Bote dengor citer udah hilang. MB DPulau jenuh menalipon deme. Idak berjawabpun. Mulaler UMNO Perak libang libu tak tentu hala. Kulu kelo ke darat ke baroh sambil deme megang hp kat Pejabat UMNO sebelah Casuarina tu. Ghiso bebenor nampaknya. Itu yang dikhaborkan pada teman semalam. Entah betui entah idak. Sebab yang ngabo pada teman inipun dengor dari mulut orang lain.
Tak abih2 dengan Melayu. Getik teman. Macamler UMNO jer yang Melayu. Walaupun udah lebih suku abad merintah, UMNO masih lagi bangga dengan assobiyahnya. Nabipun getik. Islam memang benci pada assobiyah. Masyarakat Arab jahilyah jer yang amalkan assobiyah. Heran sungguh teman dengan UMNO ni. Mende yang Nabi tak suka itu yang menjadi amalan UMNO. Kemudian canang sana, canang sini yang Melayu itu Islam, Islam itu Melayu. Islam dan Melayu mana boleh dipisah2kan. Iniler yang didodoikan oleh UMNO sejak bayi Melayu dalam boyan lagi. Udah tua bangkepun masih tidor dalam dodoian UMNO.
Apaler UMNO ni, pasai lilinpun nak bising. UMNO lupaker yang dalam Piagam Madinah ada 24 fasal yang menyentuh akan hubungan dan tanggungjawab orang Islam dengan bukan Islam. Selagi orang bukan Islam patuh pada hukum hakam Islam, selagi ituler orang Islam wajib melindungi deme.
Mendiang Teoh meninggal secara misteri. Boleh rosakker akidah MB Nizar semata2 memegang lilin sebagai tanda simpati? UMNO buat apa? Apahpun idak. Semua tunggu dahulu ulasan simpati daripada PM dan TPMnya. Lepaih tu baru berebut2 mengiyakan apa sajer yang dicakap oleh PMnye. Sebijik macam keghobo dicucuk hidung.
Rakan2 assobiyah UMNO iaitu Gerakan dan MCA segera mendesak kerajaan menubuhkan satu Suruhanjaya Bebas untuk menyiasat kematian secara misteri ini. Tak terdengorpun ada bahagian atau cawangan UMNO yang beria2 mendesak kerajaan semacam desakan Gerakan dan MCA. Maknanya UMNO tidak melindungi bukan Melayu. Bukan Melayu adalah tanggungjawab parti bangsanye jer. Orang Cina adalah urusan Gerakan dan MCA. Orang India adalah urusan MIC. Jadi dimanakah Islamnya Melayu UMNO itu? Nak kata memenuhi masjid semayang lima waktu idak juga …
Majoriti pengundi PAS adalah Melayu. Pemimpin PAS rata2nya adalah Islam Melayu. Tetapi Melayu bukanler merupakan pra-syarat untuk memimpin PAS. PAS adalah parti yang dipimpin oleh orang Islam. Islam Cinapun boleh memimpin PAS.
Begitu juga dengan PKR. Majoriti pimpinan utama PKR adalah Melayu. Melayu yang menghormati hak2 sebagai manusia tanpa mengira bangsa dan agama. Ingat Piagam Madinah. Selagi bukan Islam patuh pada hukum hakam Islam, selagi ituler deme yang bukan Islam mesti dilayan secara manusia. PAS lebih arif tentang Islam. PKR telah memahami Islam yang sebenar. DAP baru belajartentang Islam. Sedangkan UMNO walaupun telah memerintah separuh abad, tetap masih gagal memahamkan rakan2 assobiyahnya tentang Islam.
Teman yakin dan cukup yakin bahawa Melayu akan lebih terjamin di bawah pemerintahan PR. Tidak mungkin PAS dan PKR nak pinggirkan Melayu? Melayu dan bukan Melayu akan lebih selesa lagi di bawah pemerintahan PR berbandingdi bawah UMNO.
Teman sebagai bangsa Melayu merasa malu dengan assobiyah UMNO ini. Sepatutnye assobiyah ini semakin kendur bukannya semakin tegang. UMNO lebih sayangkan kuasa pemimpinnya daripada rakyat Melayu yang mendokong pemimpin tersebut. Harapan untuk UMNO mengekalkan kuasa hanyalah pada Melayu di kampung2.
Salah teman juga. Bila udah merantau ke bandar, jarang bebenor balik ke kampung. Kalo balikpun cuma nak makan deghoyan. Tak sempat berlabun bertanya khabo. Tak bermalampun. Anak2 tak boleh tidor. Takut hantu. Senja ade bunyi kuang kuang kuit kuit. Malam ada bunyi bote berketak kah kah kah. Tingkap dan pintu takde grill. Paling lewat lepaih isyak, teman sekeluarga tuaih balik ke bandar. Tinggailer orang kampung dalam boyan yang didodoi oleh UMNO. Ade yang udah melompat. Ade juga yang mati lena dalam boyan itu.