Terima kasih kepada pengunjung ke dango saya ..
Hari ni saya di Alor Setar. Baru sahaja check-in. Isteri dan anak-anak sedang merayau di Pekan Rabu. Di bangunan UMNO, ada Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Kota Setar yang bermula hari ini. Baju putih tudung merah. Tak nampak serinya. Depa lupa ka la ni semua duk pakat pakai warna hijau dan biru laut. Satu lagi, awat mesyuarat lambat sangat ni? Basi dah.
Dalam perjalanan tadi, Pengasas menalefon, memperkatakan tentang pokok sutera. Terima kasih atas kesungguhan Pengasas mahu memperkenalkan pokok sutera di bumi bertuah ini, negeriku Perak Darul Ridzuan. Taklimat sutera akan diadakan kepada ketua-ketua kampung di DUN Bukit Chandan. Maknanya Ketua Kg. Senggangpun turut serta. Baru jer teman berimaginasi, dah nak jadi?
Tetapi otak saya masih berfikir tentang cerita kelmarin dan cerita semalam. Hampir 1.00 pagi baru saya kunci pagar rumah. Ketika memandu, saya bercerita kepada isteri.
Semalam, seorang kenalan menceritakan perihal dia dapat kontrak runding terus membekalkan makanan kepada dua buah sekolah berasrama yang baru di Perak mulai Januari 2009. RM12.00 satu kepala per hari. Kalau setiap sekolah tu mempunyai 500 pelajar bermakna dua sekolah ada seribu pelajar. RM12 x 1000 = RM12,000/hari. Huh, banyak tu. Tapi kena sumbangkan RM1.20/hari kepada pertubuhan yang ditaja UMNO.
"RM1.20 banyak tu. Tak bolehker 50 sen? Atau upkan jadi RM13.00".
"Tak boleh up, kerajaan takde duit. RM1.20 muktamad".
"Kalo camtu masukkanler syarat ni dalam perjanjian".
"Tak boleh, kalo masuk, ke dalamler aku. Tapi kalo kamu yang bagi, kamu boleh declare kamu menyumbang keuntungan. Sumbang kepada NGO. Semua kita selamat".
Isteri kata, "Rasuah tu".
Kemudian saya cerita kisah banjir di Lenggong. Kerajaan negeri bagi RM150/keluarga melalui penyelia DUN. Penyelia DUN PAS bagi RM100 jer. Tapi sain RM150.00. Ada rumah yang takde penghunipun dapat. Taruh nama geng dan kroni yang langsung tiada kaitan dengan waris rumah. Lewat datang ambil, bantuan luput. Dan banyak lagi kisah yang hampir sama berlaku di tempat lain yang melibatkan PAS di negeri Perak ini.
Isteri saya kata, "Rompak, samun tu".
Saya kata, "Songlap. Bagi sampul, suruh sain. Sain RM150.00. Bila buka sampul ada RM100.00 jer. Tapi nak buat camne, udah sain".
Bila ada yang mengeluh, adaler yang memujuk, "Udahler tu, ada juge deme magi RM100.00. Kalo bawak ke ataspun kamu bukan ada bukti, kamu dah sain".
Patutler Madey kata, "Rasuah memang ada, tapi saya tidak boleh membuktikannya".
PAS mungkin kata camni, "Songlap memang ada, tapi tidak ada bukti PAS songlap duit rakyat".
Betuilah yang UMNO itu rasuah, tetapi PAS pula kaki songlap.
Ada songlap baguih punya...ada jabatan dibawah pertadbiran Kerajaan Negeri berpakat dengan JKKK buat korje songlap...... depa tumpang akaun JKKK untuk keluar boucer/adjust claim... ada Ketua Kampung yang hangin ni... peduli ape aku
ReplyDeleteada yang tuduh aku buat fitnah.....peduli ape aku
nak bukti pi usaha sendiri.
Budaya menipu 51 tahun UMMNO masih diamalkan..