Dalam suasana meriah kenduri kahwin, ketika menung menunggu rombongan pengantin, maklumlah isteri nak tengak pengantin mempelai, saya berbual di bawah redup pokok rambutan. Sembang politik kerana mereka sememangnya kenal saya.
"Aku nak bagitahu kamu tentang penyelewengan bantuan banjir 8 Disember lalu, baru dua minggu. Patutnya setiap rumah yang kena banjir dapat RM150.00, tapi dapat RM100.00 sahaja. Ada 36 buah rumah kena banjir. 2 rumah telah lama kosong. Tapi nama yang dapat ada 36. Nama 34 yang dapat tu memang patut dapat, tetapi yang lagi 2 tu bukan tuan rumah. Nama suku sakat dialah. Si Yajah pula tidak dapat datang ambil duit hari tu. Minggu lepas si Yajah ni datang, tetapi dimaklumkan bahawa duit telah dikembalikan kepada negeri. Tanya Penghulu, penghulu kata semua duit dah bagi penyelia. Yang menyampaikan duit tu bukannya ketua kampung, tetapi YDP PAS Lenggong", cerita seorang penduduk Kampung Sumpitan.
"Kenapa bagitahu saya, saya bukan ada jawatan dalam negeri Perak", saya berterus terang.
"Kami dah tulis surat pada MB, kami nak tahu mana lagi RM50.00, tapi tak tahulah MB baca ker idak", sambungnya lagi.
"YDP PAS adalah Penyelia DUN Kenering. Dia sampaikan bantuan tu atas nama Penyelia DUN, bukannya YDP PAS", terang saya.
"Kalau kamu nak tengak senarai tupun boleh. Nanti aku ambil", katanya bersungguh-sungguh.
"Tak payah, MB tak kenal saya. Ada tanya mana pergi RM50.00 tu?", tanya saya.
"Dia kata RM50.00 tu tabung kecemasan. Aku tak percaya. Kalau dia boleh bubuh dua nama tu, maknanya ada yang tak betullah. Kalau kamu bawa aku jumpa MBpun aku sanggup. Aku ada bukti", begitu serius kata-katanya .
"Jumpalah sendiri", usik saya.
"Kamu ingat senang orang macam kami nak jumpa MB. Sampai kat pintu pegawainya kata tinggalkan surat. Nanti kami panjangkan kepada MB", sungutnya.
"Kalau kamu panjangkan hal ni kepada kerajaan negeri, kami akan bertanggungjawab akan apa yang kami kata ini", katanya sambil menunjukkan tangannya kepada empat rakan-rakannya yang lain. Mereka anguk-angguk.
Kepada Penyelia DUN Kenering merangkap YDP PAS Lenggong, yang mereka panggil ustaz, saya boleh simpulkan begini. Macam-macam lagi mereka cerita. Entahkan betul, entahkan tidak. Jikalau cerita mereka tak betul, tolonglah jelaskan yang sebenarnya kepada mereka. Sekiranya cerita mereka betul, mohon kemaafan, dan pulangkan hak mereka. Jangan bebankan MB untuk mencipta alasan mempertahankan PAS kawasan.
"Kalau ustaz ni jadi calon lagi aku tak akan undi dia. Kalau PAS nak aku undi PAS, calonkan orang lain", tegas mereka.
Banyak lagi yang mereka adu kepada saya. Tapi siapalah saya untuk menjawab rungutan mereka. Mungkin mereka lega kerana meluahkannya kepada saya.
Tapi siapa yang nak datang baca aduan mereka kat dango saya ni. Dango yang tak macam dango ...

salam mamamat,
ReplyDeletehohohoho..bukak blog tak bagitau kulaan nooo? hang nak kena timpas kaa ? kah..kah..kah! aku acah ajer tu !
Wah..ke Lenggong kau semalam yaa..! byk kaa dapat teloq ayam bungkuih kotak?
Aku plak semalam bawak bik momma aku dgn family pi Thailand, keluaq pagi balik pun pagi..seronok depa jalan2 cuci mata di Songkla,Hadyai dan Padang Besaq. Tak seronoknyer poket aku yg baraii pasal kena bayaq cukai !
Bulan depan kalau bawak bik momma pi Taman Tasik SM Nor pun best gak yer ? Yop ader lagi ker tasik tu,atau udah jadi kolam kicap..?
Tima kasih sebab sudi jenguk dango teman. Dango jer .. bukan rumah, bukan banglo.
ReplyDeleteBerapa kurun mike dah tak pegi Batu Gajah? Tasik tu ade lagi. Tapi kalo mike membayangkan tasik tu cam tahun 80-an, baikler mike pegi ke lain. Kalo nak juga nengak ayor tasik, baik bawak bebudak pegi Tasik Gunung Lang .. naik bot tangkap gambo 10 minit balik. Lokasi turun highway Tasek arah Ipoh sebelum Shell simpang kiri.
Kalo tak jumpa, jumpa teman. Teh tarik mamak satu jag
Salam mamamat, ate mike pegi kg sumpitan yea, ngape idak singgah mayang di banggol belimbing...acah je le, teman pun dok kolumpo ni!
ReplyDeleteAte betoi ke mamamat ape yg mike tulih ni. Mike udah semak betoi-betoi latar belakang pengadu tu? Jika betoi le apa yang diadukan di deme tu, maka kene le dibuat sesuatu. Peyro ni yeob...tumpo!
Jike mike ghase nak jengok ke blog teman, mike taip le ... u-hah.blogspot.com
teman menyamor masuk blog MSK...he...he...he...