Friday, December 19, 2008

Salam Perkenalan .. Salam Permulaan

Teman baghu nak belajor buat blog. Selame ni asyik numpang jer. Tapi numpang sebenornye lagi seghonok. Tak payah jamu yangat kepada sesape yang datang ziarah.

Dalam tak gheti, teman mencuba. Ntah bile nak pandei. Sajer tak nak tanye yang gheti. Bukan deme tak nak nolong. Deme nak nolong. Free jer. Tapi teman nak cuba try pandu dulu buat sendiri. Kut-kut boleh pandei. Tapi kalo teman ni benak juge, baru teman mintak tolong kengkawan. Buat mase ni teman nak buat nohin dan labang jer. Ape kome nak kate, nak tulih ker, ikut suke kome ler.

Sekali lagi kepada sesape yang tersesat kat dango teman ni, tima kasih. Moga kite dapat menjalin silaturrahim walaupun sekadar di alam maya.

Jumpa lagi

4 comments:

  1. Salam Mamamat,
    Sekali cuba try test dah jadi. Tahniah.
    Mengenai pokok mulberry tu, bagi alamat pada saya, nanti saya poskan.
    Ataupun, 4 Januari nanti, insya Allah saya gi KK hantar anak ke asrama, saya bawa benih tu sekali.
    Wassalam.

    ReplyDelete
  2. Salam Ziarah. TAHNIAH
    terhasilnya webpage sendiri. samalah berkongsi maklumat. Tapi mana cerita Histo-Tour- Siri Jelajah Sungai Perak tu??
    Harap boleh muatkan semula di sini.
    Teman,
    BumiPerak.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Salam dan tima kasih bumiperak
    Siri Cereka Histo-Tourism akan disiarkan terlebih dahulu melalui Perak Express. Ada 10 siri. saya sedang menyiapkan siri 8. Baru terasa payah sebab nak cari dan gunakan loghat yang belum digunakan Jalan citer dah ade, tapi loghat pulak buat hal.
    Insya Allah saya akan arkibkan di sini setelah 10 siri itu disiarkan melalui Perak Express. Tidak ada perjanjian rasmi, tapi itu janji lisan saya pada Perak Express. Manusia berpegang pada janjinya.
    Tima kasih kerana ziarah dango saya. Ntah bila dango ni jadi rumah.
    Jumpa lagi

    ReplyDelete
  4. mamamat

    Baguih, baguih, tahniah, sekarang dah ada Dango Mamamat.

    CYS

    ReplyDelete