Tuesday, December 23, 2008

Hudud .. kenapa tidak kata begini?

Dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang ditandatangani oleh raja-raja Melayu dua minggu sebelum 31 Ogos 1957 jelas menyatakan bahawa jikalau ada undang-undang negeri atau undang-undang lain yang bercanggah dengan Perlembagaan PTM, maka undang-undang itu terbatal dengan sendirinya. Perlembagaan yang menyentuh tentang agama Islam, bahasa Melayu, raja-raja Melayu dan hak keistimewaan Melayu hanya boleh dipinda setelah mendapat persetujuan dua pertiga anggota dewan rakyat/parlimen. Jikalau tak dapat, usah sembangler .. buang masa.

Kelantan dan Terengganu difahamkan telah merangka dan meluluskan undang-undang hudud tetapi masih tertangguh perlaksanaannya kerana kena pinda dan digubal dahulu undang-undang ini di peringkat dewan rakyat. Dalam tempoh ini DAP terang-terang menolak hudud. PKR pula serba salah dibuat oleh hudud yang menjadi perjuangan setiap muslim.

Tidak bolehkah pimpinan PAS dan pimpinan Melayu PKR berkata begini, "Undang-undang hudud hanya digunakan ke atas orang-orang Islam sahaja. Orang-orang bukan Islam masih menggunakan undang-undang yang sedia ada. Orang-orang bukan Islam diberi peluang dan ruang masa yang secukupnya untuk memahami hudud. Apabila orang-orang bukan Islam faham tentang hudud, mereka diberi kebebasan untuk memilih sama ada hudud atau sivil".

Saya merasakan jikalau hudud tidak dipaksakan kepada orang-orang bukan Islam, DAP tidak akan melenting. PKR tidak akan serba salah dan PAS mudah memulakan kerja. Usulkan di parlimen supaya kita boleh tengak mana satu AP Melayu yang tidak menyokong hudud. Umumkan nama AP Melayu yang menolak hudud.

DAP/MCA/MIC menentang hudud kerana melibatkan orang bukan Islam. Nah sekarang, hudud untuk orang-orang Islam sahaja. Takkan masih tentang kut?


7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. kalo orang islam menolak hudud ish ish ish susah nak cerita la.... takut teman memikiokannya.

    ReplyDelete
  3. Salam mamamat, teman penah terbace, ade kate hudud ni patutnya untuk semua, maknanya Islam dan bukan Islam. Tapi, teman ghase, itu pun syaratnya jika sesebuah negare itu beno-beno negare Islam. Jika takat M'sia ni...entah le. Jgn kate org bukan Islam, yang Islam pun macam muallaf juge, jahil. Ape-ape pun, teman emang nyokong hudud ni...

    ReplyDelete
  4. Salam,
    Terima kasih kerana sampai dua kali belanja. Hmm, mamamat, belum makan dah bayar.
    Saya sampai rumah pukul 2.12 pagi.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah
    Hari ini 27/12/08, dalam buletin TV3, YDP PAS DS Hj. Abdul Hadi Awang membuat kenyataan bahawa hudud untuk orang-orang Islam sahaja. Bukan Islam tidak perlu bimbang.
    Kalo dari dulu kata camni, kan ker senang.
    Wallahulam

    ReplyDelete
  6. Salam Mamamat,
    Kalau non-muslim tak nak hudud pun tak ape. Bila anak-bini depa kena rogol bergilir-gilir atau harta depa kena rompak, kerajaan biarkan saja. Penjarakan dan tanggung makan minum dan sediakan pengawal.

    ReplyDelete
  7. Salam Pengasas
    Memang ler ni non muslim tak sior. Kite biorkan ler. Jangan pakse. Nanti bile deme nengak hudud ni baguih, deme sendiri akan datang mintak supaya non muslimpun tertakluk ngan hudud. Mula2 memang rumit kene sediakan makan minum dan warder jage deme kat penjare, tapi tentu deme tak sior duk lama dalam sel. Mase ituler baru kite kata hudud sesuai untuk semua .. muslim dan non muslim
    Wallahualam

    ReplyDelete