Teman tersesat ke Seberang Perak, Alor Setar. Biasenye kalo di tempat teman, Seberang Perak tu sinonim dengan Kg. Gajah. Tapi sebenornye Seberang Perak Alor Setar ni lagi popular daripada Seberang Perak Kg. Gajah. Ini kerana di sini ada rumah asai kelahiran Tun Dr. Mahathir. Bukanler teman beria-ia nak singgah rumah ni, tapi oleh kerana dah berada di negeri PR, dan masuk pulak free serta teringatkan pengetahuan dan motivasi untuk anak-anak, temanpun singgah dan masukler keme. Keme buat macam rumah sendiri. Ghumahnye takler besor sangat. Memang ghumah kampung.
Teman bagiler sikit motivasi pada anak-anak, kalo Tun Madey yang asai usui camni boleh jadi PM, takkanaler kome tak boleh jadi SU PBB atau Presiden USker. Kome lahir-lahir jer tak peghonah main tanah, tak peghonah cari kutu tanah dalam lubang congkak kerana ghumah kite takde bawah ghumah. Kome tak peghonah turun ke bendang, tak peghonah merase lumpur bendang, tak peghonah hidu wanginye cekam. Kome cuma tengak bendang jer. Bla .. bla ..
Teman keliling rumah, ada pokok kari yang pangkainye sebesor betis teman. Sah pokok kari asai. Nak ambik daunpun kena paut batangnye atau kena gune galah. Kat tangge belakang pulak ada pokok jambu wangi. Ada galah. Nampak ada sebiji yang dah masak. Teman ambik jer. Kalo idak buat per taruh galah kat situ. Teman kira halal ler. Pak Guardpun tak marah. Buah ada sebiji, anak ada lima. Utamakan yang kecik. Teman suruh dia basuh kat paip ayor. Bila dia goncang-goncang ada bunyi. Tak disiornye makan. Teman suruh cium. Wangi. Tapi tetap dia tak mahu makan. Teman kena tunjuk cara makan kat deme. Teman belah jambu tu kepada empat, teman makan satu. Lepaih tu baru deme berani makan. Manis, sedap. Udah deme ngintai lagi kut-kut ada buah yang masak. Teman kata nanti balik kita tanam biji ni. 10 tahun lagi boleh buah. Tapi nak tanam kat mane? Takat semai dalam polybag boleh ler. Nak tanam dalam pasu, kang di mana pulak nak tanam pokok sutera?
Memang teman dah cari lama benih jambu wangi ni. Bukan per, masa kecik-kecik dulu teman selalu manjat pokok ni. Buahnyepun tak sempat wangi. Buah masak teman makan, buah kecik teman buat penggal ayam. Sekarang pokok tu udah ditebang oleh mak sedare teman sebab ghumah tu dapat kat dia. Kaloler teman tanam biji ni dan tumbuh jadi pokok, teman namakan Pokok Jambu Wangi Chedet.
Walaupun di hati kecik teman amat geram kat Madey terutama dalam kes liwat DSAI, tapi dia telah mencipta sejarahnya sendiri. Dalam bab-bab sejarah ni, teman bersikap terbuka. Kitepun ada catatan peribadi sendiri walaupun ianya tidak boleh ditafsirkan sebagai sejarah.
Cukup dulu.
Salam, Mamamat...syiok le bace ceghite mike!
ReplyDelete