Wednesday, December 31, 2008

Tahun Baru 2009 .. Apa Khabar Kerajaan Perak Darul Ridzuan?

Hampir 10 bulan Pakatan Rakyat (PR) mentadbir dan memerintah negeri Perak. Allah dengan limpah kurniaNya telah memperkenankan impian majoriti kita untuk mentadbir negeri ini. Setelah menempuhi pahit getir onak ranjau berbisa, sedar tidak sedar sudah 10 bulan berlalu. Alhamdulillah negeri ini masih kekal dalam PR walaupun heboh di sana sini akan ada dua ADUN menyertai BN. Semoga negeri ini terus dilindungi Allah kekal bahagia bersama Pakatan Rakyat. Semoga tahun baru 2009 menjanjikan kebahagian sebagaimana manifesto ‘Negeri Berkebajikan’ yang telah berjaya menghuni minda setiap pengundi PR dan tidak terkecuali juga pengundi BN. Di sana sini rakyat bertanya akan ‘kebajikan’ yang dituntut dan didambakan oleh mereka.

Dalam tempoh 10 bulan ini kerajaan PR Perak masih menyempitkan maksud ‘kebajikan’. ‘Kebajikan’ hanya diukur berdasarkan kesengsaraan ekonomi. ‘Kebajikan’ hanya dilihat kepada ketidakmampuan rakyat mendapatkan kemudahan asas. ‘Kebajikan’ bermaksud memberikan hak milik tanah bergeran kepada penghuni-penghuni bergenerasi di tanah-tanah bertaraf TOL. Mangsa banjir, mangsa kebakaran, mangsa ribut dan pelbagai bencana lagi diberi bantuan sewajarnya walaupun ada yang diTOL atas nama sumbangan dan sedekah amal jariah kepada parti. Atau dengan kata mudahnya ‘kebajikan’ diberi dan diutamakan kepada rakyat yang susah daripada sudut lahiriahnya. Tahniah dan syabas kepada kerajaan negeri kerana berjaya melangsaikan janji manifesto ‘berkebajikan’.

Buat permulaan perbincangan, kita usah sembang tentang nasib orang kaya. Kita usah bincang tentang nasib mereka yang kais pagi makan sebulan atau kais pagi makan setahun. Cukup sekadar kita bincang tentang nasib yang menimpa rakan kita JKKK, yang kais pagi makan tengahari atau kais petang makan malam. Atau kita hadkan perbincangan kepada mereka yang kais pagi makan seminggu sahaja. Sebab kalau kita bincangkan ‘kebajikan’ rakyat yang mantap ekonominya, maksud ‘kebajikan’ itu akan menjadi lebih besar lagi. Lebih memeningkan.

Kerajaan PR Perak di awal pemerintahan telah memilih dan melantik ketua kampung dan sepuluh orang jawatankuasanya. Perlantikan mereka sebagai ketua kampung telahpun memasuki bulan keenam. Tugas mereka ialah melantik JKKK, berhubung baik dengan penghulu dan Penyelia DUN serta melaksanakan kehendak dan keputusan kerajaan negeri. Kesudahannya, ketua kampung pening kepala kerana ketua parti yang lebih berkuasa daripada Penyelia DUN. Penghulu pula lebih selesa berurusan dengan JKKKP. Penyelia DUN pening, ketua kampung sakit kepala.

Tidak terfikirkah kepada kerajaan negeri kenapa perkara-perkara sedemikian boleh berlaku? Tidak bolehkah kerajaan negeri melalui MB mengarahkan parti supaya bijak memisahkan urusan pentadbiran negeri dengan urusan kepartian walaupun pendokongnya orang yang sama. Tidak bolehkah program-program kepartian tidak diadakan di Dewan Banquet di bangunan SUK? Bahkan kediaman MBpun tidak seharusnya digunakan untuk urusan kepartian. MB itu adalah satu institusi bukannya parti. Hormatilah institusi MB. Cukup, kembali kita kepada buah bicara asal.

Saya bawa kembali perbincangan ini kepada memahami istilah ‘kebajikan’ tadi. Ketua kampung tidak diberi pendedahan tentang tugasannya. Ada ketua kampung yang dilantik semata-mata untuk mengisi kekosongan jawatan. Ketua kampung gembira diberi watikah jawatan tetapi selepas itu dibiarkan. Ketua kampung teraba-raba mencari kekuatan baru. Mahu mencuba memimpin tetapi kurang yakin kerana gangguan parti. Mahu bertanya malu, nanti dikata tidak tahu walaupun sememangnya tidak tahu. Tidak bolehkah kerajaan mengadakan kursus khas untuk semua ketua kampung dan JKKKnya secara berperingkat-peringkat? Tidak bolehkah dibawa mereka berkursus dua tiga hari berelaun di luar daerah. Dedahkan mereka kepada tugasan dan tanggungjawab jawatan. Biar mereka berbengkel sesama mereka tanpa banyak rasa malu. Biar mereka membentuk keyakinan diri sesama mereka. Merekalah yang sepatutnya diharapkan untuk mencorak hala tuju anak buah di kampung. Betul gaya coraknya, bermakna selamatlah kerajaan PR di Perak.

Rumusannya ialah ilmu. Bukankah ilmu itu juga ‘kebajikan’. Bukankah ilmu akan menyelesaikan masalah? Bukankah ilmu akan meningkatkan ekonomi JKKK? Bukankah ilmu juga menambahkan kekayaan ekonomi negeri? Bukankah ilmu itu tuntutan agama? Bermakna ilmu itu penting. Dan ilmu itu adalah ‘kebajikan’ yang sebenar-benarnya. Kerajaan pernah berbangga bahawa ‘kami beri pancing, bukannya ikan’. Tahukah kerajaan bahawa ada di kalangan rakyat yang tidak tahu kemahiran memancing. Tidak kenal umpan cacing tanah dan cacing gelang. Apa guna ada pancing kalau tidak ada ilmu memancing. Kerana kurang berilmulah maka Dewan Banquet dan kediaman MB menjadi lokasi eksklusif program-program kepartian.

Dahulu kata PR berbeza dengan BN, tapi macam sama jer!

Salahkah saya melontarkan pandangan sebegini di ruangan ini?

Datangler ke Senggang 3

Terbitan awal di http://perakexpress.com/

Oleh: Mamamat

Datangler ke Senggang

Siri 3, Promosi Kg. Senggang

Bot rapat ke tebing. Besor juga jeti penambang Kg. Senggang. Maklumler tempat ni pernah jadi tempat tinggai dan tempat Sultan Yussof menghalang Raja Ismail dari mudik ke kuale untuk dilantik menjadi Sultan Peghak. Raja-rajapun boleh berkelei nak rebut kuase. Sebab tu kalo sesape ke Kg. Senggang, jangan heran kalo dapat tahu ghamei yang berdarah raje. Keturunan kerabat Sultan Yussof ler tu. Kalo nak berlabun dengan deme terutama yang udah lanjut usie kene bertengku dan berpatik. Baruler deme ni sengeh. Kalo idak, mampuih tak dilayannye. Begitu juge dengan penduduk Kg. Benteng di seberang, ghamei yang namanye bermula ngan raje.

Teman suruh semua omputih kuar dari bot. Takyah bawak beg. Bila deme pijak jer tangge jeti terdengorler bunyi kompang rebana serunai bersahut-sahutan. Nobat dan nafiri jer takde. Nobat hak mutlak tuanku sultan. Itu jer yang tinggai kat tuanku sebagai lambang kuase. Baik-baik yong, karang terjeronbab. Terdengor suara garau dari ataih tebing. Mana dipaham omputih ni. Lepaih semua omputih kuar, baru teman kuar sambil jinjing baldi ikan kelise. Kalo taruh dalam plastik nampak benor beli. Teman mana ada duit beribu-ribu nak beli. Teman nampak MSK tengah berpencak bersilat mengatur dan mencorak bunga-bunga buah menyambut tetamu omputih ni. Gile sepere per oghang tua ni? Seghonok omputih ni dilayan camni. Lantak kome ler, teman nak asar dulu. Mana mike dapat kelise ni? Teman ngail kat bawah gotak tadi. Dapat kelisa chilly red. Oooo .. Ada lagi ker kelise kat Sungai Peghak? Heran betui deme. Tu ler kome, kelese nak ngail. Mana nak dapat kelise. Kelese, kelise .. tak sama maksud.

Tetiba nama teman dipanggil. Ketua Kg. Senggang cari teman. Peronjang ape cari teman. MSK kan ker ada. Manjung Maripun teman tengak ada tadi. Panggil ler deme. Tok Ketua cari sebab omputih tu cari mike. Kulu kelo ke darat ke baroh teman angkut baldi kelise tu. Masa teman asarpun, kelise ada kat depan nengak teman semayang. Mana boleh tinggai, mahai! Harap-harap minah saleh tu bagi kat teman jer kelise ni. Mana boleh bawak ke London, kelise ni takde passport. Kempunan ler omputih tu nak ratah kelise bakor. Seingat teman, temanpun tak peghonah merase kelise bakor. Maklumler ikan ni payah nak dapat walaupun mungkin sepesis kelise ni ada idup dalam Sungai Peghak. Mike tinggaikan ler dulu kelise tu kat rumah teman, kata tok ketua.

Tok Ketua kata omputih nunggu taklimat seterusnye dari teman akan ke mana deme lepaih ni. Baguih omputih ni kerana deme sedor yang pada tika ni teman adalah tuan deme. Tapi teman tak anggap teman ni tuan. Cukup sekadar yang teman ni hanya memimpin holiday deme. Lepaih ni pegi rehat kat rumah tu. Satu family satu rumah. Ada tiga rumah. Pilihler mana-mana rumah. Beg-beg boleh ambik dari bot. Kalo tak larat bawak, upah bebudak kampung. Deme larat jer. Bagi jer singgit dua, sure dihantor di deme beg-beg tu. Dalam rumah tu ada persalinan. Karang masa makan malam, yang lelaki mesti pakai baju Melayu berkain pelikat. Yang pompuan pakai baju kurung berkain batik dan berselendang. Tu semua pakai kat luar. Yang kat dalam ikut suka kome nak pakai ker idak. Tapi jangan nampak macam tak pakai. Haru jadinye.

Citer pasai rumah penginapan pulak. Banyak rumah-rumah lama tepi sungai yang udah terbior. Bila tuan rumah dah meninggal, anak pulak duduk kolumpo tak balik-balik. Ketua Kampung dan JKKKnye kreatif. Mintak izin nak baik pulih rumah tu. Mintak izin jangan kenakan sewa. Rasa-rasanye kami tak balik kampung. Ikut tok ketua ler. Kami bukan juai tanah. Kami amanahkan tanah dan rumah kami untuk faedah oghang kampung. Free jer. Nanti bila kami balik sekali dua kala, bagiler kami merase duduk free sari dua. Rumah ni ditambah lengkap dengan bilik ayor yang ayornya dipam dari sungai. Bilik tidurnya bertilam dan berbantalkan kekabu. Takde katil. Siap ngan kelambu pengantin tak bagi nyamuk dan agaih masuk. Ruang tamu ada tikor mengkuang untuk duduk bersila lunjur. Aircond memanjang kerana banyak tingkap dan langsir lutsinar dan lutangin. Siap ada jaga lagi. Kalo buat projek takde sape boleh ngocah kecuali jaga. Langsuyorpun tak boleh nak ngocah. Rumah yang ada oghang duduk ada dipasang panjut keliling rumah. Kalo waktu malam, nampak api panjut di ataih dan dalam ayor. Rumah penginapan ni dipanggil teratak. Buat permulaan ada tiga teratak untuk guest. Teratak Ummi, Teratak Sya dan Teratak Bikir. Difahamkan ada beberapa buah rumah tinggai yang sedang dibaikpulih untuk dijadikan teratak. Kalo ada sesape yang berhajat nak taruk nama, kena masuk tender.

Sementara nunggu isyak teman terkelelor nyandor kat tiang seri masjid. Kalo dapat megholoh sejam dua, kan ker best. Tapi masih ada keroje yang belum selesai. Perut lapor. Lain kali jangan taruk dalam pakej makan malam pukui sembilan. Makan malam kena taruk antara maghrib dan isyak. Nasib baik kat masjid ada beberapa aktiviti. Takler terasa lapor. Takler terase lamanye nunggu masuk waktu. Setiap penjuru ada ngaji. Ada yang ngajor dan ada yang belajor. Masjid ni ada empat penjuru. Ada empat tempat ngaji. Tak guna mikrofonpun. Macam teman ni takat nengor jer ler. Itupun jadiler. Dapat juge tambah ilmu atau mengukuhkan ilmu yang sedia ada. Ada yang datang dari Kg. Bekor, Kg. Seberang Manong, Kg. Kuban Pekan, Kg. Kubang Udang dan Kg. Rambai Tujuh. Senggang Estatepun ada wakil. Teman round setiap penjuru. Round ngesot ngan ponggong, tak bangunpun. Ada penjuru belajor base arab dan tajwid, ada penjuru belajor tafsir, ada penjuru belajor fekah dan ada penjuru khas untuk bebudak belajor agama. Manjung Mari kelihatan begitu khusuk belajor base arab.

Pukui 9.00 malam teman dan semua tetamu kena makan malam di pondok rakit ataih darat. Pondok ni atap rembia berlantaikan buluh-buluh yang diikat ngan rotan letak ataih batang pokok nyor dan batang pokok sadang. Takde dinding, terbuka. Kalo bah, rakit ni pada hukum akainya tetap tenggelam sebab buluhnya sikit. Besor juge rakit ni. 40’X 50’. Ada 10 seperah bersama 10 hidangan. Setiap hidang ada empat pinggan. Maknanya untuk satu-satu round boleh 40 oghang makan. Teman campur dua oghang pembantu campur 11 omputih campur MSK dan Manjung Mari udah jadi 16. 24 lagi tu ialah JKKK dan jemputannye termasuk tok-tok guru yang ngajor ngaji kat masjid tadi. Yang lain makan kat luar pondok rakit, lagi kenyang. Makan bersila dan bersimpuh. Sakit ponggong duduk ataih buluh yang tak ghate ni. Tapi dengor citer ianye satu terapi ponggong. Baguih untuk kesihatan. Menu makan malam ni disediakan oleh Chef Alfaberlian. Tema makan malam ni tempoyak. Gulai tempoyak ngan ikan lampang jawa. Dalam gulai tempoyak ada timun cina dan ditaruk sikit garam bukit. Ulam ngan tempoyak mantah dan tempoyak masak. Macam-macam ulam yang disediakan oleh Chef Alfaberlian. Ada jering fresh, jering tanam. Ada petai geduak silum pucuk betik. Ulam sekentutpun ada. Punyaler busuk. Rendang landakpun ada, tapi bukan rendang tempoyak ... Keli bakor ngan landak bakor pun ada. Sedapp .. tambah lagi ngan sambai belacan, sambai macang dan sambai nyor. Baru tulih jer udah meleleh dan melejeh ayor liur. Minum ayor angat dan ayor masak. Ayor angat tu kopi ler. Jangan dajai taruk ayor akor pinang dalam ayor angat teman. Karang tak tido sampai ke pagi. Menurut chef, semua masakan guna kayu api.

Tak lama kemudian nampakler semua omputih tu datang. Lawa dan berseri disinari cahaya bulan dan lampu jalan serta panjut pelita. Mana dapat si mat saleh ni akan kopiah putih cam haji dan songkok? Dalam persalinan hanya ada kain pelikat dan baju melayu jer. Ntah sape ler yang maginye. Temanpun tak tahu sape yang ngajor cara pakai pakaian ni kat deme. Tima kasih ajer ler. Yang pompuan lak usah cakap ler memang beregek ngan baju kurung teluk belanga, berkain batik buatan kelate serta lilit selendang kat tengkuk. Ada pulak yang kurus cekeding tu pakai kebaya. Sapeler yang magi kebaya ni kat dia. Payahler dia nak bersimpuh makan beridang nanti. Teman tambah syarat baru. Setiap hidang mesti ada sekurang-kurangnye soghang omputih. Ada tujuh hidang untuk oghang jantan dan tiga hidang oghang pompuan. Hidangan teman betui-betui sebelah omputih yang pakai kebaya tadi. Bersimpuh jer nampak ler bebayang, tapi ada pakai dalam punya. Paha usah cakap ler memang nampak bebenor. Bukan salah teman. Dalam pakej takde baju kebaya.

Teman nengak deme ni cam tak lalu makan jer. Maklumler ada bau semacam jer. Bau tempoyak, bau jering petai dan bau sekentut. Tapi bila udah mula makan, ribut berentipun deme belum berenti lagi. Seghonok deme makan guna seratus peratus jejari tangan kanan. Lenjun abih badan deme ngan peluh. Sengsara betui penangan sambai belacan cabai burung. Nun di hadapan ada persembahan tarian dabus anak-anak muda di bawah pengawasan orang-orang tua. Ada juga paluan kompang dan rebana formasi. Begitu juga dengan sketsa sejarah Senggang. Sketsa Raja Yussof dengan Raja Ismail yang akhirnya Raja Yussof menjadi sultan.

Abih makan, Chef Alfaberlian dan pembantunye kutip pinggan piring gelas cawan seperah. Baru boleh belunjur nengak bebudak muda main dabus. Guest kebaya tadi payah bebenor nak belunjur. Pinggang tak balance. Dia teruih turun numpang main alat dabus, kerincing. Ada yang mencuba menari dabus sambil tepuk rebana. Lantak kome ler.

Ncik Doan, tolong jaga omputih ni. Cukup pukui 11.00 semua kena berenti. Tido dan rehat kat teratak masing-masing. Teman nak mengholoh. Teman tanya chef, apa tema kekudap pagi esok? Syyy …

Tuesday, December 30, 2008

Ketua Kampung Baru .. siapa terkilan .. MB Nizar atau Lee Boon Chye

Timbul satu hal lagi di Perak. Kali ini isu mengenai perlantikan ketua-ketua kampung baru. Sebelum ini difahamkan bahawa Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Perak telah memutuskan bahawa ketua-ketua kampung baru mesti dibuat secara lantikan bukannya secara pencalonan dan pemilihan melalui kaedah pengundian. Tetapi di Gopeng telah berlakunya sebaliknya. Penduduk-penduduk kampung baru tetap dengan pendirian memilih ketua kampung melalui pencalonan dan pengundian. Dan lebih menarik pencalonan dan kempen ini diselaraskan oleh ADUN Simpang Pulai dan AP Gopeng. Kedua-duanya mewakili PKR.

Berdasarkan maklumat ringkas ini, jelaslah bahawa ADUN dan AP PKR telah tidak menghormati keputusan MB Perak. MB Perak telah meminta supaya kedua-dua wakil rakyat ini menghantar laporan segera tentang tindakan mereka melanggar keputusan PR negeri. Hebat MB Nizar ni. Macam inilah MB yang saya mahukan. Tetapi apabila saya perhalusi semula, keputusan MB Nizar sebenarnya telah meletakkan MB pada tahap yang tidak boleh dibanggakan. Persoalan timbul kenapa dahulu di kampung-kampung Melayu pemilihan mesti dibuat melalui pencalonan dan pemilihan? Riuh ketika itu kut-kut yang menang nanti adalah UMNO. Dan memang ada kampung yang UMNO menang. Alasan MB, kaedah ini mesti diteruskan sebagai menghormati kehendak DYTM Raja Muda Perak. Sebagai rakyat yang menghormati institusi istana, saya terima dengan hati terbuka. Saya tafsir dan sanjung tinggi kerana MB faham akan maksud daulat yang dilafazkannya.

Setelah sembilan bulan berlalu, keputusan telah berubah. Ada pengecualian pada pemilihan ketua di kampung-kampung baru. Kebetulan penduduk di kampung-kampung baru adalah daripada komuniti Cina. Apakah orang-orang Cina ini tidak diperakui sebagai rakyat negeri Perak? Jikalau mereka rakyat Perak, kenapa kehendak DYTM Raja Muda tidak lagi dihormati? Apakah DYTM mengecualikan mereka? Sepatutnya dalam hal ini MB Nizar yang hantar laporan kepada ADUN dan AP PKR, bukannya mereka yang dipaksa hantar laporan kepada MB. Sepatutnya MB NIzar mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana mengusahakan kehendak DYTM. Melaksanakan kehendak DYTM bermakna memudahkan tugas MB dalam urusan pemilihan ketua kampung. Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya.

Saya cuba untuk tidak menafsir yang bukan-bukan, tetapi minda saya terus berfikir dan merencahkan siratnya kenapa kerajaan negeri lupa kepada keputusan asalnya dahulu. Mungkin MB tidak dipengaruhi oleh DAP tetapi terpaksa akur dengan keputusan mesyuarat. Mesyuarat memutuskan bahawa pemilihan ketua kampung baru mesti dibuat secara lantikan bukannya secara pemilihan awam. DAP tahu jikalau ketua kampung dibuat secara pemilihan, calon-calon ketua kampung DAP akan kalah. Apabila calonnya kalah, DAP tidak lagi relevan di Perak. DAP tidak mahu PKR kelihatan lebih kuat daripada DAP. DAP tahu jikalau diteruskan kaedah pemilihan ini, majoriti ketua kampung baru di Ipoh Barat adalah PKR. Ini kerana Lee Boon Chye membina kekuatan awalnya di Ipoh Barat bukannya di Gopeng. Sepatutnya PRU 2004, Lee Boon Chye yang bertanding di Ipoh Barat, bukannya Lim Kit Siang. Lim Kit Siang datang setelah segala-galanya teratur. Cacamarba Lee Boon Chye membina pengaruh baru di Gopeng pada tahun 2004 itu. Salahkah Lee Boon Chye membina kekuatannya sendiri di kalangan komuniti Cina? Apakah Lim Kit Siang dengki dan irihati melihat bahawa Lee Boon Chye lebih berpengaruh daripadanya di bumi Perak ini.

DSMB Nizar, maafkan saya.


Datangler Ke Senggang 2

Terbitan awal di http://perakexpress.com/

Oleh: Mamamat

Datangler ke Senggang

Siri 2, Menuju Kg. Senggang

Tetamu kami omputih tu sebelas oghang. Teman ngan anak buah ada tiga oghang. Tuan bot ngan anak terunanya. Jumlah 16 oghang campur 10 raga beg deme dalam bot. Kome kiraler berapa isi bot ini. 16 campur 10 jadi 26 … betuikan? Guh sekolah dulu cikgu teman kata temanler yang selalu nolong ngabihkan dakwat merah pen cikgu. Bangga teman cikgu puji camtu ..

Pelan-pelan bot kami ngelio ikut arus ayor sungai. Peringkat awai ni pendayung jadi kemudi. Maklumler ayor kat segenting ni deraih bebenor.Bot kena jadi sampan. Jimat petrol. Walaupun harga petrol dah turun sekupang, tapi masih mahai. Ada pulak soghang mat saleh yang badan besor nak cuba kemudi sampan. Woii Mat Saleh, ini bukan pegho. Ini sampan besor. Jangan gatai nak dayung kat ayor deraih ni. Kang tak pasai-pasai telangkup sampan ni. Abih beg-beg kome nanti hanyut ke laut. Kalo badan kome tu kecik boleh juge teman tarik ke tebing. Tapi teman risau kut-kut kome yang narik teman ke tengah. Dalam sampan ni, hanya ada soghang jer yang ada lesen berenang. Itupun sebab dia pernah jadi navy. Kami yang lain ni taraf amator jer. Cukup untuk pakai dan guna sendiri.

Sampai kat Kg.Senawor, arus dah mula kurang. Waktu ni baru start enjin. Bila enjin dah start, sampan ni jadi bot pulak. Lega, bot kembali tenang. Panaih terik menehing. Nasib baik bot ini ada bumbung dan atap. Tapi oghang-oghang putih ni tak kira lelaki ker pompuan ker suka sangat lepak jemur kat burit bot. Ada pulak yang berani naik ataih bumbung dan lepak ataih bumbung. Nasib baik deme tak tanggai baju dan suar. Kalo idak tak tahuler mata teman ni nak nengak tang mana. Sambil bot mudik ngelio teman dan anak buah ambik dan sediakan beberapa joran yang berbatangkan buluh-buluh kecil atau batang pokok bemban. Enjin bot dimatikan. Bot rapat ke tebing kanan sungai. Betui-betui bawah Gotak Menora. Teman suruh deme pegi makan kat R&R Sungai Perak. Dalam pakej ni, makan tengah hari berbentuk sendirian berhad. Teman semayang Lohorpun kat sini.

Sejam kemudian semua tetamu kami udah kembali ke bot. Teman bagi taklimat pasai memancing. Setiap orang dapat satu joran. Ada yang dapat joran tali panjang, ada yang dapat tali pendek. Setiap orang dibekalkan dengan cacing tanah yang sihat-sihat. Pepagi lagi teman nyangkui bawah pokok pisang cari cacing-cacing ni. Lecehnya nak cari cacing tanah, cangkui-cangkui jer cacing gelang. Teman tak sior cacing gelang. Ngelejat sangat. Ikanpun takut nak ngap. Teman ingatkan oghang-oghang putih ni geli geliman megang cacing ni. Rupa-rupanya deme seghonok bebenor. Takkan kat negara deme takde cacing. Ooo… cacing tak idup dalam salji. Dalam taklimat teman tak bagitahu apa sudahnye deme ni. Hanya taklimat pasai mancing jer. Taklimat bawah gotak. Redup. Demepun tak tanya .. senang

Abih taklimat mancing, bot mula ngelio. Berseri-seri muka deme, cam udang kena panggang. Tetiba ada soghang minah saleh tanya sambil tunjuk kat angka 92 pada satu kuala sungai sebelah kanan Sungai Peghak. Petua nak kenai mana kanan, mana kiri, senang jer. Sultan Peghak mudik ke ulu Sungai Peghak dari arah Bagan Datoh. Masa ngulu dengan muka ngadap ke ulu, yang belah kanan dipanggil kanan, yang belah kiri dipanggil kiri. 92 tu merujuk kepada sungai cawangan yang mengalir ke Sungai Peghak. Kena bilang dari elor. 92 merujuk kepada Sg Menora. 99 pula merujuk kepada Sungai Kangsar. Sungai Kurang Sa Seratus. Angka 92 pun kena cup cap. Semuanya kena cup cap. Baguih juge setiap cawangan sungai ada nombor siri. Sebut jer nombor, dah tahu sungai tu kat elor ker kat ulu. Nak lagi mudah, nombor ganjil belah kiri nombor genap belah kanan.

Bot mula rapat ke tebing sebelah kiri. Ada sebuah kampung. Namanya Kg. Kelebor. Kat situ ayornya dalam. Sepanjang tebing ada laluan pejalan kaki yang menghubungkan dango-dango tempat memancing. Dango-dango nipun ada nama. Omputih ni turun sambil bawak joran dan cacing tanah. Dalam taklimat tadi teman udah pesan jangan mandi kat sini. Teman bukan takut deme lemaih, tapi takut ikan lari. Kalo ikan lari buat peronjang per mancing kat sini. Kami disambut oleh ketua kampung sambil bertanya berapa jumlah. Teman kata 26. Teruih jer anak buahnya manjat nyor pandan. Setiap orang dibagi sebiji nyor muda. Aik, ada lebih 10 biji. Mana lagi? Lain kali jangan tanya, kira sendiri. Fuihh .. minum ayor nyor muda ngan pisang bakor. Nyor yang lebih tu teman bakor sama ngan pisang abu. Lagi sedap ayor nyor muda bakor. Ubi kayupun deme bakor sama. Teman rase cam ubi batat jer.

Seghonok benor omputih ni nyembang ngan oghang kampung. Tak pahampun angguk-angguk jer. Gelak tawa usah citer ler. Meriah. Langsung tak rasapun yang tok nenek moyang deme dulu peghonah menjajah tok nenek moyang kita. MSK kata memang harmoni. Kami mula mancing kat dango-dango yang disediakan. Ada Dango Chaah, Dango Manja, Dango Comot dan banyak lagi. Yang teman tak berkenan tu ada juga Dango MSK. Tapi mana lagi omputih ni. Mana lagi lima oghang? Yang takde tu pompuan pulak. Isk sape pulak yang kidnap deme ni? Teman jer yang ghiso. Lakinya relax semacam jer. Udah lakinya relax, temanpun buat-buat ler relax. Dalam tempoh setengah jam ada yang dapat ikan bocat, ada yang dapat lampang dan yang lebihnya hanya dapat mancing jer. Dapat abihkan umpan cacing.Tak dapat ikan sebarau. Frust!

Sambil nunggu minah saleh pulang dari tempat yang tak diketahui, kami bakor dua ekor ikan ni. Lumur-lumur ngan serai wangi , tak sempat masak udah abih kena ratah. Lungap betui mat saleh ni meratah ikan setengah masak. Tetiba puak yang hilang tadi balik. Siap bawak ikan besor. Lawa pulak tu. Woii .. itu ikan kelisa. Kome tangkap kat mana. Idup lagi. Dalam plastik. Beli kat kolam ikan kelisa kat Kg. Ketior. Ada ker nak dipanggangnyer ikan tu. Teman kata ikan ni tak boleh dibakor. Kalo bakor tak leh nyeberang kite. Pantang tok nenek makor ikan kelise. Simpan dan bawak ke Kg. Senggang. Opps .. udah terkhabo pulak destinasi percutian khas deme ni. Deme bukan tahu Kg. Senggang tu belah mana.

Semua tetamu dan yang turun bot tadi naik dan masuk semula ke dalam bot. Tok ketua kampung nak ikut, teman tak bagi. Karang sape nak nganto dia nyeberang. Sape nak bayor petrol. Kena strict sebab bawak tok ketua takde dalam pakej. Nanti teman nyeberang sendiri ler, katanye. Tak boleh tok, berat bot. Cepat abih petrol kang. Kedekut. Woiii .. bayor buah nyor aku. Teman tak mintak, tok yang bagi. Ni mesti penangan minah saleh, hingga tok ketua nak nyeberang sama. Patutler tok ketua takde masa pompuan saleh hilang tadi. Rupanye dia yang bawak deme pegi kolam kelisa Kg. Ketior. Dalam bot siap dapat tengak gambor tok ketua ngan minah saleh yang dicup cap kat sana tadi. Ngelenyor!

Di seberang kelihatan oghang-oghang Kg. Kubang Pekan melambai-lambai. Ada yang lambai, ada pulak yang manggil. Mana satu yang betui ni. Omputih tu lambai sama. Temanpun lambai juge ler. Begitu juga masa lalu kat Kg. Benteng, kelihatan beberapa oghang kampung melambai dan memanggil. Kami tak boleh singgah. Dah suntuk ni. Dekat pukui enam. Teman belum Asar lagi. Dalam jadual, kami kena sampai pukui enam petang. Akhirnya sampailer ke destinasi yang dituju, Kg. Senggang. Dari jauh kelihatan ghamei yang berkumpui kat jeti. Cam muka MSK jer tu .. Smart semacam jer oghang tua ni. Sebiji cam Hang Jebat tika menderhaka pada Sultan Melaka. Biasanye MSK pakai t-shirt kacang pagoda jer. Hari ni pakai lain pulak. Eh, Manjung Mari pun ada. Isk kome ni.