Wednesday, February 3, 2010

Itu Karpal manyak kacau woo ...

Sumber : mStar

Ketika pemeriksaan utama oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin, Mohd Saiful berkata pelawaan Anwar itu dibuat selepas beliau menyerahkan dokumen yang dibawanya dari pejabat kepada Anwar.

Mohd Yusof: Apa buat dengan dokumen bila masuk?

Mohd Saiful: Saya duduk di meja tersebut bertentangan dengan Anwar dan serahkan dokumen.

Mohd Yusof: Duduk, letak dokumen, apa lepas itu?

Mohd Saiful: Lepas serah dokumen, kami bincang tentang jadual kerja, tidak lama lepas itu beliau tanya satu soalan.

Mohd Yusof: Apa soalan itu?

Mohd Saiful: Can I f**k you today?

Mohd Yusof: Apa reaksi kamu ketika diajukan soalan itu?

Mohd Saiful: Marah dan takut.

Mohd Yusof: Ada kamu kata apa-apa?

Mohd Saiful: Tolak pelawaannya.

Mohd Yusof: Apa kamu kata bila menolak?

Mohd Saiful: Saya kata saya tidak mahu melakukannya.

Mohd Yusof: Anwar kata apa-apa bila kamu kata tidak hendak melakukannya?

Mohd Saiful: Dengan nada marah, Anwar kata what?

Mohd Yusof: Apa respon kamu?

Mohd Saiful: Saya ulang yang sama.

Mohd Yusof: Seterusnya?

Mohd Saiful: Anwar agak marah, dengan itu saya takut. Anwar arahkan ke bilik tidur utama.

Mohd Saiful berkata beliau kemudian mengikut arahan Anwar dan Anwar selepas itu menutup langsir dan lampu bilik.

Beliau berkata Anwar seterusnya meminta beliau untuk membersihkan dirinya di bilik air.

Mohd Yusof: Masa itu dah buka pakaian?

Mohd Saiful: Ya.

Mohd Yusof: Lepas bilas diri?

Mohd Saiful: Saya ambil tuala dalam tandas, saya keluar dengan bawa baju kemeja saya warna putih dan gantung di tempat pemegang almari.

Mohd Yusof: Kamu bertuala?

Mohd Saiful: Saya bertuala.

Mohd Yusof: Masa keluar dari bilik air, nampak di mana Anwar?

Mohd Saiful: Saya nampak, Anwar di hujung penjuru katil, di bahagian kaki sebelah kanan.

Mohd Yusof: Apa Anwar buat pada masa itu?

Mohd Saiful: Dia berdiri pakai tuala putih dan mengarahkan saya untuk pergi dekat dia, lalu dia peluk saya sambil berdiri.

Ketika itu, peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar membuat permohonan agar prosiding seterusnya dijalankan secara tertutup.

Permohonan itu dibenarkan oleh hakim untuk perbicaraan yang bersambung esok.



7 comments:

  1. Nak tanya sikit ?

    Macam mana nak mengesahkan apa yang dicakap itu betul atau sengaja reka cerita..

    bagai mana kalau cerita itu hanya direka semata mata.

    ReplyDelete
  2. Ini tentu director first time buat filem...jalan cerita direct je..tak de stim langsung

    ReplyDelete
  3. nak tahu cerita sepol betul tidak kita tunggu je masa soalan balas peguam pembela. kita memg tahu saksi penting akan berlatih sblm ke mahkamah. jadi semua nampak perfect. nak tahu hebat tak hebat saksi masa di soalbalas je la

    ReplyDelete
  4. Saya tak sabar tnggu kptusan ...

    kdg2 kita sbg org 'biasa2' ni, boleh jadik binggung pikirkan....

    ReplyDelete
  5. Ada satu perkara lagi si saiful tu lupa cakap, bab ni Bah kena ceritakan "in camera"

    ReplyDelete
  6. Salam!
    Bagi teman, selagi sistem Islam dan kehakman Islam diwujudkan, selagi itulah manusia tidak dpt keadilan sepenuhnya krn zaman fitnah Dajjal, manusia ada 1001 cara utk berpura2 dan berlakon. Mrk dah ada keputusan yg terancang sbgmana berlaku dahulu. Kali ni watak/pelakon yg lain tetapi skrip yg sama. Adakah ini nak ditayangkan filem tamil semula? Yenna deyy! Yenna Soolle!

    ReplyDelete
  7. Salam!
    Ralat kenyataan diatas:
    ....kehakiman Islam tidak dapat diwujudkan ....

    ReplyDelete