Thursday, February 11, 2010

Mahkamah masih relevan kepada PR

“Kalo udah tahu mahkamah tak nyebelah kome, buat ape ngadu pade mahkamah? Bile hakim udah bagi kate putuih, heboh pulak yang hakim beghat sebelahle, hakim makan suaple. Kalo udah macam itu, baikle tak payah pegi mahkamah. Buang mase, buang tenage, buang duit. Apahpun takde pekdahnye”, gegham bebeno bunyi suaghe Dollah ameno belabun dalam kedei kopi dekat jam beso Paghit.

Maklumle MB DPulo udah disahkan jadi MB Peghak. Dollah ameno jadi gaghang semacam je. Lepaih gegham. Lagipun di meja sebelah ade oghang paih tengah minum. Teman minum soghang2. Tak selese duduk ghapat dengan deme sebab badan bepeluh dan berbau. Teman baghu balik daghi nebaih di kebun.

Hanya suaghe Dollah ameno dan geng dia je yang kuat labunnye dalam kedei kopi. Seghonok bebeno deme. Puak paih soh je. Seolah2 Dollah ameno sengaje nak bagi oghang paih dengo dan sakit hati. Bedesing tinge dengonye weh. Kalo tak kene gayenye boleh gaduh weh. Sebab itule gamaknye MB Nizar mintak oghang2 paih tenang dan sabo.

Itu petang tadi. Tak sape beghani nyawab dan behujah dengan Dollah ameno. Temanpun tunduk. Sekaghang baghu teman beghani jawab. Jawab dalam blogle.

Benar, PR memang tahu yang mahkamah akan mencipta alasan supaya UMNO sentiasa menang dalam kes politik yang melibatkan PR lawan UMNO. Betul, penghakiman berat sebelah. Betul, PR mengesyaki memang ada unsur-unsur rasuah dalam penghakiman. Ini kerana PR berkeyakinan bahawa isu atau kes yang dimulakan oleh UMNO sudah tentu akhirnya akan berpihak kepada UMNO.

Kenapa PR tetap melawan dan masih menggunakan saluran mahkamah walaupun diketahui yang mahkamah tidak lagi berlaku adil kepada PR?

PR tidak banyak pilihan. Diusulkan dalam parlimen, awal-awal lagi sudah ditolak speaker. Mengadu kepada polis, si pengadu yang kena siasat. Yang diadu tidak disiasat. Mengadu kepada SPRM, si pengadu juga yang teruk kena siasat. JIkalau UMNO yang mengadu, bersegeralah polis atau SPRM menyiasat apa yang diadu. Mengadu kepada istana, takat boleh berarak dan serah memorandum sahaja. Jadilah dapat juga serahkan memorandum di luar pintu istana. Itupun banyak halangannya. Jikalau UMNO yang buat, siap boleh masuk mengadap lagi...

Hanya mahkamah sahaja tempat yang masih ada untuk PR berhujah dan berdebat, walaupun sudah dijangka yang keputiusan hakim tetap akan memihak kepada UMNO. Yang penting apa yang dihujahkan oleh PR dan UMNO dalam mahkamah akan diketahui oleh rakyat. Dalam isu MB Perak, rakyat telah didedahkan dengan kandungan Undang-Undang Tubuh Perak. Secara mudahnya MB yang telah dilantik oleh istana tidak boleh dipecat oleh istana melainkan atas salah satu daripada tiga perkara iaitu MB meletak jawatan, MB kalah dalam undi usul tidak percaya di DUN atau DUN Perak dibubarkan. Itu sahaja. Tetapi undang-undang yang mudah ini telah ditafsir secara payah oleh hakim Mahkamah Persekutuan. Rakyat yang boleh berfikir akan senyum sinis dengan keputusan ini. Dan harus diingat, jumlah rakyat yang boleh berfikir semakin hari semakin ramai.

Begitu juga dalam kes fitnah liwat ke atas DSAI, DSAI terpaksa menggunakan mahkamah untuk menafi dan membuktikan bahawa DSAI tidak meliwat si Saiful. Walaupun baru beberapa hari kes ini dibicarakan, telah nampak kepincangan hujah pihak pendakwa. Yang penting ialah ketidaktentuan hujah pendakwa dapat diketahui oleh rakyat. Saiful tidak berak dan tidak basuh punggungnya selama dua hari. Mandi tak basuh punggung? Mungkin benar Si Saiful tak basuh punggungnya. Tetapi sebagai manusia normal, mandi tidak basuh punggung walaupun tidak berak, adalah sesuatu yang menjijikkan. Nampak sangat si Saiful berbohong. Lainlah jikalau si Saiful ini jenis selekeh.

Itu baru dua hari. Lagi lama kes DSAI ini dibicarakan, lagi berkesanlah kempen PR menghadapi PRU 13 walaupun mungkin kesudahannya DSAI dihantar kembali menghuni Penjara Sungai Buluh.

Atas sebab-sebab inilah kenapa perbicaraan di mahkamah masih relevan kepada PR. Hujah di mahkamah adalah kenyataan rasmi. Kenyataan berfakta. Rakyat akan menilai siapa yang berbohong dan cuba berbohong di mahkamah. PR atau UMNO? Keputusan hakim, belakang kira!

Jikalau ikutkan letih memang letih. Duit habis. Masa terbuang. Tetapi demi anak-anak dan pewaris Malaysia, perjuangan mesti diteruskan. Sekurang-kurangnya walaupun cubaan demi cubaan masih gagal, PR sebenarnya telah berjaya mendedahkan kepincangan yang ada pada UMNO.

Sememangnya UMNO amat berharap agar PR bosan dengan keputusan mahkamah yang tetap tidak memihak kepada PR ...

2 comments:

  1. ....Saiful tidak berak dan tidak basuh punggungnya selama dua hari. Mandi tak basuh punggung? ...

    (sama macam yang teman pikiokan.. hmmmm..)

    ReplyDelete
  2. Saifuul telah membersihkan diri sebelum dikatakan diliwat oleh DSAI. Bila dah selesai tak payah le mandi dan bera* gamaknya. Boleh tahan 2, 3 hari.

    ReplyDelete