9.30 am Mahkamah telah penuh sesak pagi ini. Persoalan pertama pagi ini, apakah hakim Mohd Zabidin akan menarik diri dari mendengar kes? Spekulasi: Berdasarkan kepada perkembangan-perkembangan di mahkamah-mahkamah Tinggi dan Rayuan yang tidak memihak kepada Anwar kita dapat membuat telahan bahawa Hakim akan terus mendengar dan membicarakan kes.
9.34 am: Pihak pendakwa dan peguam pembela sudah berada di dalam mahkamah.
9.36 am: Peguam pembela menambah seorang lagi peguam. Hanipa Maidin. Peguam pembela yang lain Karpal, Param, Sankara, Ram Karpal, Prabakaran, Marisa Fernando & Mohd Radzlan.
9.45 am: Ramai pemimpin Pakatan Rakyat hadir pagi ini: Lim Kit Siang, Mahfuz Omar, Nizar Jamaluddin, Syed Husin, Chua Jui Meng dan lain lain
9.50 am: Hakim masuk. Peguam Karpal memperkenalkan tambahan peguam pembela yang baru.
9.51 am: Hakim membacakan keputusannya.
9.53 am: Hakim memulakan dengan memetik kata-kata bekas Hakim Mahkamah Rayuan, N.H.Chan berkenaan dengan definisi "bias".
9.55 am: Seperti spekulasi GB di atas, Hakim memutuskan "Berdasarkan affidavit yang dinyatakan, saya tak nampak seseorang yang waras boleh menyatakan sikap saya sebagai bias. Oleh itu permohonan ditolak."
9.58 am: Karpal meminta kes diteruskan dengan soal-balas terhadap saksi pertama. Dipercayai, ketika ini ketiga-tiga pakar DNA dan Forensik dari luarnegara sudah berada di dalam mahkamah. Tiga pakar berkenaan ialah pakar DNA, Dr. Brian McDonald dari Sydney, Australia, pakar forensik, Dr. C Damodaran dari Chennai, India dan Dr. David Wells dari Melbourne Australia.
10.00 am: Mahkamah berehat sebentar.
10.08 am: Hakim muncul semula. Mahkamah diminta "bersedia".
10.10 am: Pendakwa menanya samada peguam pembela berhasrat memfailkan rayuan.
10.12 am: Hakim meminta kedua-dua pihak menemuinya di kamar mahkamah. Karpal: "Ia tak perlu. Boleh diselesaikan di sini".
10.14 am: Kami tak mahu dituduh lagi sebagai melengahkan perbiacaran. Kami telah bersedia sekarang, kata Karpal.
10.16 am: Karpal: Terlalu banyak kejadian yang menganggu perbicaraan, seperti protes dari Pemuda UMNO. "Tidak boleh biarkan Pemuda Umno menjadi ganas."
10.20 am: Pihak pendakwa seperti terkejut dengan ketegasan pihak pembela pagi ini. Karpal menyatakan lagi "Terdapat tangan hitam yang terlibat di dalam kes ini, iaitu Perdana Menteri... tidak , terdapat dua tangan hitam, isterinya juga"
10.25 am: Ada kemungkinan saksi pertama, Saiful belum dilatih lagi untuk berdepan dengan soalan-soalan peguam pembela. Mungkin terkencing Saiful nanti bila berdepan dengan soalan-soalan Karpal - kata Pengarah Komunikasi PKR Jonson Chong di dalam twitternya.
10.28 am: Karpal bercadang untuk memfailkan rayuan terhadap keputusan hakim yang tidak mahu menarik diri dari membicarakan kes ini.
10.30 am: Keputusan peguam pembela untuk memfailkan rayuan setelah ditanya oleh Pendakwa. Anwar sendiri menjawab, Ya, kami mahukan kebenaran.
10.35 am: Anwar kelihatan sempat berbual-bual dengan Mahfuz dan Nizar.
10.40 am: Hakim memanggil kedua-dua pihak pendakwa dan pembelas masuk ke dalam kamar.
10.45 am: Peguam Sankara Nair menunjukkan isyarat mungkin perbicaraan ditunda.
10.46 am: Suasana di luar perkarangan Mahkamah, lebih 30 orang penyokong Anwar membacakan surah Yassin di luar Tinggi Kuala Lumpur yang diketuai Ustaz Badrul Amin.
10.47 am: Seperti dinyatakan tadi, pihak pendakwa berkemungkinan cuba melengahkan perbicaraan sekalipun Karpal bertegas supaya perbicaraan diteruskan. Ia berkemungkinan untuk memberi peluang saksi mempersiapkan diri untuk berdepan dengan soalbalas dari peguam pembela.
10.50 am: Berdasarkan kes-kes yang lalu, Karpal mempunyai keupayaan untuk menyebabkan saksi-saksi menjadi gigil dan terpaksa menyatakan yang benar. Keadaan lebih menarik jika pasukan peguambela disertai oleh Gobind Singh Deo seperti yang ditunjukkan di dalam inkues Teoh Beng Hock. Di dalam kes ini, Gobind tidak ikutserta.
10.55 am: Kes ditangguhkan pada 25 Mac 2009.
Sumber : http://greenboc.blogspot.com/
Mengigil Saiful sekali dengan peguam-peguannya & pengarah cerita rekaan terhangat 2010. Dik kerana kehadiran 3 orang pakar DNA dari luar negara tu. Mengigil teramat sangat sehingga terburai lorong yang tiada pernah kena penetrasi tapi ada sampel semen ber-DNA itu. kah kah kah.
ReplyDeleteYOP,
ReplyDeletedeme kena tangguh sbb sepol perlu berlatih jawab pasal dna nanti. kalau depa nak kantoi pun depa tak mau nampak bodoh sgt hehehe.
tak pun hakim terkejut sbb pakar dna dr luar dah dtg. dia tak sangka depa nak dtg awai sgt kot hehehe