Sunday, April 11, 2010

Tuah Hang Jebat

Teman empat beranak baru balik dari nengak teater Tuah Hang Jebat, karya Dr. Shark di UTP. Malam esok ada lagi. Baguih citernye. Kalo sesape yang ada kelapangan dan teringin nak derma RM5.00, pegiler.

Ini kali kedua teman masuk nengak teater di UTP. Kali pertama, 10 tahun lalu bersama Kak Id dan Bang Din. Deme dijemput oleh Dr. Shark. Dan deme pulak ngajak teman. Maklumle deme dari Kulim. Teman diperkenalkan oleh deme pada Dr. Shark yang berjanggut berjambang. Keme diajak duduk di bangku depan pentas. Kira2 jadi tetamu utama barisan keduale keme ni.

Teman, Dr. Shark, Bang Din dan Kak Id adalah antara pengomen yang selalu menulih di Forum Gerak Reformasi (FGR) suatu waktu dulu. Tak sangka teman yang Dr. Shark adalah pengarah teater. Sayangnya pada ketika itu ayahanda Marhaen Tua tidak dapat turut serta.

10 tahun lalu teman menonton teater Asylum, dan sebentar tadi teman berpeluang menonton teater Tuah Hang Jebat. Teman dan keluarga duduk betui2 di belakang Dr. Shark. Dr. Shark tak akan ingat lagi pada teman. Temanpun tak mahu buangkan masa dia untuk mengingati teman. Teman takat salam dan senyum je.

Sama ada Asylum ataupun Tuah Hang Jebat, kedua2 teater ini telah berjaya membawa mesej berseni rampai sinis bersulam akan penderhakaan Tuah kepada rakyat demi kesetiaan gilanye kepada Sultan Melaka.

Antara ungkapan dialog Hang Jebat yang menarik perhatian teman, "Kamu Tuah jangan jadi syirik dengan percaya yang Taming Sari ini sahaja yang boleh membunuh aku. Kamu ambillah keris ini. Ajal kita hanya Allah yang tentukan".

Apa2pun tahniah daripada teman sekeluarga kepada 85 pelakon dan kru teater yang terlibat dalam pementasan "Tuah Hang Jebat". Kalian sememangnya mampu menghibur dan membuatkan teman sentiasa berfikir melalui seni ...

7 comments:

  1. Salam yop,

    Tahniah! Cebe cebor dalam bidang seni pulak, dalam bidang politik tersekat-sekat. Nak dapatkan pingat pun manyak pulak cingkadaknye.

    ReplyDelete
  2. Aikk...tuan dango mamamat dah masuk bidang kesenian? Bagus jugak sekali sekala tuan post pasa kesenian. Tapi tuan, ape jalan ceritanya.?

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Tuan tahukah siapa HC di FGR?

    ReplyDelete
  4. Teman sekeluarga di UTP semalam Ahad ( 11/04/2010)balik lepas isyak, tak pulak teman perasan ada persembahan teater..kurang promosi.
    kalau tahu teringin juga nak tengok manusia berlakun depan mata....

    ReplyDelete
  5. Salam semua .. tima kasih atas sokongan kalian
    Odd-one .. HC yang berbadan kecil sedikit gempal. Berketayap di luar dan bersongkok di mahkamah syariah ..

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Kisah hang tuah versi baru agaknya :)

    www.faridrashidi.com

    ReplyDelete
  7. Mashaallah....tuan di belakang saya yeee...kenapa tak perkenal kan diri...Saya mesti dah lupa kelibat rupa...rugi nya tak berjumpa. Tetapi amat menghargai yang tuan datang malam tu....tak sangka terjumpa blog ini. Nak bawak ke KL June nanti...

    ReplyDelete