Sunday, April 25, 2010

Kesian UMNO ... menang tapi ngobak!

BN menang melalui calonnya Kamalanathan. MIC telah meminjamkan Kamalanathan kepada UMNO. Dan nasib Kamalanathan dalam PRU 13 dijangka akan menuriti nasib rakannya di Ijok yang pernah menang dalam PRK tetapi kalah dalam PRU 12. MB Khalid kalah dalam PRK Ijok tetapi menang bergaya dalam PRU 12. Zaid Ibrahim dijangka akan menang besar dalam PRU 13 sekiranya beliau masih dikekalkan sebagai calon PR untuk kerusi tersebut.Tahniah kepada Kamalanathan untuk hari ini dan takziah juga kepada Kamalanathan untuk PRU 13.

Berdasarkan keputusan rasmi PRU 12 dan PRK di Parlimen Hulu Selangor, ternyata BN khususnya UMNO tidak mampu senyum lebar. Senyum mereka hanya dbuat-buat. Ini kerana undi yang diterima oleh calon PKR dalam PRK ini meningkat 95 undi. Undi BN pula bertambah 2,018. Persoalannya mampukah UMNO mempertahankan kemenangannya dalam PRU 13 dalam keadaan undi PKR tidak menurun dalam PRK ini. Terlalu sukar bagi UMNO mencongak masa depannya di Hulu Selangor. Mungkin tidak keterlaluan dikatakan bahawa dua daripada tiga DUN dalam Parlimen Hulu Selangor akan dapat ditawan oleh PR.

Keputusan rasmi PRU 12 Parlimen Hulu Selangor

PR : 23,177

BN : 22,979

Keputusan rasmi PRK Parlimen Hulu Selangor

PR : 23,272 (meningkat 95)

BN : 24,997 (meningkat 2,018)

UMNO dengan gahnya tentu menyatakan bahawa majoriti kemenangannya begitu besar iaitu 1,725 berbanding akan status BN sebagai pembangkang di Selangor. UMNO akan memainkan provokasi yang PR telah gagal memimpin Selangor. Tetapi jauh di sudut hati PM 1Malaysia, kekecewaannya terasa sangat kerana undi PKR tidak merosot. Walaupun hampir 14,000 pengundi telah disusahkan oleh SPR untuk mengundi di Hulu Selangor dan ada pula pengundi yang mengadu tidak dapat mengundi kerana dikatakan telah mengundi, ternyata UMNO masih gagal menurunkan bilangan undi yang diterima oleh calon PKR.

Kesian UMNO ... menang tapi ngobak...

3 comments:

  1. Sebenarnya pada hakikatnya umno bn tidak akan berjaya merobek kepercayaan penyokong PR.....bahkan penyokong PR telah meningkat berbanding dengan pru 12 dahulu......umno jangan mendingak ke langit pru 13 akan menjanjikan sesuatu untuk mu......

    ReplyDelete
  2. Alahai..menang pun kena kata, kalah apatah lagi...adat bertanding..

    ReplyDelete
  3. Nampak sangat artikel ni sakit hati sbb BN menang. Dah kalah tu ngaku je lah kalah. 1725 tu bukannya kecik, lebih besar dari majoriti yg Pakatan kau menang di situ pd PRU12 pd 2008, cuma 198 undi

    MIC pinjamkan Kamalanathan pd UMNO? Bodoh dan dongok punya analisis! Nampak sangat kau nak adudombakan MIC dan UMNO, ni sebab kalah punya pasal lah tu! BN adalah BN, bukan UMNO atau MIC saja. Hulu Selangor dah berpenggal2 diamanahkan pada MIC mengikut sistem pembahagian kerusi dalam BN. Kalau ikut MIC, mereka mau Palanivel tp BN berkeras mau org lain dari MIC, so tak timbul soal MIC pinjamkan Kamalanathan pd UMNO.

    Korang Pakatan Rakyat pula camno? PAS pinjamkan HUlu Selangor pd PKR? Dengar citer PAS nak letak Ismail Kamus kat situ kan?

    Mampukah BN pertahan H Selangor di PRU13? Definitely mampu! Soalan aku pula: mampukah Pakatan rakyat wujud hingga ke PRU13? Hai, silap2 haribulan, sebelum PRU13, kau punya Pakatan akan jadi bubur dan dibubarkan. Nasib baik wakil2 PAS semua dipaksa cagar bini melalu baiah, jika tak bebondong2 lah wakil2 PAS tu lompat keluar mcm wakil2 PKR!

    KO toksah dok susah2 sgt tentang nasib UMNO/BN di PRU13. Jaga Pakatan kau dulu tu. Aku punya ramalan tak lama lagi PKR akan hancur mcm Semangat 46, lepas tu tinggal lah PAS dan DAP dalam kelambu. Hai, bolehkah PAS dan DAP tidur sekatil tanpa PKR? Dulu PKR tidur kat tengah2, PAS dan DAP kat ketiak kiri dan kanan PKR.

    Kesian Pakatan Rakyat....dah kalah meracau pula

    ReplyDelete