Friday, April 16, 2010

Kamalanathan ... UMNO sengaja pekena MIC

Maaf wehh, teman tetiba ghase malaih pulak nak menulih Tetiba terpikio nak nyuruh anak teman yang tulih. Teman cakap, anak tulih. Tapi anak teman sekolah lagi. Nanti tak pasei2 emaknya mengamuk pulak. Udahle dua tiga malam ni teman tido sorang2. Bini kata panaih .... Bini tido di bilik anak sebab ade aircond. Teman pulak tak tahan aircond. Lehe beghesin je. Sudahnye teman juge yang terpaksale menulih.

Tentang PRK Hulu Selangor ni, teman ghase cerah peluang untuk PR menang. Sebaik saje arwah Dr. Zainal meninggal dunia dua minggu lepaih, cuak juge teman untuk meramalkan yang PR akan menang lagi. Tetambah pulak semua tiga kerusi DUN dalam parlimen Hulu Selangor disapu bersih oleh BN. Arwah menang sebab pengundi di Hulu Selangor udah kenei lame akan tubuh badan arwah. Lagipun arwah adalah bekas timbalan MB deme. Lebih cuak lagi apabila majoriti dulu hanya 198 je. Sikit bebenor.

Apabila melihat MB Selangor, MB Khalid begitu selesa berada di Hulu Selangor, teman dapat ghasekan yang sepanjang dua tahun PR memimpin Selangor, MB Khalid telah membuat perkara yang lebih baik kepada rakyat Selangor berbanding zaman UMNO. Keselesaan MB Khalid yang terus berani berdamping dengan pengundi Hulu Selangor sedikit sebanyak telah mendatangkan kekesalan kepada mereka yang mengundi untuk memenangkan tiga ADUN dalam parlimen berkenaan. Bahkan jikalau ada PRK untuk mana2 DUN di Hulu Selangor ini, PR dijangka akan menang.

Sesungguhnya PRK Hulu Selangor bolehlah dijadikan sebagai penanda aras akan nasib PR dan UMNO dalam PRU 13 nanti. Ini kerana komposisi pengundi mengikut kaum di Hulu Selangor adalah hampir menepati komposisi kaum di Malaysia. PR menang bermakna BN dan UMNO akan tenggelam dengan labu2nye dalam PRU 13. Biarkan .. biarkan ..

Jikalau BN yang menang, bermakna MB Khalid telah gagal meyakinkan pengundi Selangor akan kehebatan kerajaan PR di Selangor. Sia2lah usaha MB Khalid di sepanjang dua tahun memimpin Selangor. Dan kesudahannya, laluan untuk PR ke Putrajaya pada PRU 13 akan menjadi rumit dan bertambah sukar . Tapi MB Khalid sedang memperlihatkan keyakinannya untuk menang ...

Sebenarnye UMNO belum bersedia untuk menghadapi mana2 PRK, khususnya di negeri yang diterajui oleh PR. Dengan pelbagai isu yang tidak menyebelahi UMNO, UMNO terpaksa juge berdepan dengan PR yang sentiasa mengunakan ruang dan peluang yang ada untuk menambahmalukan UMNO.

Isu pembunuhan Altantuya tetap menjadi persoalan utama akan moral PM Najib di kalangan pengundi Melayu. UMNO pula masih gagal meyakinkan ahlinya yang DSAI adalah peliwat. Isu rampasan kuasa oleh UMNO di Perak dan kemenangan Chua Soi Lek dalam MCA telah membuatkan pengundi Cina tidak lagi yakin dengan BN atau UMNO. Gerakan pula awal2 lagi telah pedap dengan UMNO. Lebih 80% pengundi Cina dijangka akan mengundi PR dalam PRK ini. MIC juga bermasalah. Tuntutan keras MIC untuk bertanding di Hulu Selangor telah membuatkan ahli2 UMNO setempat hilang semangat. MIC juga semakin bergolak apabila Palanivel tidak dicalonkan walaupun dia bakal dilantik sebagai senator dan timbalan menteri. Itu belum masuk isu APCO dan 1Israel...

Ataupun UMNO sememangnye telah merasakan yang BN akan kalah di Hulu Selangor walaupun calon UMNO yang menjadi calon. Untuk mengelakkan UMNO mendapat malu, maka dicalonkanlah MIC. Dicalonkan MIC yang bukan pilihan pertama Samy atau pilihan UMNO Hulu Selangor. P. Kamalanathan, Ketua Penerangan MIC tak pasei2 telah dijadikan taruhan oleh BN untuk berhadapan dengan Zaid Ibrahim. Lepaih itu UMNO dengan muka tak malunya akan mengatakan bahawa deme silap pilih calon. Dalam PRU 13 nanti, Palanivel atau Mat Taib akan dicalonkan semula. Udah tahu dah weh akan ayat2 power PM atau TPMnya ...

Kalo dulu arwah Dr. Zainal menang majoriti 198 undi, kali ini Zaid akan sekurang2nye menambah angka 0 dihujungnye. Mungkin 1980...



5 comments:

  1. Bab komposisi kaum tu yang power....idea yang baguih,setara dgn komposisi kaum di M'sia....byk org tak perasan...tq.

    ReplyDelete
  2. Salam Yop,
    Teman pun beranggapan ghoper itu, tapi dengan UMNO ni deme ade hantu ayo, hantu daghat, pelesit, jembalang tanah dan saniker jenih hantu untuk menangkan deme. Kecualilah kalo peratus pengundi getik beno kat kamalanathan lebih 70% kut kekalu PKR boleh menang bergaye. Apa pun tahniah untuk mike kerane dapat nulih sebelum berangkat ke negeri Isa Samad. Semoge selamat dalam pemanduan.........

    ReplyDelete
  3. Teman pun rs mmg PKR dapat tmbh majoriti..krn isu nasionl dan tempatan, semuanya memihak kepada PR..teman mohon link, blh?

    ReplyDelete
  4. Theguih menulih Mamamat. Teman pasti singgah setiap kali ada yang baru...

    Udah dua tiga malam ni mike tido sorang2. Bini mike tu panaih atau getik dengan blogger yang asyik ngadap komputer....

    Phaneih sebab telinga kita dah kadang2 tersumbat. Seghophe kita weh.

    ReplyDelete
  5. Yop umno pekene Yop mic, tapi tangan yang bau tahi Yop umno...

    Katenye...Parlimen dapat, timb menteri pun dapat.

    Yang tak sedor-sedor lagi yop yap yup...Melayu

    ReplyDelete