Tuesday, April 27, 2010

KuIs @ Dr. Raja Iskandar calon YB DUN Manong?

KuIs

Tima kasihle kepada kome yang bagi respon akan cadangan teman semalam. Bukannye apa, sebagai pengundi di DUN Manong teman mempunyai hak untuk memintak sape yang teman nak pilih sebagai YB DUN Manong. Dari lima kali teman mengundi, hanya sekali teman mangkah UMNO. Teman mangkah Li Zahari sebab waktu itu dia muda dan teman pulak baru pertama kali mengundi. Lagipun Li Zahari ni sekampung dengan teman. Adiknya si Wazir dan si Hisham adalah kawan teman yang sama2 monteng sekolah lepas waktu rehat sebab pegi nyauk anak udang di tali ayor.

Empat kali teman ngundi PAS. Tiga kali PAS letak calon pencen dan sekali PAS letak calon berjanggut Taliban. Terus terang teman katakan yang teman tak berapa gemor pada calon yang PAS ketengahkan. Tambah2 calon Taliban. Dalam tak berapa gemo itu, teman gagahkan juga untuk mangkah PAS. Empat kali teman pejam mata mangkah PAS. Dalam PRU 13 kalo umur panjang, teman nak mangkah PAS dalam keadaan celik mata. Jadi adakah salah jika teman memintak nak mangkah calon yang teman suka?

Alasan teman mudah je. Calon muda untuk pengundi muda. Calon muda untuk pengundi pompuan. Usahle diharap lagi pada pengundi tua. Deme tetap ngundi UMNO. Tak disio dideme ngundi ustaz PAS yang pencen. Segan silu deme pada ustaz pencen. Tak boleh dibawak ke darat ke baroh ngadu hei. Deme nak YB yang sanggup berejam mendengo dan cuba menyelesaikan masalah rakyat, bukannye YB yang berejam bercakap pasei masalah rakyat dan al hasil, elek ...

Sebab itu teman cadangkan orang muda dalam PAS kuale dicalonkan. Semalam teman cadangkan saudara Abd Monen. Rupa2nye ada lagi pilihan lain. KuIs atau Dr. Raja Iskandar, Setiausaha DPP Perak. Memang KuIs ada tanjak jadi YB.

Sama ada Abd Monen atau KuIs yang dicalonkan, teman setuju bebenor. Teman akan mangkah deme secara celik mata. Kalo ditakdirkan KuIs jadi YB DUN Manong, mungkin Abd Monen boleh jadi pembantunye. Sama2 muda, sama2 tampan. Deme boleh menarik pengundi muda dan pengundi pompuan. Bahkan deme boleh main takraw .. siap lipat net lagi ...

Maafle kalo ada yang terasa hati .. .


Monday, April 26, 2010

Calon PAS DUN Manong ... Mohd Abd Monen

Baguihh ...

Teman udah lima kali ngundi di DUN Manong dalam Parlimen Kuala Kangsar. Teringin bebeno nak mangkah calon muda anak kuale. Kalo boleh dalam PRU 13 ni, PAS Perak calonkanle yang muda. Elakkanle yang umur udah pencen. Yang jalanpun tak berapa nak laju. Macamle di kuale takde calon muda yang layak.

Teman rajin tengok dan perati calon teman ni dari jauh. Selalu teman tengok dia dalam program PAS kuale. Oleh kerana dia selalu bersama dalam memimpin program PAS kuale, elok bebenole kalo dia di ketengahkan sebagai calon PAS bagi kerusi DUN Manong. Walaupun teman jarang belabun dengan dia dan diapun bukannye kawan rapat teman, tapi teman syok tengok stail dia bekerja dan berkomunikasi. DIa begitu terbuka. Mudah menyesuaikan diri apabila belabun dengan bukan ahli PAS. Kalo dengan ahli PAS, usah cakaple. Nangut orang PAS kuale kalo deme belabun dengan dia.

Senang citer, bagi teman dia memang layak diangkat sebagai bakal YB DUN Manong walaupun dia adalah petugas di MTD DUN Bukit Chandan.

Kepada pengundi dan penyokong PR di DUN Manong, boleh ke idak kalo dia ini dicalonkan? Karang terkanjei pulak teman kalo takat teman sorang je yang ngundi dia.

Kepada Saudara Mohd Abd Monen, usahle mike memikiokan sape teman. Teman bangge dengan mike ...



Mentaliti penyokong UMNO ...

Esperalzi said...

Nampak sangat artikel ni sakit hati sbb BN menang. Dah kalah tu ngaku je lah kalah. 1725 tu bukannya kecik, lebih besar dari majoriti yg Pakatan kau menang di situ pd PRU12 pd 2008, cuma 198 undi

MIC pinjamkan Kamalanathan pd UMNO? Bodoh dan dongok punya analisis! Nampak sangat kau nak adudombakan MIC dan UMNO, ni sebab kalah punya pasal lah tu! BN adalah BN, bukan UMNO atau MIC saja. Hulu Selangor dah berpenggal2 diamanahkan pada MIC mengikut sistem pembahagian kerusi dalam BN. Kalau ikut MIC, mereka mau Palanivel tp BN berkeras mau org lain dari MIC, so tak timbul soal MIC pinjamkan Kamalanathan pd UMNO.

Korang Pakatan Rakyat pula camno? PAS pinjamkan HUlu Selangor pd PKR? Dengar citer PAS nak letak Ismail Kamus kat situ kan?

Mampukah BN pertahan H Selangor di PRU13? Definitely mampu! Soalan aku pula: mampukah Pakatan rakyat wujud hingga ke PRU13? Hai, silap2 haribulan, sebelum PRU13, kau punya Pakatan akan jadi bubur dan dibubarkan. Nasib baik wakil2 PAS semua dipaksa cagar bini melalu baiah, jika tak bebondong2 lah wakil2 PAS tu lompat keluar mcm wakil2 PKR!

KO toksah dok susah2 sgt tentang nasib UMNO/BN di PRU13. Jaga Pakatan kau dulu tu. Aku punya ramalan tak lama lagi PKR akan hancur mcm Semangat 46, lepas tu tinggal lah PAS dan DAP dalam kelambu. Hai, bolehkah PAS dan DAP tidur sekatil tanpa PKR? Dulu PKR tidur kat tengah2, PAS dan DAP kat ketiak kiri dan kanan PKR.

Kesian Pakatan Rakyat....dah kalah meracau pula

Sunday, April 25, 2010

Kesian UMNO ... menang tapi ngobak!

BN menang melalui calonnya Kamalanathan. MIC telah meminjamkan Kamalanathan kepada UMNO. Dan nasib Kamalanathan dalam PRU 13 dijangka akan menuriti nasib rakannya di Ijok yang pernah menang dalam PRK tetapi kalah dalam PRU 12. MB Khalid kalah dalam PRK Ijok tetapi menang bergaya dalam PRU 12. Zaid Ibrahim dijangka akan menang besar dalam PRU 13 sekiranya beliau masih dikekalkan sebagai calon PR untuk kerusi tersebut.Tahniah kepada Kamalanathan untuk hari ini dan takziah juga kepada Kamalanathan untuk PRU 13.

Berdasarkan keputusan rasmi PRU 12 dan PRK di Parlimen Hulu Selangor, ternyata BN khususnya UMNO tidak mampu senyum lebar. Senyum mereka hanya dbuat-buat. Ini kerana undi yang diterima oleh calon PKR dalam PRK ini meningkat 95 undi. Undi BN pula bertambah 2,018. Persoalannya mampukah UMNO mempertahankan kemenangannya dalam PRU 13 dalam keadaan undi PKR tidak menurun dalam PRK ini. Terlalu sukar bagi UMNO mencongak masa depannya di Hulu Selangor. Mungkin tidak keterlaluan dikatakan bahawa dua daripada tiga DUN dalam Parlimen Hulu Selangor akan dapat ditawan oleh PR.

Keputusan rasmi PRU 12 Parlimen Hulu Selangor

PR : 23,177

BN : 22,979

Keputusan rasmi PRK Parlimen Hulu Selangor

PR : 23,272 (meningkat 95)

BN : 24,997 (meningkat 2,018)

UMNO dengan gahnya tentu menyatakan bahawa majoriti kemenangannya begitu besar iaitu 1,725 berbanding akan status BN sebagai pembangkang di Selangor. UMNO akan memainkan provokasi yang PR telah gagal memimpin Selangor. Tetapi jauh di sudut hati PM 1Malaysia, kekecewaannya terasa sangat kerana undi PKR tidak merosot. Walaupun hampir 14,000 pengundi telah disusahkan oleh SPR untuk mengundi di Hulu Selangor dan ada pula pengundi yang mengadu tidak dapat mengundi kerana dikatakan telah mengundi, ternyata UMNO masih gagal menurunkan bilangan undi yang diterima oleh calon PKR.

Kesian UMNO ... menang tapi ngobak...

ADUN Selangor meninggal dunia ... tidak rasmi

1. Ada yang kata ADUN DAP Kota Damansara telah meninggal dunia di Hospital Sungai Buluh kerana terlibat dengan kemalangan jalanraya di Sungai Burung.
2. Ada pula yang kata ADUN UMNO Sungai Burung yang meninggal dunia.

Mana satu yang betui ni wehh ...?

p/s .. ISA .. sumpah seranah mike mintak YB mati menjadi rupanye. Lepaih ni khususkanle sumpahan mike tu .. mintak YB UMNO je yang mati. YB kampung udah ramai yang diganti, ce mike mintak pulak YB pekan yang pi...

Maaf .. semua perkhabaran kematian ini adalah khabar angin semata2

Friday, April 16, 2010

Kamalanathan ... UMNO sengaja pekena MIC

Maaf wehh, teman tetiba ghase malaih pulak nak menulih Tetiba terpikio nak nyuruh anak teman yang tulih. Teman cakap, anak tulih. Tapi anak teman sekolah lagi. Nanti tak pasei2 emaknya mengamuk pulak. Udahle dua tiga malam ni teman tido sorang2. Bini kata panaih .... Bini tido di bilik anak sebab ade aircond. Teman pulak tak tahan aircond. Lehe beghesin je. Sudahnye teman juge yang terpaksale menulih.

Tentang PRK Hulu Selangor ni, teman ghase cerah peluang untuk PR menang. Sebaik saje arwah Dr. Zainal meninggal dunia dua minggu lepaih, cuak juge teman untuk meramalkan yang PR akan menang lagi. Tetambah pulak semua tiga kerusi DUN dalam parlimen Hulu Selangor disapu bersih oleh BN. Arwah menang sebab pengundi di Hulu Selangor udah kenei lame akan tubuh badan arwah. Lagipun arwah adalah bekas timbalan MB deme. Lebih cuak lagi apabila majoriti dulu hanya 198 je. Sikit bebenor.

Apabila melihat MB Selangor, MB Khalid begitu selesa berada di Hulu Selangor, teman dapat ghasekan yang sepanjang dua tahun PR memimpin Selangor, MB Khalid telah membuat perkara yang lebih baik kepada rakyat Selangor berbanding zaman UMNO. Keselesaan MB Khalid yang terus berani berdamping dengan pengundi Hulu Selangor sedikit sebanyak telah mendatangkan kekesalan kepada mereka yang mengundi untuk memenangkan tiga ADUN dalam parlimen berkenaan. Bahkan jikalau ada PRK untuk mana2 DUN di Hulu Selangor ini, PR dijangka akan menang.

Sesungguhnya PRK Hulu Selangor bolehlah dijadikan sebagai penanda aras akan nasib PR dan UMNO dalam PRU 13 nanti. Ini kerana komposisi pengundi mengikut kaum di Hulu Selangor adalah hampir menepati komposisi kaum di Malaysia. PR menang bermakna BN dan UMNO akan tenggelam dengan labu2nye dalam PRU 13. Biarkan .. biarkan ..

Jikalau BN yang menang, bermakna MB Khalid telah gagal meyakinkan pengundi Selangor akan kehebatan kerajaan PR di Selangor. Sia2lah usaha MB Khalid di sepanjang dua tahun memimpin Selangor. Dan kesudahannya, laluan untuk PR ke Putrajaya pada PRU 13 akan menjadi rumit dan bertambah sukar . Tapi MB Khalid sedang memperlihatkan keyakinannya untuk menang ...

Sebenarnye UMNO belum bersedia untuk menghadapi mana2 PRK, khususnya di negeri yang diterajui oleh PR. Dengan pelbagai isu yang tidak menyebelahi UMNO, UMNO terpaksa juge berdepan dengan PR yang sentiasa mengunakan ruang dan peluang yang ada untuk menambahmalukan UMNO.

Isu pembunuhan Altantuya tetap menjadi persoalan utama akan moral PM Najib di kalangan pengundi Melayu. UMNO pula masih gagal meyakinkan ahlinya yang DSAI adalah peliwat. Isu rampasan kuasa oleh UMNO di Perak dan kemenangan Chua Soi Lek dalam MCA telah membuatkan pengundi Cina tidak lagi yakin dengan BN atau UMNO. Gerakan pula awal2 lagi telah pedap dengan UMNO. Lebih 80% pengundi Cina dijangka akan mengundi PR dalam PRK ini. MIC juga bermasalah. Tuntutan keras MIC untuk bertanding di Hulu Selangor telah membuatkan ahli2 UMNO setempat hilang semangat. MIC juga semakin bergolak apabila Palanivel tidak dicalonkan walaupun dia bakal dilantik sebagai senator dan timbalan menteri. Itu belum masuk isu APCO dan 1Israel...

Ataupun UMNO sememangnye telah merasakan yang BN akan kalah di Hulu Selangor walaupun calon UMNO yang menjadi calon. Untuk mengelakkan UMNO mendapat malu, maka dicalonkanlah MIC. Dicalonkan MIC yang bukan pilihan pertama Samy atau pilihan UMNO Hulu Selangor. P. Kamalanathan, Ketua Penerangan MIC tak pasei2 telah dijadikan taruhan oleh BN untuk berhadapan dengan Zaid Ibrahim. Lepaih itu UMNO dengan muka tak malunya akan mengatakan bahawa deme silap pilih calon. Dalam PRU 13 nanti, Palanivel atau Mat Taib akan dicalonkan semula. Udah tahu dah weh akan ayat2 power PM atau TPMnya ...

Kalo dulu arwah Dr. Zainal menang majoriti 198 undi, kali ini Zaid akan sekurang2nye menambah angka 0 dihujungnye. Mungkin 1980...



Sunday, April 11, 2010

Tuah Hang Jebat

Teman empat beranak baru balik dari nengak teater Tuah Hang Jebat, karya Dr. Shark di UTP. Malam esok ada lagi. Baguih citernye. Kalo sesape yang ada kelapangan dan teringin nak derma RM5.00, pegiler.

Ini kali kedua teman masuk nengak teater di UTP. Kali pertama, 10 tahun lalu bersama Kak Id dan Bang Din. Deme dijemput oleh Dr. Shark. Dan deme pulak ngajak teman. Maklumle deme dari Kulim. Teman diperkenalkan oleh deme pada Dr. Shark yang berjanggut berjambang. Keme diajak duduk di bangku depan pentas. Kira2 jadi tetamu utama barisan keduale keme ni.

Teman, Dr. Shark, Bang Din dan Kak Id adalah antara pengomen yang selalu menulih di Forum Gerak Reformasi (FGR) suatu waktu dulu. Tak sangka teman yang Dr. Shark adalah pengarah teater. Sayangnya pada ketika itu ayahanda Marhaen Tua tidak dapat turut serta.

10 tahun lalu teman menonton teater Asylum, dan sebentar tadi teman berpeluang menonton teater Tuah Hang Jebat. Teman dan keluarga duduk betui2 di belakang Dr. Shark. Dr. Shark tak akan ingat lagi pada teman. Temanpun tak mahu buangkan masa dia untuk mengingati teman. Teman takat salam dan senyum je.

Sama ada Asylum ataupun Tuah Hang Jebat, kedua2 teater ini telah berjaya membawa mesej berseni rampai sinis bersulam akan penderhakaan Tuah kepada rakyat demi kesetiaan gilanye kepada Sultan Melaka.

Antara ungkapan dialog Hang Jebat yang menarik perhatian teman, "Kamu Tuah jangan jadi syirik dengan percaya yang Taming Sari ini sahaja yang boleh membunuh aku. Kamu ambillah keris ini. Ajal kita hanya Allah yang tentukan".

Apa2pun tahniah daripada teman sekeluarga kepada 85 pelakon dan kru teater yang terlibat dalam pementasan "Tuah Hang Jebat". Kalian sememangnya mampu menghibur dan membuatkan teman sentiasa berfikir melalui seni ...

Saturday, April 10, 2010

Ameno ... Apeko

Ameno

Apeko

P/S .. maaf weh, tak daya teman nak menulih di dango dalam seminggu dua ni. Memang ngelejat nak menulih .. tapi koje cari makan mesti diutamakan