Wednesday, March 3, 2010

Sumpahan dipanah petir ...

Oleh : Tan Kuda (Ketua Cabang PKR Bagan Serai)

Perkara yang dijangkakan telah berlaku. Satu lagi katak atau lebih sesuai di panggil najis dari Parlimen Bagan Serai teleh keluar parti. Katak spesis ini tidak mempunyai jati diri, maruah serta prinsip.

Untuk pegetahuan anda semua, pada PRU 12 yang lalu katak ini datang ke Bagan Serai sebagai calon dengan tangan kosong. Dengan berbekalkan van buruk jenis C20 tak ada kerusi dan kain sarung dia telah dilantik sebagai calon P58 dengan harapan dapat menjadi ahli parlimen yang bertanggungjawab.

Segala perbelanjaan kempen pilihan raya telah di tanggung oleh PKR Bahagian Bagan Serai. Duit untuk deposit SPR, poster, kempen, ceramah, jamuan dan lain-lain lagi. Setelah dia menang, katak ini mula menunjukkan perangai sebenar, tidak menjalankan tanggungjawab, sering tutup pejabat, ikut suka hati dia tanpa akur kepada keputusan parti, kedekut dan suka dengar cakap perempuan dia. Katak-katak jenis ini merupakan najis bagi PKR dan najis ini telah menjadi butiran berlian bagi UBN.

Dia ini telah mengkhinati amanat yang diberikan oleh 18,943 pengundi Parlimen Bagan Serai. Tak kenang jasa parti dan mementing diri sendiri. Katak-katak ini sanggung melacurkan anak bini sendiri demi kepentingan peribadi. Kalau kamu seorang Islam sejati, saya cabar kamu untuk letak jawatan kerana kerusi yang kamu duduk dan nasi yang kamu dan keluarga kamu makan adalah milik PKR. Insyaallah kamu akan dipanah petir tidak lama lagi.

Allah SAW tidak akan membiarkan kamu, dan Izrail akan datang kepada kamu, Mungkar dan Nangkir akan menyoal kamu dan nescaya kamu akan di jaga oleh Malek ..

Sumber : http://tankuda.blogspot.com/


No comments:

Post a Comment