Thursday, March 18, 2010

Labun dalam ayor 1

Rabu, 18 Mac 2010. Dua tiga bulan sekali teman akan ke sini. Ke Kolam Air Panas Sungai Klah, Sungkai bersama isteri dan lima anak. Matikan hp. Tinggaikan hp dalam keter. Bagi kunci keter pada bini. Jangan kocah teman bermain ayor. Kome pegile mandi di tempat suam atau di tempat sejuk ayor gunung. Tempat teman hanya di sekitaran kolam tempat rebus telur. Tenang dan nyaman. Lupa teman akan kojer teman.

Mula2 rendam dan celup kaki. Main2 ayor dulu. Kemudian berdiri dalam ayor. Meranduk ayor barang selangkah untuk duduk ataih batu. Hangat pijo punggong teman duduk ataih batu. Tapi takpe. Udah selalu. Nampak le bini tengah rebus telur. Anak2 nunggu dengan botoi kicap tamim. Nampak beruap tempat rebus telur tu. Maklumle suhu didih. Tempat teman berendam pulak suhunya antara 40-50~C. Kalo teman duduk dalam ayor ni, silap2 ‘telur’ temanpun boleh masak kena rebus.

Di kiri teman, tak jauh, tak sampai tiga kaki jaraknya, ada sorang Cina merenung teman. Senyum tak cakap. Temanpun balas senyum tak cakap. Teman duduk ataih batu di tengah2 kolam. Kaki dalam ayor. Kaki Cina itupun dalam ayor. Teman raup alga hijau dalam ayor. Kemudian teman sapu pada lengan dan kaki. Menurut orang2 tua, bagus untuk kulit.

Kedengaran hp Cina itu berbunyi. Teman turun dalam ayor. Duduk dalam ayor. Macam biasa teman baring dalam ayor. Dada dan kepala tak tenggelam. Ramai yang tengak teman. Macam teman buat show pulak. Tak boleh baring lama2. Karang rebus ‘telur’ teman. Sape nak makan? Dua minit teman balik duduk ataih batu. Macam sauna.

“ ..... esok saya ceramah sama dengan Husam Musa ....”, kedengaran di telinga teman akan nama yang cukup teman kenal. Aik, macam mana Cina ini boleh sebut nama Husam Musa pulak? Beria teman pasang telinga nak dengar apa yang dilabunkannya. Teman kurang paham sebab kadang2 Cina ini cakap Jawa.

Teman duduk ataih batu. Lama juga Cina ni belabun. Tak panas ke telinganya? Teman udah berpeluh. Peluh sauna.Wap ayor naik ke atas. Lega bebenor rasanya badan .

Sebaik Cina tu abih bercakap melalui hpnya, temanpun gagahle bertanya akan Husam Musa yang disebutnya tadi.

“Oooo itu YB Husam. Esok malam saya ada ceramah dengan YB Husam di Pagoh, Johor. Kawasan Muhyidin”, jelasnya.

“Boleh saya tahu, you sape?”, tanya teman tanpa malu.

“Saya Ng Suee Lim. Sekinchan. ADUN Sekinchan”, terangnya.

“You DAP ke PKR?”, soalan bodoh dari teman.

“DAP. Saya sudah dua penggal jadi ADUN Sekinchan. Sebelah itu Khir Toyo Sungai Panjang punya tempat. .....”, banyak lagi yang diberitahunya.

“You tak mahu lompat ke?”,lagi soalan bodoh dari teman.

“ Apa bikin mahu lompat. Dulu masa BN kuat, kita tak lompat. Pasai apa bila PR sudah kuat, sudah lebih 80% orang Cina tak mahu pada BN, kita mahu lompat?”

“Itu Jelapang dan Nibong Tebal lompat”, balas teman.

“Itu Nibong Tebal ada hutang sama along dua juta oooo”.

... kering pulak tekak ni. Teman nak pekena teh tarik dulu ..



No comments:

Post a Comment