Setelah teman perkenaikan sedikit sebanyak latar belakang politik diri teman, barule nampak labun keme lebih mesra dan mungkin telus. Keme bertukar2 pandangan dan persepsi tentang politik semasa, khususnya di Perak dan di Selangor. Teman cuba mewakili suara dan keluhan pengundi tradisional yang tidak berjawatan dalam parti. YB Ng Suee Lim pula banyak berkisar kepada keyakinanya akan sokongan bukan Melayu kepada PR menjelang PRU 13 nanti.
Teman tegaskan bahawa aktiviti ceramah sebenarnya kurang berkesan. Kehadiran puluhan ribu pendengar ke ‘konsert’ ceramah PR tidak menandakan sokongan sebenarnya pengundi kepada PR. Teman ambil contoh program ceramah PR yang selalu teman hadiri di Parit, Kuala Kangsar dan Pasir Salak.Jikalau penceramah utamanya TG Hadi Awang, majoriti pendengar adalah berketayap dan bertudung labuh. Jikalau penceramahnya TG Nik Aziz atau DS Anwar, barulah nampak kelainan pada audien yang hadir. Jikalau kita berjalan kaki secara santai di deretan kereta yang parking, ternyata banyak kereta luar yang datang. Kita mesti ingat dan faham, yang datang awal itu adalah penyokong luar kawasan. Mereka telah hadir di tapak ceramah sebaik selesai solat Isyak.
Pengundi dalam kawasan pula kebiasaannya datang lewat. Datang selepas pukul 10 malam. Datang hanya untuk mendengar ceramah penceramah utama sahaja. Yang datang dengan kereta akan pulang begitu sahaja kerana deretan parking melebihi satu km. Di akhir ‘konsert’, penganjur dengan gahnya akan menyebut bahawa ‘konsert’ itu berjaya. Berjaya kerana jumlah kutipan derma berjumlah ribu2 RM.
Tidak bolehkah pimpinan PR menasihatkan penyokongnya supaya jangan hadir di ‘konsert’ luar kawasan. Ini adalah bertujuan untuk melihat sendiri akan tahap sokongan pengundi setempat kepada PR. Jangan malu dan kecewa akan jumlah kehadiran yang sedikit. Jangan kecewa jikalau jumlah kutipan derma tidak mampu menampung kos ‘konsert’. PR kena betuikan nawaitu. Nawaitu untuk memberikan maklumat semasa secara percuma kepada pengunjung, bukannya nawaitu mengutip derma sebanyak mungkin daripada penderma yang sama.
“Itu yang datang ceramah bukan orang tempatan ke?”, soal YB Ng.
“Sekurang2nya separuh dari luar”, balas teman.
Kemudian keme sembang pasai hubungan sesama PR. PKR dengan PAS, PKR dengan DAP. DAP dengan PAS dan DAP dengan PKR. YB Ng menyatakan hormat dan kagumnya dengan MB Nizar, MB Khalid, TG Nik Aziz dan DS Anwar. Teman tambah lagi satu nama iaitu Lim Guang Eng. YB Ng terkejut dan hairan apabila teman katakan bahawa ‘grass root’ Melayu dalam PAS dan PKR tidak begitu mesra. Masing2 dilihat mengdengki antara satu sama lain. PAS berpersepsi negatif pada PKR. PAS terlalu megah dengan jumlah cawangannya yang mengatasi PKR. PAS tidak belajar daripada DAP yang cawangannya boleh dibilang dengan jari tetapi boleh menang besar di tempat yang ditandinginya.
“Eh, you tahu DAP tak banyak cawangan?”, respon YB Ng.
“DAP tahu dan paham maksud petugas dan jentera. PAS dan PKR tidak paham makna petugas dan jentera. Pimpinan PAS dan PKR kawasan mengandaikan bahawa petugas dan jentera adalah sama. Orangnya boleh sama tetapi peranannya berbeza”, ulas teman.
YB Ng menceritakan kepada teman tentang hubungan dalaman PR yang juga kurang mesra di Selangor. Tak payahle teman ceritakannya secara terbuka di sini. Cukup teman katakan bahawa DAP tidak begitu selesa dengan Hassan Ali yang mudah melatah dengan isu2 perkauman bawaan UMNO.
Kemudian keme beralih kepada isu2 Selangor. Isu Talam Corporation. Baru2 ini kerajaan Selangor dapat mengutip balik RM2 juta yang telah dibelanjakan secara tersembunyi pada zaman Khir Toyo. Macam2 lagi. Labun keme turut didengar oleh beberapa orang yang main2 ayor di kolam berkenaan. Sekali sekala teman merendamkan seluruh badan kecuali muka dan kepala ke dalam ayor yang panas itu. Ada soal jawab antara mereka yang mendengar dengan YB Ng.
YB Ng bermalam di resort kerana semalam dia ada ceramah di Behrang. YB Ng mengambil kesempatan membawa keluarga dan anak2nya bercuti di sini. Maklumle cuti sekolah.
Udahle, teman tak larat nak tulih lagi ...
No comments:
Post a Comment