Saturday, March 13, 2010

Kopi Katak Dr. Wahab & solat hajat mohon musibah ke atas Mohsin

Elok je berendam, maklumler kopi sejuk. Malam ini siaple .. kopi tu mendidih panasnye

Bermula malam ini selama tujuh malam berturut2 bertempat di Balai Kuliah Tassawur Islam, Pusat Pengajian Agama, Semanggol akan diadakan solat hajat dan membaca surah yassin mohon agar Mohsin mengosongkan kerusi Parlimen Bagan Serai. Solat hajat ini akan dipimpin oleh Ustaz Ahmad Awang. Sekiranya Mohsin terus berdegil, maka dipohon kepada Allah agar ditimpakan musibah ke atas tubuh badan Mohsin, termasuk disambar halilintar ...

Tapi Mufti Harussani kata tak boleh solat hajat dan baca yassin dengan niat macam ini. Niat mesti elok. Mesti mohon kesejahteraan untuk Mohsin. Mohsin sejahtera, ameno bahagia. Mohsin tak khianat kepada pengundinya. Yang khianat ialah pengundinya yang tidak mengundi calon ameno ...

Kelmarin pada pagi Jumaat, sebaik TGNA mengetuai solat hajat mohon hujan di Kelantan, kita di Perak juga telah disirami oleh hujan lebat yang aman. Tanpa kilat sabung menyabung. Tanpa guruh dan halilintar. Sama ada kebetulan atau tidak, hanya Allah yang mengetahui. Kebiasaannya setelah tidak hujan berminggu2, hujan lebat yang turun akan diiringi dengan ribut dan kilat petir berdentum dentam. Tetapi hujan lebat semalam turun dalam keadaan yang aman.

Mungkin dalam tempoh tujuh hari ini kita akan menyaksikan hujan lebat beriringan halilintar memburu seseorang atau beberapa orang yang sewaktu dengannya ...

Wallahualam.

7 comments:

  1. Bayangkan kalau ada orang solat hajat yang tak baik pada kita....sukakah kita..????? Kalau tak suka kenapa nak doa orang lain macam tu...Apa-apa dia lakukan biarlah saja Allah yang balas..Allah kan maha Adil...!!!

    ReplyDelete
  2. salam,
    Aghitu yang deme buat semayang hajat ghomah MB segale datok nenek yang datang mintak Nizar gagal sebagai MB Perak boleh pulak. Ini mintak supaye malaun tu letak jawatan lepaskan kerusitu balik pada rakyat yang ngundi dia dulu.

    ReplyDelete
  3. Mohsin tu bolehlah mintak ihsan orang umno utk buat solat hajat tolak bala yg bakal menimpa keatas dirinya. Hishamudin Hussein Onn mungkin boleh tolong imamkan solat hajat tersebut

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Nengokkan gambo tu mikeni nyekse binatang,membaziorkan kopi, lainlah kalo kopi tu ayo tanah liat daghi lempo cume nak berlakun je yop untuk nangkap gambo. Buatnye kataktu semayang hajat caghe deme kat mike amacam....

    ReplyDelete
  5. kesian, ramai yg tak reti2 makna keadilan Allah... Kita ni dilantik jadi khalifah kat mukabumi ni sebab nak tegakkan keadilan. Pembunuhan anak2 kecil, kezaliman terhadap wanita, kezaliman terhadap manusia ni, kita yg akan ditanya oleh Allah tentang usaha kita utk tegakkan keadilan tuh. Keadilan Allah ialah segala kezaliman tu akan dibalas secara pasti pada "Yawmiddin" ie hari pembalasan. Tetapi tugas kita adalah menyambung tugas nabi berjuang (walau patah gigi geraham) supaya keadilan itu ditegakkan ke atas semua manusia. Kalau idok, tak payahle nabi susah payah berjuang dan berdoa ke atas org2 zalim dikalangan quraysh dan munafiqin dgn alasan "biar Allah yg maha adil je membalasnya".... nak bercakap pon bior mengaji

    ReplyDelete
  6. Salam! Yop Mamamat,
    Mufti kite ni dah kemabon ke? Tidakkah dlm Surah AnNisaa`:148`Allah tidak menyukai sesuatu ucapan buruk kecuali oleh org yg dianiayai. Allah adalah maha Mendengar lagi Maha Mengetahui` Bukankah Mohsin telah mengkhianati dan menzalimi penduduk Parlimen Bagan Serai?
    Hai! dlm paneh kemagho ni, semboni benor katak tu beghendam dlm ayor, ayor teh susu ke milo susu, keghoh bebenor nampaknye!

    ReplyDelete
  7. salam. Lebih baik sembahyang hajat minta Allah swt rapatkan saf seluruh umat Islam kan lebih baik dari sembahyang hayat untuk minta bala pada sesaorang.Kan ke bala dan rahmat itu datang dari allah swt dia yg lebih berhak mengetahui pada siapa yang patut diturunkan...!!

    Atau sembahyang hajat minta seluruh umat islam dimurahkan rezeki..jd tak payahlah orang islam perlu berkerja siang malam kan lebih baik !!

    ReplyDelete