Sunday, March 28, 2010

PM 1 Malaysia penaya teman dan bini melalui bank

Geram bebenor teman weh. Geram kerana idup2 kena tipu. Ditipu oleh kerajaan 1Malaysia. Bukan teman sorang je kena tipu, bahkan bini temanpun kena sama. Kerajaan 1 Malaysia gunakan bank untuk pau duit teman.

Kisah 1 .. penipu terancang 1 Malaysia

Tahun lepas entah bulan berapa di UO Ipoh, ada sorang agen bank .. RHB Bank Berhad. Agen tu nyua hadiah puzzle pada anak teman.

“Adik nak hadiah ker?”, tanyanya.

“Encik sudah ada visa?”, tanyanya pada teman.

“Tak mau”, jawab teman ringkas.

“Encik bagi ic je. Kami fotostat. Encik sain borang je. Dapat hadiah. Selagi encik tak guna, encik tak kena apa2 caj”, baguih punya janji 1 Malaysia.

“Iyele”, jawab teman.

“Kakakpun ambik satu yer”, offer agen itu pada bini teman.

Anak teman udah peluk dua puzzle.

“Betui tak kena caj?”,tanya teman untuk dapatkan kepastian.

“Selagi encik tak guna, encik takkan dicaj. Dapat je encik potong kad itu. Tak payah datang cancel. Itu kira udah cancel le tu, sebab lepas potong mana boleh guna”, baguih punya ayat.

Anak teman seronok bawak balik dua puzzle dalam harga RM20.

Masa Najib, PM 1 Malaysia bentang bajet, dia umumkan semua pemegang kad kredit tanpa yuran akan dicaj RM50. Maknanya teman kena caj RM100. Cari punya cari tak jumpa di mana teman letakkan kad2 tersebut. Seingat teman masih dalam sampuinya. Ahh, lantaknye le.

Januari 2010, teman terima satu penyata dari RHB mintak teman bayar RM100 untuk kedua2 kad tersebut. Teman buat dek je. Sebulan lepas tu datang lagi penyata mintak teman bayar RM110. Fuh, dalam sebulan naik RM10. Lantaknye le.

Penyata RHB terbaru bertarikh 19 Mac 2010, mintak teman bayar RM190.59. Mak datuk begini rupanya kome 1 Malaysia ngerojekan duit rakyat. Dua puzzle yang teman dapat atas nama hadiah telah menyebabkan teman dicaj beratus RM. Bini udah marah. Marah sebab teman kesiankan sangat agen RHB tu dulu. Teman kata, lantaknye le. Bior masuk penjara dan kena buang kojer dari mayor mende yang takde kaitan dengan kite. Bini teman kata, dia tak nak masuk penjara. Libang libu teman weh bila bini teman suruh bayor juga. Penyata April nanti entah berapa ratus pulak RMnya.

Itu cerita benor dari teman. Memang esok lusa teman akan ceritakan macam di atas dan cancelkan kad teman di RHB. Jikalau RHB kata kena bayor juga, teman bayor. Tapi teman udah hafai dialog ini. Macam ini bunyinya ayat2 teman itu.

“Teman bayor untuk elakkan teman dicaj lagi. Tetapi kome kena tahu yang teman tak halalkan kome di RHB terima atau guna walaupun sekadar perpuluhan satu senpun”. Atau kome ada ayat lain yang lebih power ...

Kisah 2 .. kena tipu idup2 oleh PM 1 Malaysia

Dalam bulan Januari 2010, bini teman meli keter Myvi. Plet AHA. Guna loan Maybank. Loan lulus. Lega.

Dalam bulan Februari 2010, bini teman terima satu kad visa tertera perkataan Maybank-Petronas. Bini teman merungut sebab kenapa Maybank hantar kad sedangkan dia tak mintak atau dihubungi oleh bank. Seingat dia Maybank hanya hubungi dia untuk memaklumkan bahawa loan untuk Myvi udah lulus. Itu jer. Teman kata, lantaknyeler. Biorkan jer kad itu dalam sampui. Senang bebenor ulasan teman.

Lagipun teman mana pernah guna minyak petronas. Lainler kalo sesak.

Pada 18 Mac 2010, Maybank hantar penyata pada bini teman. Kena bayar RM50 sebelum 7 April 2010. Hoii PM 1 Malaysia, apa ke jadah kome ni. Dalam kisah 1 tadi, teman boleh terima sebab salah teman. Salah teman sebab tak cancelkan dua kad visa tu sebelum masuk tahun 2010.

Tapi dalam kisah 2, apa ke jadahnye ni. Keme tak mintak kad, kome bagi kad. Lepas tu keme rakyat yang kena caj. Kalo keme guna, tak apeler juga. Ini idak. Kad itupun elok terlekat pada kertas lapiknya.

Teman pegi Maybank. Tanya ngape kena caj pada kad yang bini teman tak mintak. Senang je jawabnya, “Lain kali sebaik je dapat kad, hantar cepat ke bank. Cancelkan cepat. Tapi bila udah keluor penyata, kad boleh cancel , tapi caj tu kena bayor juga. Lambat bayor, caj bertambah”.

Oooo .. ini rupanya PM 1 Malaysia penaya rakyat. Teman yakin, bukan teman sorang je yang kena penaya macam ini. Nun di luar, teman rasa ramai lagi. Tapi YB mana yang akan ambil peduli akan nasib keme.

Kome YB PR di parlimen, tidak bolehkah dua kisah benar yang terjadi pada teman dan bini teman ini ditanya kepada PM 1 Malaysia?

Thursday, March 25, 2010

Al Fatihah MP Hulu Selangor


Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Dr. Zainal Abidin Ahmad. Amin.

p/s .. Maaf .. seminggu dua ni teman lehe menyebokkan diri buat kojer teman le. Nyemedang je teman takde di dango ... Mintak2 janganle sampei bersawang pulak dango teman ni ...

Tuesday, March 23, 2010

Presiden PAS pengkhianat 16 September 2008?

Oleh : Tulang Besi

Isu September 16 diperbincangkan semula sekarang ini. MP Katak, Zahrain, semakin acap menaikkan isu ini dengan mendedahkan beberapa maklumat yang kadang kala betul dan kadang kala salah.

Zahrain mendedahkan 8 nama:

"Beliau mendakwa mereka ialah Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan), Datuk Seri Anifah Aman (BN-Kimanis), Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan), Datuk Chua Soon Bui (Bebas-Tawau), Datuk Eric Majimbun (Bebas-Sepanggar).

Nama lain yang disebut ialah Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat), Datuk Seri Tengku
Azlan Sultan Abu Bakar (BN-Jerantut), Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang)".

Saya pernah menceritakan dalam posting saya yang terdahulu bertajuk "September 16: Bukan Anwar Yang Akan Menjadi Perdana Menteri", bahawa Anwar tidak akan menjadi PM kalau September 16 berjaya.

Anwar terpaksa berbuat demikian kerana sebelum September 16, 2008 PAS tidak bersetuju dengan senarai MP2 yang Anwar ada itu. Penentangan PAS itu adalah kerana kerajaan PR yang baru itu kelak bukan kerajaan majoriti Melayu.

Nama-nama seperti Anifah Aman, Ghapur Salleh, Mokhtar Radin dan ramai lagi tidak dapat memuaskan hati PAS serta Presiden PAS. Ini kerana nama-nama di atas bukan dari kalangan MP2 yang MELAYU walaupun mereka itu Islam. Presiden PAS dilaporkan berkata:
"Muslim sahaja tidak cukup"

Maka, Anwar pun berbincang dengan Mr.X dan Mr.X setuju untuk menjadi PM dengan membawa beberapa orang MP Melayu bersama beliau demi memastikan kerajaan baru PR itu kerajaan majoriti MELAYU (bukan Majoriti Islam).

Namun pada masa itu segalanya sudah terlambat. Nasi dah jadi bubur. Pak Lah telahpun mengisytiharkan bahawa beliau akan turun takhta pada March 2009. Maka, “mood” untuk melompat, di samping taktik-taktik lain dari BN telah berjaya dilakukan dengan mengunakan masa yang terbuang angkara penolakan PAS ke atas kerajaan baru semata-mata kerana kerajaan PR baru itu tidak majoriti MELAYU (bukan Islam).

Mengikut maklumat saya, tanpa sokongan Mr. X pun dan hanya dengan sokongan yang Anwar Ibrahim dapat pun, kerajaan baru itu tetap MAJORITI MUSLIM, yakni majoriti satu kerusi. Tapi, apabila PAS berkata Kami Mahu Kerajaan Majoriti Melayu”, maka Anwar terpaksa meminta pertolongan Mr. X.

PAS kenalah meminta maaf kepada rakyat Malaysia dan mereka yang mengundi mereka kerana ada saham mengagalkan “September 16”. Itu nasihat saya


TEMURAMAH PRESIDEN DENGAN UMMAHONLINE

Temuramah di bawah yang saya petik dari blog Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu akan lebih menjelaskan tulisan saya di atas.

Ada pembaca saya telah membawa keratan temuramah Presiden PAS bersama majalah Ummahonline yang disiarkan oleh blog Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu.Sebelum ini, Tuan Guru ada menyebut jumlah ahli parlimen PR mestilah majoriti Melayu Muslim. Persoalannya, mengapa Melayu?

Melayu ini kerana majoriti orang Islam (di Malaysia) adalah Melayu. Bahkan kalau kita baca Muqadimmah Ibn Khaldun, ada hadith yang menyebut, “pemimpin dari Quraisy.” Ini kerana, yang menjadi teras kepada penguasaan Islam pada masa itu adalah kabilah Quraisy. Maka, syarat kepimpinan mestilah Quraisy.

Di Malaysia, oleh kerana majoriti orang Islam adalah Melayu, dengan sebab itu kepimpinan Melayu Islam adalah lebih utama… kecuali kalau berubah, orang Cina masuk Islam ramai-ramai, dan mereka menjadi majoriti. Maka, sudah tentu mereka yang perlu menjadi teras. Itu pernah berlaku dalam sejarah Islam. Bila orang Turki yang menganut Islam, mereka merupakan orang Islam yang terkuat, maka mereka menjadi kepimpinan.

Di Malaysia, hakikat ini diterima oleh semua parti-parti politik, bahawa teras ialah Melayu Islam. Cumanya, kita mahu Islam dijadikan prinsip kepada penyelesaian masalah-masalah dalam negara. Ini satu perkara yang sering ditinggalkan.

Bukankah sudah memadai majoriti Muslim sahaja?

Muslim sahaja tidak cukup. Muslim lain, Islam lain. Muslim itu ada orang yang memelok Islam tapi tidak beramal dengan Islam. Kita mahu, Muslim yang beramal dengan Islam. Saya yakin, jika Islam dijadikan model… sepertimana yang kita pernah laksanakan di Kelantan, juga di Terengganu, dan seperti yang kita sedang laksanakan di Kedah dan di Perak. Dan, ini tidak menjadi masalah kepada orang bukan Islam. Apa salahnya bila Islam itu kita kemukakan dalam perubahan peringkat pusat? Bahkan peringkat pusat lebih wajar, sebab kuasanya lebih berbanding dari peringkat negeri lagi.

Keseluruhan temuramah tersebut boleh di baca di website Ummahonline.

PENGAJARAN DARI TEMURAMAH TERSEBUT

Ada beberapa kesimpulan dari temuramah tersebut:

1.0 - Presiden PAS menolak kerajaan PR yang majoriti Muslim. Beliau mahu kerajaan majoriti Melayu.
2.0 - Bahawa kedudukan PAS yang boleh keluar dari kerajaan PR bila-bila masa
sekiranya janji tidak tertunai tidak menjadi faktor langsung.
3.0 - Islam TIDAK MENJADI FAKTOR dalam penilaian kerajaan baru PR tersebut. Yang menjadi faktor adalah KEBANGSAAN MELAYU semata-mata.
4.0 - Presiden PAS bersekongkol dengan usaha untuk mengagalkan September 16 dengan memberi alasan-alasan dangkal seperti mahukan kerajaan majoriti Melayu secara sedar atau tidak.
5.0 - Saya yakin Presiden PAS dan kumpulan pro UMNO TIDAK MAHU kerajaan PR yang baru ini dan memberi masa kepada musuh untuk bertindak dengan memberi alasan-alasan yang dangkal.
6.0 - Tindakan Presiden PAS ini MENGUNTUNGKAN UMNO
7.0 - Presiden seboleh mungkin menolak gagasan “Majoriti muslim” tetapi mahukan
gagasan “Majoriti Melayu” kalau kita baca keseluruhan interview itu.


Sumber : Perisik Rakyat



Saturday, March 20, 2010

Tu dia .. baru kami tahu. Allahuakbar. Apa pasal teruk sangat ni?

Cubaan Ahli Parlimen (AP) Rembau yang juga Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin memainkan isu arak dan judi di Dewan Rakyat ibarat meludah ke langit, terpercik di muka sendiri sebaik MP Machang, Saifudin Nasution diberi laluan untuk berucap.

Saifudin yang hanya menyatakan berhubung judi arak secara umum membuatkan beberapa MP Umno berasa kurang selesa termasuklah AP Pasir Salak yang kelihatan marah-marah dan hampir-hampir keluar dari tempat duduk asalnya.

Berikut ialah transkrip penuh ucapan Saifudin yang juga Setiausaha PKR sehingga membuatkan MP Umno tertekan di Dewan Rakyat.

“Dia (Khairy Jamaluddin) tak sukar kita memahami keberanian Rembau kebelakangan ini untuk dilihat berani mencabar Ketua Pembangkang. Sifirnya mudah, menang pemilihan parti (Umno), tak dapat jadi menteri, itu sahaja. Maknanya, perbahasan ini sekarang, diikuti oleh Perdana Menteri (Najib Razak). Jadi keberanian itu akan diberi markah dan peluang untuk dilantik jadi menteri, itu sahaja”.

“Jadi, itu fakta. Adakah Permatang Pauh (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bersetuju, tak susah kita memahami budaya dalam politik Umno. Maknanya dosa besar dalam Umno, ialah menegur dan berkata benar kepada pemimpin Umno itu berdosa besar. Parti agama, bangsa, Negara. Judi ok, arak ok”.

“Jangan cabar kita, kita boleh tunjuk berapa kerat dalam (Dewan Rakyat) ini. Berapa banyak botol arak dia togok dalam lawatan-lawatan pemuda Umno dulu”.

“Jangan sebut, kita boleh sebut, Jangan cabar kita, kita boleh sebut. Jangan cabar, kita tahu, pejabat pemimpin Umno mana yang ada tong arak dalam pejabat”.

“Jangan cabar, waktu wedding anniversary, pemimpin pemuda Umno dihidangkan botol arak, jangan cabar kita”.

Ketika ini, beberapa pemimpin Umno merah padam walaupun Saifudin sekadar menyebut perkara itu secara umum sehingga Timbalan Yang Di Pertua (TYDP) Dewan Rakyat menegur sikap pemimpin Umno itu.

TYDP : Sudahlah Pasir Salak. Pasir Salak duduk dahulu. Rembau, Rembau duduk dahulu, saya pun mahu dengar apa yang Machang nak cakap.

Saifudin yang dibenarkan berucap menyambung,

"Apakah Permatang Pauh bersetuju kalau saya katakan bahawa, dalam satu forum beberapa tahun lalu, selepas MP Permatang Pauh di pecat (dari parti dan kerajaan), di University John New Hopkins Amerika Syarikat, Pemimpin pemuda Umno itupun ada di sini, Bendahari Umno Malaysia pun ada di sini. berapa banyak botol arak dia togok, kita tahu, jangan cabar”.

MP Pokok Sena yang terkejut dengan pendedahan itu turut sama menggamatkan Dewan apabila berkata,

Mahfuz : Tu dia, baru kami tahu. Allah Akhbar, apa pasal teruk sangat ni?

Saifudin menyambung;

“Sebab itu, jangan sampai kita sebut di mana, Hai kenapa marah (Khairy dan Tajuddin), kenapa marah, sebab apa marah, bersungguh marak kenapa, duduklah”.

“YDP saya bagi fakta ini, Bagan Datoh tak marah, Batu Pahat tak marah, Pontian tak marah. Rembau terpaku, Pasir Salak yang lebih, kenapa, kenapa, kenapa? Sebab itu, jangan… jangan sebut”.

Ketika ini Pasir Salak yang sejak tadi diam, tiba-tiba menyinga dan menyalak dan dilihat cuba keluar dari kerusinya sebelum MP Machang berkata;

Sambung Saifudin lagi,

“Kalau nak suruh saya ulang diluar dewan, saya ulang, namanya siapa, tarikhnya bila,berapa banyak botol arak dia togok”.

Sebaik ungkapan itu diucapkan Saifudin, MP Pasir Salak yang sebelum itu marah-marah ke kiri kanan, terduduk sambil mencebikkan bibirnya.

“Sebab itu saya tidak boleh terima amalan ini. Dalam satu lawatan Umno ke Amerika Syarikat, ada pemimpin Umno yang tertidur dalam mesin judi. Kita tahu. Jangan tanya saya pemimpin Umno mana. Bila semua orang dah naik bas, ada tiga lagi pemimpin Umno tak naik bas. Bila kita turun cari, rupanya pemimpin Umno ini tertidur dalam kasino judi. Nak sebut apa?”

“Pengerusi, cukup, untuk pusingan pertama kali ini. Adakah MP Permatang Pauh bersetuju tentang perkara ini, sekian untuk pusingan pertama”.

Tempat : Dewan Rakyat, 19 Mac 2010

Sumber : erapakatan



Labun dalam ayor 2

Setelah teman perkenaikan sedikit sebanyak latar belakang politik diri teman, barule nampak labun keme lebih mesra dan mungkin telus. Keme bertukar2 pandangan dan persepsi tentang politik semasa, khususnya di Perak dan di Selangor. Teman cuba mewakili suara dan keluhan pengundi tradisional yang tidak berjawatan dalam parti. YB Ng Suee Lim pula banyak berkisar kepada keyakinanya akan sokongan bukan Melayu kepada PR menjelang PRU 13 nanti.

Teman tegaskan bahawa aktiviti ceramah sebenarnya kurang berkesan. Kehadiran puluhan ribu pendengar ke ‘konsert’ ceramah PR tidak menandakan sokongan sebenarnya pengundi kepada PR. Teman ambil contoh program ceramah PR yang selalu teman hadiri di Parit, Kuala Kangsar dan Pasir Salak.Jikalau penceramah utamanya TG Hadi Awang, majoriti pendengar adalah berketayap dan bertudung labuh. Jikalau penceramahnya TG Nik Aziz atau DS Anwar, barulah nampak kelainan pada audien yang hadir. Jikalau kita berjalan kaki secara santai di deretan kereta yang parking, ternyata banyak kereta luar yang datang. Kita mesti ingat dan faham, yang datang awal itu adalah penyokong luar kawasan. Mereka telah hadir di tapak ceramah sebaik selesai solat Isyak.

Pengundi dalam kawasan pula kebiasaannya datang lewat. Datang selepas pukul 10 malam. Datang hanya untuk mendengar ceramah penceramah utama sahaja. Yang datang dengan kereta akan pulang begitu sahaja kerana deretan parking melebihi satu km. Di akhir ‘konsert’, penganjur dengan gahnya akan menyebut bahawa ‘konsert’ itu berjaya. Berjaya kerana jumlah kutipan derma berjumlah ribu2 RM.

Tidak bolehkah pimpinan PR menasihatkan penyokongnya supaya jangan hadir di ‘konsert’ luar kawasan. Ini adalah bertujuan untuk melihat sendiri akan tahap sokongan pengundi setempat kepada PR. Jangan malu dan kecewa akan jumlah kehadiran yang sedikit. Jangan kecewa jikalau jumlah kutipan derma tidak mampu menampung kos ‘konsert’. PR kena betuikan nawaitu. Nawaitu untuk memberikan maklumat semasa secara percuma kepada pengunjung, bukannya nawaitu mengutip derma sebanyak mungkin daripada penderma yang sama.

“Itu yang datang ceramah bukan orang tempatan ke?”, soal YB Ng.

“Sekurang2nya separuh dari luar”, balas teman.

Kemudian keme sembang pasai hubungan sesama PR. PKR dengan PAS, PKR dengan DAP. DAP dengan PAS dan DAP dengan PKR. YB Ng menyatakan hormat dan kagumnya dengan MB Nizar, MB Khalid, TG Nik Aziz dan DS Anwar. Teman tambah lagi satu nama iaitu Lim Guang Eng. YB Ng terkejut dan hairan apabila teman katakan bahawa ‘grass root’ Melayu dalam PAS dan PKR tidak begitu mesra. Masing2 dilihat mengdengki antara satu sama lain. PAS berpersepsi negatif pada PKR. PAS terlalu megah dengan jumlah cawangannya yang mengatasi PKR. PAS tidak belajar daripada DAP yang cawangannya boleh dibilang dengan jari tetapi boleh menang besar di tempat yang ditandinginya.

“Eh, you tahu DAP tak banyak cawangan?”, respon YB Ng.

“DAP tahu dan paham maksud petugas dan jentera. PAS dan PKR tidak paham makna petugas dan jentera. Pimpinan PAS dan PKR kawasan mengandaikan bahawa petugas dan jentera adalah sama. Orangnya boleh sama tetapi peranannya berbeza”, ulas teman.

YB Ng menceritakan kepada teman tentang hubungan dalaman PR yang juga kurang mesra di Selangor. Tak payahle teman ceritakannya secara terbuka di sini. Cukup teman katakan bahawa DAP tidak begitu selesa dengan Hassan Ali yang mudah melatah dengan isu2 perkauman bawaan UMNO.

Kemudian keme beralih kepada isu2 Selangor. Isu Talam Corporation. Baru2 ini kerajaan Selangor dapat mengutip balik RM2 juta yang telah dibelanjakan secara tersembunyi pada zaman Khir Toyo. Macam2 lagi. Labun keme turut didengar oleh beberapa orang yang main2 ayor di kolam berkenaan. Sekali sekala teman merendamkan seluruh badan kecuali muka dan kepala ke dalam ayor yang panas itu. Ada soal jawab antara mereka yang mendengar dengan YB Ng.

YB Ng bermalam di resort kerana semalam dia ada ceramah di Behrang. YB Ng mengambil kesempatan membawa keluarga dan anak2nya bercuti di sini. Maklumle cuti sekolah.

Udahle, teman tak larat nak tulih lagi ...