Entah kenapa minggu ini teman malaih menulih. Bukannya takde idea atau bukannya takde isu2 kampung yang boleh teman ketengahkan. Isunya sentiasa ada. Janji rajin belabun dan bertelinga lintah. Agaknya cuaca panas kut. Duduk je depan komputer, badan udah berpeluh. Tetengah malampun berpeluh. Kena pulak dengan Kopi Radix.
Di depan teman ada duit not lima keping bernilai RM500. Duit Wahid (bukan nama sebenar), AJK Pemuda UMNO Bahagian. Dua hari lepaih dia bagi duit ini kepada teman. Teman tak guna lagi. Nak beli sekilo gulapun teman cucuk kad bank teman.
Ceritanya begini ..
Pertengahan Februari lalu, Wahid datang jumpa teman. Wahid mahu pinjam RM500 dari teman. Anaknya telah terlantar sakit beberapa hari di Hospital Tapah. Isterinya tak kerja. Wahid pula hanya PAR di sebuah jabatan kerajaan yang berpendapatan lebih kurang RM1,000 sebulan. Dia baru tiga tahun bekerja. Itupun dapat kerja kerana penglibatan aktifnya dalam UMNO.
Memang Wahid selalu berlabun dengan teman. Labun keme banyak berkisar pada hei2 politik Perak. Dia tahu yang teman getik dengan UMNO. Teman juga tahu yang dia adalah pelanggan tetap Harakah dan Suara Keadilan. Keme langsung tak belabun mengenai keluarga masing-masing.
“Encik Mat tak percayake yang saya akan bayo balik RM500. Nanti bila saya dapat duit UMNO, saya akan bayar”, janji Wahid.
“Encik Mat ambikle hp saya ni. Kalo saya tak bayo dalam tempoh 10 hari, hp ni ambik kat Encik Matle”, sambung Wahid sambil mengeluarkan simcard dan meletakkan hp Nokia K71 ataih meja.
“Nokia K71 tak mainle. Kalo nak bagipun, bagiler Satria Neo tu”, balaih teman.
“Boleh. Bior saya pakai Kancil lama Encik Mat. Nanti bila saya bayo balik, kita tukole balik”, setuju Wahid.
Teringat teman akan cerita2 lama Wahid. Sebaik UMNO tidak lagi menjadi kerajaan di Perak, dia dan rakan2nya dalam Pemuda UMNO resah gelisah. Duit tak banyak masuk. Itupun duit pusat je. Duit negeri yang selama ini hanya diagihkan kepada UMNO, udah dapat kepada PR.
“Keme udah biasa beduit. Kalo takde duit, rasa macam tak boleh idup. Saya join UMNO bukan kerana menyokong UMNO. Saya join UMNO sebab nakkan duit. Saya join pemuda sebab nakkan kojer kerajaan. Keme tahu lambat laun UMNO akan kalah juga. Lambat laun UMNO akan haup tak berkubur. Itu sebab rata2 pemuda dan puteri udah ada kojer dengan kerajaan. Sekurang2nya masa depan keme udah terjamin. Tapi oleh kerana keme biasa berduit banyak, gaji seribu sebulan memang tak cukup”, teringat teman akan kata2 Wahid yang lalu.
“Ini duit mana yang kamu tunggu ni”, tanya teman.
“UMNO sentiasa buat program kumpuikan orang. Tak kiraler orang itu penyokong UMNO ataupun tidak. Tugas keme di pemuda ialah kumpuikan orang. Cari bas. Cari tempat tido. Jaga kebajikan orang yang keme kumpuikan. Bagi makan. Bagi duit poket. Kalo deme nak menutuhpun, keme kena cari. Sekali buat rombongan yang tiga hari dua malam, paling komanpun RM30,000 untuk setiap buah bas 40 orang”.
“Bulan lepaih keme disuruh cari orang ke program Juara Rakyat di Kuala Selangor. Satu bas RM10,000. Keme dapat usahakan dua bas. Belanjanya hanya RM5000. Itupun keme pakai duit bahagian dulu . Dalam minggu ini duit yang keme klim dijangka dapat. Klim pulak sampai RM20,000”, sambung Wahid.
“Mike tak terpikio ke yang anak bini sakit kerana duit UMNO tu?”, soal teman.
“Memang saya udah terpikio lama. Duit UMNO ini panaih. Saya cuba nak simpan, tapi tak dimahunya. Ada je heinya. Kekadang tak tahu duit tu abih ikut mana. Ini sebab dalam hei2 sakit ni saya pinjam duit Encik Mat. Saya tak nak pinjam duit UMNO. Kalo saya pinjam duit UMNO, saya bukan dapat RM500. Saya akan dapat RM1,000. RM500 hutang dan RM500 lagi deme derma”.
“Pulak dah. Mike tak nak guna duit UMNO. Tapi bayo utang teman dengan duit UMNO”, sampuk teman.
“Teman takde duit cash. Teman kena cucuk di bank. Tunggu teman di bank sekian sekian dalam sejam lagi”, kata teman. Wahid senyum dan angguk.
Sejam kemudian.
“Teman pinjamkan pada mike RM500 untuk nguruih sakit demam anak mike”, akad teman pada Wahid.
“Tima kasih Encik Mat. Encik Mat nak yang mana. Hp atau keter? Atau dua2 sekali”.
“Teman nakkan anak mike sembuh. Itu je”, kata teman sambil bersalam dan menepuk bahu Wahid.
Ketika ini teman masih memandang lagi ke arah duit RM500. Duit utang Wahid yang dibayo dengan duit UMNO. Duit UMNO, duit rakyat. Teman adalah rakyat. Isk .. camne pulak statusnya duit ni pada teman?