Monday, June 22, 2009

Y.B. Nash ... terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata ...

Tahniah UMNO kerana berjaya memerangkap pimpinan PAS dalam isu Kerajaan Perpaduan. Walaupun PAS telah mengumumkan akan terus memegang janji setianya bersama PR, UMNO tetap berjaya. UMNO berjaya menyelamatkan pengundinya daripada menyeberang ke PR pada PRU 13 nanti. Pada waktu yang sama juga PAS terpaksa menambah kerja yang sia-sia memperjelaskan isu UG kepada pengundinya. Program-program PAS tidak banyak lagi yang berbentuk kebajikan dan amal. Program PAS telah menjadi konsert ceramah berkaitan UG sahaja. Buang masa.

UMNO sedar yang kekuatan dan keangkuhannya semakin terhakis. Pengundi Melayu telah berubah secara perlahan-lahan mengundi PR. Melayu yang tidak alimpun mengundi PAS. Bukan Islampun selesa mengundi PAS. UMNO juga sedar bahawa UMNO adalah parti tua untuk orang tua sahaja. UMNO mesti melakukan sesuatu. Berkawan dengan PKR tidak mungkin kerana selagi ada DSAI, selagi itulah UMNO akan diterajang oleh PKR. Berkawan dengan DAP hanya akan menjauhkan UMNO daripada pengundinya. Oleh itu PASlah yang menjadi harapan UMNO untuk UMNO. Lagipun PAS berjiwa Islam, memaafkan adalah satu pahala.

Sebaik sahaja UMNO kalah di Selangor dan Perak dalam PRU 12, UMNO telah berjaya menerobos pintu PAS dalam gelap. UMNO hampir berjaya memujuk PAS, tetapi mujurlah ada jiwa Erdogan dalam PAS yang menentang keras.

Kerajaan Perpaduan 916 ala DSAI yang tidak melibatkan penyertaan organisasi UMNO telah tidak diberkenan oleh pimpinan PAS. DSAI akhirnya senyap kerana menghormati kehendak PAS. Lagipun PAS adalah parti lama yang banyak pengalamannya. DSAI mengalah tetapi tetap bersama memikirkan kaedah dan pendekatan lain untuk PR menang PRU 13. Dalam tempoh menunggu PRU 13, satu demi satu UMNO kalah dalam semua siri PRK di Semenanjung Malaysia. UMNO terdampar lesu di kerusinya Kuala Terengganu. Manek Urai pula menunggu.

Setelah berlangsungnya perjumpaan gelap PAS dengan UMNO dan setelah 916 gagal direalisasikan oleh DSAI, PR mengorak langkah gagah memperkemaskan strategi memantapkan parti masing-masing. Setiap program PR mestilah melibatkan pimpinan dan penyokong setiap parti. Kemesraan keluarga PR ini dilihat semakin mantap dan ini telah dibuktikan dalam siri-siri PRK yang lalu. Ini menakutkan UMNO. Ketakutan ini mungkin memungkinkan ada lagi perjumpaan gelap antara PAS dan UMNO.

Ribut tidak melanda dan laut belum bergelora. Tetiba pimpinan utama PAS menyentuh tentang UG dalam sidang akhbarnya. Apa lagi UMNOpun berkokok siang malam dengan penuh emosi merendah diri. Terlajak perahu boleh diundur tetapi terlajak kata terimalah padahnya. Tidak sayangkah pimpinan PAS pada kami yang beria-ia menyokong, mengempen dan mengundi PR dalam PRU yang lalu?

Nah, sekarang telah terbukti memang ada pimpinan tertinggi PAS yang ghairah dengan umpan UMNO. Hanya UMNO sahaja yang boleh mempercepatkan pengrealisasian perjuangan PAS. PAS berdilema, UMNO tersengeh. Pimpinan PAS seolah-olah tidak sedar bahawa UMNO hanya mempermainkan PAS untuk memastikan pengundinya tetap mengundi UMNO dalam PRU 13. UMNO tahu PKR dan DAP tidak boleh menang tanpa sokongan PAS. UMNOpun tahu yang UMNO tidak akan dapat meraih undi penyokong PR. Tetapi UMNO yakin beberapa kerat penyokong tegar dan petugas tegar PR akan bosan dengan pimpinan PAS. Akibatnya mereka tidak lagi menjadi petugas dan tidak keluar mengundi. Akhirnya undi PR akan merosot.

Jikalau PAS masih terus gagal memanafaatkan peluang untuk membolehkan PR menang dalam PRU 13, eloklah …. (tak sanggup teman nak nulihnye)

4 comments:

  1. Untuk mereka yang merajai Kerajaan Perpaduan, cuba lihat bagaimana Umno layan PAS sebelum kalian terus suarakan idea karut kalian itu. click atau copy&paste link ni:

    http://pemudakemehe1.blogspot.com/2009/06/cara-orang-umno-layan-ahli-pas-video.html

    kalau macam ini la cara Umno layan PAS, tobat kami taknak idea Kerajaan Perpaduan diteruskan.

    ReplyDelete
  2. Mereka lupa bahawa DSAI telah cuba berpadu dengan UMNO dulu.Akibatnya beliau telah menerima layanan yg paling buruk dalam sejarah politik tanahair.Mujur umur beliau panjang.Dulu masa DSAI didlam UMNO,PAS berkokok siang malam memperlekehkan beliau.

    Skg dah terbalik kuang pulak ke?

    ReplyDelete
  3. hadi,nasha,stopa kena tengok video ni.

    http://pemudakemehe1.blogspot.com/2009/06/cara-orang-umno-layan-ahli-pas-video.html

    ReplyDelete
  4. antara deme bertiga tu sape yang jadi mastermind ye..

    ReplyDelete