Monday, June 8, 2009

Teman mangkah PAS, tapi ngape PAS tak menang?

Buat masa ini teman masih kekal tidak menyokong UMNO dan sekutunya. Teman akan mengundi sape sahaja yang lawan UMNO. Teman masih mangkah PR walaupun ada mende2 dalam PR yang teman tak berapa nak suka. Bagi teman tunjang PR ialah PAS. Walau bagaimanapun PAS tetap memerlukan PKR dan DAP. Sebagai rakyat marhaen yang tidak begitu taksub atau teruja dengan mana2 parti dalam PR, teman mahu melihat kerjasama yang lebih erat antara PAS, PKR dan DAP. Tetapi adakah wujud organisasi PR di peringkat parlimen? Wujudkah PR Parlimen Kuala Kangsar? Wujudkah PR Parlimen Parit? Yang pasti teman berpersepsi yang PAS dengan cara PASnya dan PKR dengan cara PKRnya. Mampuih kome.

Teman tak nak menyentuh populasi pengundi di bandar. Melayu bandar majoriti bersama PR. Teman hanya nak menyentuh tentang populasi pengundi Melayu di kampung2. Teman mengundi di parlimen Kuala Kangsar dan DUN Manong. Kedua2 kerusi ini ditandingi oleh PAS. Tetapi teman tetap undi PAS walaupun teman ada juga getik pada PAS.

PAS baru sahaja bermuktamar. Hebat PAS ini. Perwakilan telah memilih pemimpin mereka untuk mengemudi PAS. Tetapi tahukah pemimpin PAS bahawa kebanyakan perwakilan itu tidak berjaya mewujudkan hubungan baik dengan masyarakat kampung. Mereka masih berlatar elit yang lebih banyak bercakap daripada mendengar atau bekerja. Mereka akan segera menyampuk percakapan pak long dan mak ngah sehingga pak long dan mak ngah tidak mahu bercakap lagi. Lebih baik bercakap dengan pimpinan UMNO walaupun apahpun tak dapat. Sekurang2nya dapat juga bercakap panjang lebar. Jadiler.

Apa yang pimpinan PAS kawasan telah buat pada pengundi muda dan tua? Takkan ceramah jer? Tak bolehker markas PAS menyedia dan menganjurkan karoeke? Tapi awal2 lagi ustaz PAS kata haram. Maklumlah yang pimpin PAS dari yang nombor satu sampai ke bawah semuanya berstatus ustaz dan ustazah. Lepas tu marah dan heran ngapeler payah bebenor nak ajak orang ramai datang nengar ceramah. Karang bila dikatakan yang otak pimpinan PAS ni tak berkembang, menyinga pulak. Sebab ituler perwakilan PASpun masih sama dengan katak bawah tempurung.

Satu lagi, pimpinan PAS ini suka sangat memperkecilkan kawan. Sebab ituler teman tidak heran jikalau pimpinan PKR macam kekura. Nampak jer orang PAS, sorok kepala. Malu dan rasa rendah diri. Maklumlah PAS kata dia kuat. PAS ramai calon. PAS banyak jentera. Yang lompat tu pulak exco PKR. Senang citer PAS tak mahu berkompromi dengan PKR. Bukti yang PAS tak sedia kompromi ialah PAS tidak mengusahakan pewujudan organisasi PR peringkat parlimen. PAS nak jadi ketua jer, tapi tak gheti nak hidupkan jawatan ketuanye. Kalo ikut hati teman, ketua cawangan UMNO sebenornye lebih pandai mengambil hati anak buahnya berbanding ketua cawangan PAS.

Dalam bab2 agama memangler PAS di depan. Tapi dalam bab menyentuh hati masyarakat, PAS masih ketinggalan. PAS kena banyak belajor, tapi PAS masih buat2 pandai. PAS ini nak merintah ker tak nak? Kalo nak merintah, janganler lepaskan ruang dan peluang. Tapi perwakilan PAS yang majortinya ustaz telah melepaskan peluang dengan masih memilih timbalan yang telah gagal menarik sokongan marhaen macam teman ni. Ingat, teman mangkah PAS bukan kerana teman sokong PAS. Teman mangkah PAS kerana teman getik bebenor dengan UMNO. Tak ikhlas rupanya teman mangkah PAS. Sebab itu agaknya PAS tak menang ..

PASpun tamak, hakap dan gelojoh. Tak caye? Tepuk dada tanya selera.

7 comments:

  1. aku sokonggggggg110% apa yg ekau tulis kat sini,,,,,

    ReplyDelete
  2. PAS gagal lagi utk menambat hati rakyat.. Masa era Reformasi, berduyun-duyun penyokong UMNO dan pengundi atas pagar masuk PAS sebab kecewa dengan UMNO.. Ingat lagi masa PRU10, dekat 1 kampung teman tolong ketip bendera PAS atas tali untuk digantung.. Ada yang lebih berani lagi.. Siap mendaftar jadi ahli PAS..

    Apa PAS kawasan teman buat.. Lepas PRU berakhir bukan deme nak mendekatkan PAS pada ahli baru nie.. Deme buat xtau jek.. Mesyuarat cawangan pun hantar surat jek.. Masa mesyuarat, geng-geng lama memonopoli mesyuarat dan ahli-ahli baru merasa dipinggirkan.. Lama-kelamaan ahli-ahli baru nie teman rasa menyokong PAS jek tapi xaktif dalam PAS.. Salah sapa? Salah ahli baru la sebab xaktif dalam jemaah.. Bukan salah ahli lama sebab xreti ambik hati ahli baru..

    Mintak maaf Bang Mat Sabu.. Lepas nie teman rasa kurang sikit la teman nak menderma kat tabung PAS masa ceramah.. Bukan sebab apa.. Dengar cite Timbalan Presiden ada umah harga 1 juta.. Nak buat kompleks 27 juta.. Juta-juta jek cite..

    Teringat zaman 90-an dulu.. Abang Mat ada cakap.. Kumpul duit tiap bulan 5000 selama 16 tahun baru nak dapat dekat 1 juta.. Gaji teman pun xsampai 5000 sebulan.. Lepas nie teman sedekah duit teman kat peniaga yang meniaga kat tapak ceramah aje la.. Deme dah tentu xterpikir nak buat duit juta2..

    Abg Mat tolong betulkan balik perjuangan PAS utk tambat hati rakyat.. Sebab 2 teman harap sangat Abang Mat menang pertandingan hari 2.. Sebab Bang Mat memang pemimpin rakyat, bukan pemimpin kroni..

    ReplyDelete
  3. sdr mamamat,
    saya kadang2 pening dgn gelagat org2 pas.saya bukan org pas, tapi saya memerhati perangai mereka. dulu, masa pru 1999 mereka bekerjasama dgn dap & keadilan, dpt terengganu. pru 2004 dap keluar dari ba, terengganu pun kalah. pru 2008 dapat lagi 3 negeri hasil kerjasama yg sama spt tahun 1999. dan sekarang mula mengheboh pasal kerjasama dgn umno. apa sudah jadi???
    saya susah nak mengkritik kalau tuan2 guru, ustaz2 yg buat statement. maklumlah tentulah mereka ni beristikharah memohon petunjuk dari Allah tentang apa langkah yg terbaik utk pas. tapi selepas berfikir semula, saya jadi pelik. kalau tgha istikharah, us nasa istikharah, tgna pun sudah pasti istikharah jugak sebelum dia mengatakan k'jaan perpaduan ini mengarut! kalaulah masing2 memohon petunjuk dari Allah sudah tentulah ada kesepakatan antara ulama2 mulia ini dlm membuat komen. ini bukan soal khilafiah dlm membuat hukum, tapi soal percaturan politik. tapi keadaan jadi sebaliknya. oleh itu pada saya, apa yg tgha cakap itu tidak lebih dari ilham para think tanknya sahaja..bukan sebab istikharah. cuma masalahnya, para think tanknya itu sgt naif dlm membaca percaturan politik. mereka lupa politik itu ialah persepsi rakyat. sedarkah kamu pas telah mencalarkan imejnya sendiri di depan pengundi bukan melayu dgn idea2 'mengarut' tadi?? kalau sekali rakyat sudah tidak mempercayai pas, tunggulah pru13 nanti. sokongan pengundi bukan melayu yg memang bencikan diskriminasi umno akan lari dari pas. begitu juga melayu pas yg sudah lama ditindas oleh umno. tak percaya cakap saya pergi tengok melayu merempat di kampung2 di paka, dungun dan kemaman. mereka ini bersumpah tujuh keturunan pun TAK AKAN mahu berbaik dgn umno. mereka ini mahu membawa ke padang mahsyar sahaja utk diadili kezaliman org2 umno ini oleh Allah swt.alangkah peliknya saya bila pemimpin pas terengganu sendiri seolah2 tidak peka dgn nasib melayu pas terengganu..patutlah pas terengganu menang sekejap pastu kalah balik. saya dah tak percaya lagi punca kalah sebab pengundi hantu.
    tgha needs a lot of explanation to do. ketika ini blogger2 pakatan rakyat sudah mula bising. imej pas akan rosak akibat perbuatan sendiri. mujur ada ulama spt tgna. saya sgt bersyukur...tidak bolehkah tgha belajar dari pengalaman tgna memerintah kelantan. bukankah sikap yg ditunjukkan oleh beliau itu yg mendorong pas kekal berkuasa di kelantan hingga sekarang. tapi malangnya seperti kata shbt saya, ini suatu permulaan langkah ke belakang. kita back to square one. org2 umno bersorak gembira. pakatan rakyat akan jadi goyah & najib akan dapat feel good factor utk adakan pru 13 secepat yg mungkin utk memulihkan umno. org2 pas, sedarlah. kamu sedang menyerahkan leher kpd najib utk disembelih. apakah kamu mengira org2 yg korup ini boleh mengalu2kan org pas masuk kerajaan dan melihat segala kefasadan mereka dgn begitu saja?
    walakhir, lihatlah realiti di sekeliling kamu.
    kalau ground work pun pas tak buat, betullah cakap saya. tunggu leher disembelih...

    ReplyDelete
  4. Tapi kenapa aku lihat seolah2 pas dikawal oleh pkr dan lain2?

    ingat tak isu hudud hari tu. bila org2 pkr and dap tak setuju, terus pas diam.

    ReplyDelete
  5. Memang tepat apa yang mika tulih..itulah rasa kebanyakan orang yang menyokong PAS Nampaknya isu agama menjadikan perwakilan kecut perut. Ini dah macam tok guru ajaran sesat...

    ReplyDelete
  6. BLOGGER NETWORK MENYERANG PEMIMPIN ULAMAK PAS http://www.gomounited.com/2009/06/blogger-network-perak-menyerang.html

    TIDAK MENGHORMATI LANGSUNG KETUA

    ReplyDelete
  7. salam,

    betul la agak yer tur. teman mangkah pas, tapi pas tak menang semua :( mgkin teman juga tak ikhlas sebelum ni

    ReplyDelete