Tuesday, May 28, 2013

Pok Cik Dean : Kasihan Anwar Ibrahim, Ustaz Fadzil Pasti Sedih

Kasihan Anwar Ibrahim, Ustaz Fadzil Pasti Sedih

Kasihan saya pada mantan Timbalan Perdana Menteri yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Beliau kini seolah-oleh keseorangan dalam perjuangannya menegakkan kebenaran dan keadilan.

Jangan Lupa Pengorbanan Almarhum Ustaz Fadzil Noor

Allahyarham Ustaz Fadzil Noor, mantan Presiden PAS adalah seorang tokoh LEGENDA dalam PAS hinggakan jasa dan pengorbanannya tidak akan dapat dilupakan sampai bila-bila. Adakah ahli-ahli PAS lupa bahawa Ustaz Fadzil Noor yang merintis jalan penubuhan Barisan Alternatif yang kini menjadi Pakatan Rakyat?

Ustaz Fadzil Noor jugalah yang merintis jalinan persaudaraan dan pakatan dengan Anwar Ibrahim. Walaupun Anwar telah melukakan hati Ustaz Fadzil Noor semasa di dalam UMNO, tetapi Ustaz Fadzil telah memaafkan itu semua. Mereka bersatu hati, tenaga dan berjuang dalam Gelombang Reformasi 1998 yang mencatatkan sejarah tanahair Malaysia.

Jika tidak kerana keberanian Anwar Ibrahim yang rela dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri, jika tidak kerana ketulusan hati Ustaz Fadzil Noor yang rela memaafkan sahabatnya, sudah tentu Gelombang Reformasi 1998 tidak akan berlaku.

Reformasi 1998 – bonus kepada PAS

Gerakan Reformasi 1998 yang dirintis oleh Anwar Ibrahim dan Ustaz Fadzil Noor adalah bonus dan membawa keuntungan kepada PAS dan pembangkang. Jika tidak kerana Reformasi 1998, rakyat tidak akan terbuka minda dalam berpolitik.

Jika tidak kerana Reformasi 1998, rakyat masih memuja dan mengagungkan UMNO dan BN. Jika tidak kerana Reformasi 1998, rakyat tidak akan nampak dan sedar penipuan dan pembohongan UMNO dan BN.

Kerana Reformasi 1998 jugalah rakyat mula berani mendampingi PAS, satu parti yang dipandang ekstrim satu masa dulu. Kerana Reformasi 1998 jugalah PAS menjadi kuat hingga berjaya menawan Terengganu pada PRU 1999 dan menang kerusi Parlimen terbanyak dalam sejarah. Lupakah kita semua?

Jangan Lupa Ungkapan Kata Ustaz Fadzil Noor

Almarhum Ustaz Fadzil Noor pernah berkata bahawa “Gelombang Reformasi 1998 ini tidak akan berhenti malah ia akan terus menggoncang pentas politik Malaysia. Tunggulah hasilnya selepas 10 tahun.” Itu ungkapan beliau semasa berucap di rumah saudara Anwar Ibrahim.

Nah! Lihat sahaja kebenaran. Selepas 10 tahun iaitu pada tahun 2008, UMNO dan BN tumbang dalam PRU2008. Mereka hanya diselamatkan oleh undi dari Sabah dan Sarawak. PAS bersama pembangkang lain telah memperolehi kerusi terbanyak dalam sejarah dan telah menang di 6 negeri iaitu Kelantan, Kedah, Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta berjaya menembusi kubu kebal UMNO di Negeri Sembilan dan Johor!

Itu semua hasil daripada benih Gerakan Reformasi 1998 yang diasaskan oleh Anwar Ibrahim dan Ustaz Fadzil Noor. Lupakah kita semua?

Anwar kini keseorangan

Kini pengasas Gerakan Reformasi hanya tinggal seorang. Ustaz Fadzil Noor telah lama pergi meninggalkan kita semua. Anwar Ibrahim pula seolah-oleh dipinggirkan oleh sekutu rapatnya iaitu PAS.

Ya, memang segala yang berlaku adalah kehendak Allah SWT tetapi Allah telah berfirman bahawa “Tidak akan berubah nasib sesuatu kaum itu melainkan ia sendiri yang berubah.” Maka jasa dan pengorbanan saudara Anwar Ibrahim dan Ustaz Fadzil Noor yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi menegakkan kebenaran dan keadilan mesti dihargai dan diingati.

Jika Ustaz Fadzil Noor masih hidup, PASTI DIA AKAN SEDIH DAN MENANGIS MELIHATKAN NASIB SAHABATNYA ANWAR IBRAHIM YANG DISISIHKAN OLEH PARTINYA SENDIRI IAITU PAS.

Setiap kali Anwar ke Kedah, beliau akan mengambil kesempatan menziarahi sahabatnya Ustaz Fadzil Noor di makamnya di Kedah. Pasti saudara Anwar Ibrahim menangis dan mengalirkan airmatanya mengenangkan jasa dan kepercayaan sahabatnya yang tidak pernah pudar, dan mengenangkan nasib dirinya tanpa Ustaz Fadzil di sisi. Kalaulah Ustaz Fadzil Noor masih ada, itu keluhnya.

Jangalah kita robohkan jambatan yang dibina Almarhum Ustaz Fadzil Noor dan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz.

INGATLAH WAHAI AHLI PAS…
  • Syed Shah Syed Osman Nukilan terbaik...

  • Nabilah Saad Hanya Allah yg lbh mgetahui...

  • Pok Cik Dean sebelum berkata,baik kita teliti dahulu perjuangan yg terdahulu..bagaimana mereka lalui..penuh dgn liku2 cabaran...dugaan...kita skrg,dh kena serang dh mula melenting...kita sebagai anak muda,harus bergerak kehadapan..sama ada nk mencorak ke arah jln yg benar atau sebaliknya....

  • Nabilah Saad Alhamdulillah.. TGNA senantiasa mberi sokongan pd beliau.. in shaa Allah Amg dberkati Aamiin

  • Joe Mubin Sy pon mngis bila baca...keadilan yg diciptakan oleh allah tuk membela hambanya yg ditindas dan dinayai..

  • Joe Mubin Keadilan adalah anugerah allah untuk setiap hambanya yang ditindas

  • Abdul Wahab Bin Ibrahim Terima kasih nukilan yang meruntun jiwa nurani. Yakni berpaksi pada realiti.sebab musababnya. Tidak berdiri dengan sendirinya kecuali Khaliq itu sendiri dan menunggal. Selagi bersifat hamba pasti ianya saling memerlukan dan melengkapi untuk mencipta sejarah baru di.Malaysia. Akhirnya kebangkitan rakyat hari ini mesti ditampung oleh semua pihak dengan kaedah.yang benar dan betul.

  • Naie Melankolia sy setuju dgn saudara..terbaik
     
    ## Mintak maaf  Pok Cik Dean. Teman tekopi tanpa mintak izin Pok Cik Dean .. udah lame teman tepikio macam Pok Cik Dean, tapi idak tetulih2  ...

Friday, May 24, 2013

Negaraku .. tanah tumpahnya darahku ...

"Time aku duduk dalam UMNO, buat jahat polis tak berani sentuh aku. Bila aku bertaubat, berjuang untuk hak rakyat, aku kena tangkap. Baik jadi orang jahat di Malaysia ni baru selamat" - Tamrin Ghafar

Sunday, May 19, 2013

Exco untuk setahun je, kate MB Peghak ..

Tapi ade yang kate deme ini jadi exco tak sampa sebulan, tiga bulan ato paling lamepun enam bulan, Lepaih itu nungkumle deme. Dikabokan juge yang tak dapat jadi exco sedang bekighe2 nak ngumumkan jadi ADUN Bebas meseghe Pakatan ... juge kut2 daghi lapan petisen mahkamah (6 PAS + 2 PKR), ade dua yang nyebelah Pakatan ... haaaa, memang nungkum ameno  

Wednesday, May 8, 2013

8.4.13 (lebih kurang 6.00 ptg) ... Bah kilat di Kg. Piandang, Seputeh, Batu Gajah

Kesan hujan lebat .. teman tesangkut tak boleh balik .. ayonye laju wehh. Deme kate ayonye naik mengejut dan tak sempat nak buat ape2 

Rumah yang didiami oleh sepasang suami isteri yang uzur  .. bila dighanduk, ayonye udah dekat tengkuk kome oii  (lebih 4 kaki). Ghomah2 lain di sekito ini juge telah dinaiki ayo .. ghama yang ngamit2 mintak ditolong. Ade anak kecikle, ade emak bapak yang sakitle ..

Katilnya jadi rakit setelah katilnya tenggelam .. Keme dudukkan dia dalam keghete teman. Deme sughuh anto ke dewan tapi teman anto ke Hospita Batu Gajah. Isteghinye magitahu yang lakinye tak nampak (macam butele) dan belum makan nasi lagi walopun nasi udah siap tanak sejak tengahaghi tadi. Patutle mase dalam keghete mintak nasik ... lepaih teman anto deme di wad kecemasan, teman pegi KFC. Kemudian teman tinggakan pasangan ini di hospita dengan nasik lauk ayam dan milo panaih KFC ... Biole malam ini deme nunggu anak cucu datang beziarah di hospita ..

Sunday, May 5, 2013

Kuale Kangso dan Paghit udah nak sampa ke Putrajaya ...

5.5.13
Malam ini teman macam biase tetap meghayap2 nengok suasane malam ahe PRU13 di dua palimen iaitu Palimen Paghit dan Palimen Kuale Kangso. Dan teman dapat simpuikan begini ...

Palimen Kuale Kangso

Beso kemungkinan dimenangi oleh Idham Lim daghi PAS. Sebab ape? Sebab Dato' Kamilia bukak 'buku baghu' ... Bilik Geghakan/PDM BN lumpuh. Hilang seghi bebanding PRU2 lalu. Menjelang pukui 12 malam, suasane di jam beso cukup meghiah. Jalan sesak .. PR sedang meghayekan kemenangan! 

Calon BN DUN Manong juge meneghime bahane 'buku baghu' ini. Bahkan suasane di ghomah bapaknye yang juge bekaih wake ghakyat pada malam ngundi sunyi sepi. Udah begelap .. macam udah gelap mase depannye ..  jalan2 sampa ke Pekan Manongpun, bilik2 geghakan BN tak nampak oghang. Kalo adepun cume sebuah dua buah keghete depan bilik2 deme itu .. tahniah kepade calon PAS, Tn. Hj. Jamil ... 

Peluang untuk calon BN dan calon PKR di DUN Bukit Chandan masih tebuke tetapi lebih memihak kepade PKR jika PKR menang beso di UPU Chandan Puteri. Walopun kedua2 calon tidak mempunyai kekuatan pengaghuh peghibadi di DUN ini, calon BN teghuih dihantui dengan badi 'buku baghu'. Calon Bebas dijangke hilang wang petaghuhan ... kepade Pn. Fathmawaty, puan ade peluang ..

Palimen Paghit

Awa2 teman ucapkan tahniah kepade calon PAS, Ustaz Ismi yang mungkin digelo YB baghu. Gandingan calon BN antaghe calon palimen dan calon DUN Bote hanye umpame 'sokong membawe ghebah' ... Peghebutan menjadi ketua bahagian menjadi dughi dalam daging ... Ini keghane caghe kempen oghang2 calon DUN Bote, "undi PAS untuk palimen dan undi BN untuk DUN Bote". Secaghe tak langsung udah tentu akan menambahkan undi peri kepade Ustaz Ismi. 

DUN Bote masih tebuke, tapi lebih beghat kepade BN jikalo caghe kempen calon BN DUN Bote itu bekesan. Oghang ameno amat beteghime kasih kepada Dato' Nasaruddin keghane lakonannye empat tahun lalu bejaye meghampaih Peghak daghi PR. Dan udah tentu deme dengo cakap dia 'Undi PAS untuk palimen dan undi dia untuk DUN Bote' ... calon PKR DUN Bote juge boleh menang jikalo tetibe mud semua pengundi PR hanye memilih PR bukannye memikiokan calon ...!

Bagi DUN Belanje, BN dijangke menang dengan majoghiti bawah seghibu. Agak payah untuk calon PAS menuko kehendak pengundi pompuan di DUN Belanje walopun calon PAS itupun seoghang pompuan. Ini ditambah lagi yang calon BN, Ustaz Nizar telah dinobatkan oleh PM Najib sebaga Wira Negara ... walo bagaimanepun haghuih diingat, ketentuan Allah siape yang tahu ...

** Ini ghamalan teman je ... jangan pecaye dan jangan maghah. Selamat mengundi ... 

 

Friday, May 3, 2013

Aminnnn ....

Munajat jam 3.00 pagi, 3 Mei 1013 di Stadium Sultan Muhammad, Kota Bharu, Kelantan


"Ya Allah Ya Tuhanku. Aku tak berdaya lagi untuk menjaga agamaMu di Kelantan dan di Malaysia kerana amat kuat serangan yang datang dengan pelbagai cara.

"Oleh itu aku minta kepada Mu pertahankan agamaMu sebagamana Engkau pertahankan rumahMu dari serangan.


"Hancurkanlah mereka sebagaimana hancurnya tentera Abrahah seperti daun kayu dimakan ulat," 


Doa dari Tuan Guru Nik Aziz

Wednesday, May 1, 2013

Abdullah Antong : Kembalikan kuasa di Perak kepada Pakatan Rakyat

Moh kite undi Pakatan Rakyat dalam PRU13 ...  

Sivakumar adalah bos saya ...

Saya berkhidmat selama 29 tahun dengan kerajaan sebelum bersara November 2010, suasana politik yang tidak selesa pada saya, menyebabkan saya tidak berminat untuk menyambung khidmat dan bersara wajib pada umur 56 tahun. Di usia yang sudah mencecah 58 tahun saya tergerak hati untuk mengisyitiharkan diri sebagai penyokong PAS.

Faktor utama ialah Allah telah memberi saya hidayah untuk memilih PAS dan tindakan ini bukanlah disebabkan atas desakan mana-mana pihak dan individu, walaupun saya kenal rapat dengan beberapa pimpinan PAS.

Faktor lain ialah berdasarkan pemerhatian dan penilaian selama berkhidmat selama 11 bulan dengan Pakatan Rakyat, saya ikhlas menyatakan banyak perbezaan antara Pakatan Rakyat dengan BN terutama ketelusan, kesungguhan, keupayaan dan juga keperibadian kepimpinan yang tidak dapat ditandingi oleh pimpinan Umno-BN.

Saya hanya pegawai kerajaan yang berjawatan Setiausaha Dewan Negeri, bertanggungjawab ke atas perjalanan sidang dewan dan juga yang berkaitan dengannya dan juga bertanggungjawab ke atas perjalanan mesyuarat EXCO kerajaan negeri yang juga diberi tugas mencatat dan menyediakan kertas dan minit mesyuarat.

Dalam DUN bos saya ialah Speaker Dewan Negeri, dalam mesyuarat EXCO bos saya ialah Menteri Besar dan dalam perkhidmatan kerajaan bos saya pula ialah Setiausaha Kerajaan Negeri. Ketika kemelut politik yang memuncak, saya menjadi serba salah antara amanah dengan kepentingan pekerjaan.

Di awal kemelut politik berlaku, tidak ada yang mengenali saya ketika itu. Nama saya hanya muncul apabila saya menyanggahi arahan Speaker DUN Perak.

Saya bertegas bahawa tindakan-tindakan adalah disebabkan tekanan dari pihak atasan, saya tidak upaya elak berbuat demikian kerana terpaksa menerima arahan pihak atasan.

Semua kenyataan berkaitan sidang dewan dan sebagainya saya perlu keluarkan dan perlu ditandatangan atas kapasiti saya sebagai setiausaha DUN sehinggalah saya mengeluarkan satu kenyataan yang kontrovesi iaitu sidang DUN yang dipanggil oleh Speaker yang sah ketika itu, YB V Sivakumar sebagai tidak sah.

Atas sebab kenyataan saya itu, tercatat memori dan sejarah dunia apabila sidang DUN terpaksa diadakan di bawah pokok kerana Adun Pakatan Rakyat dihalang memasuki dewan.

Harus diingat, mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, jawatan Menteri Besar gugur dengan tiga perkara iaitu disabitkan dengan salah laku tatatertib atau hilang kelayakan sebagai Adun, perletakan jawatan, dan apabila berlakunya pembubaran DUN.

Ahli Dewan juga boleh membuat usul undi tidak percaya kepada Menteri Besar dan sekiranya majoritinya mengundi tidak percaya, Menteri Besar ketika itu mempunyai dua pilihan iaitu meletak jawatan ataupun memohon perkenan Tuanku untuk membubarkan DUN bagi pilihanraya semula diadakan. Ini tercatit didalam Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Dato’ Seri Nizar tidak pernah dijatuhkan undi tidak percaya oleh ahli dewan dan sebab itu saya tidak terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi memutuskan beliau tdak terlucut jawatannnya sebelum Mahkamah Rayuan memutuskan sebaliknya.

Apabila kerajaan Pakatan Rakyat ditumbangkan, BN ketika itu tidak nampak ada satu lagi institusi ataupun jawatan penting iaitu Speaker yang ketika itu masih lagi dari kalangan Pakatan Rakyat.

Tidak lengkap mendapat jawatan Menteri Besar jika belum mendapat menukar Speaker DUN kerana Speaker berkuasa penuh di dalam dewan bermakna Pakatan Rakyat masih berkuasa di Dewan Negeri.

Jadi jika inginkan kuasa sebenar kerajaan dalam sidang DUN, BN ketika itu perlukan kuasa sepenuhnya di dewan dan ini yang mereka terlepas pandang.

Semasa sidang DUN pada 7 mei 2009 yang berlaku dalam keadaan tegang itu, saya tidak nampak dan dengar speaker mengarahkan timbalannya mempengerusikan sidang DUN, pada masa yang sama V Sivakumar masih duduk di kerusinya.

Tiba-tiba Timbalan Speaker, YB Hee Yit Fong telah adakan satu sidang di hujung dewan untuk melantik Speaker baru dan saya sebagai Setiausaha DUN berasa pelik, saya baca buku perintah tetap tentang tindakan Hee itu namun saya tidak menjumpai satu fasal pun yang membenarkan keadaan itu berlaku, ini bermakna Peraturan Tetap Dewan telah dilanggar.

Saya tidak pasti siapa yang mengusung V Sivakumar ke luar dewan dan sudah pasti ianya bukan staff dewan kerana saya mengenali semua staff-staff tambahan yang dilantik bagi membantu Bentara Dewan.

Kejadian tersebut telah menjadi sejarah dunia kerana ianya tidak pernah berlaku di mana-mana Negara Komanwel mahupun negara lain.

Semasa mula-mula Pakatan Rakyat memulakan tugas, kami tertanya-tanya bagaimana corak pemerintahan dan adakah Pakatan Rakyat mampu memerintah. Saya sendiri tidak berapa yakin dengan gabungan tiga parti ini ketika itu.

Sebagai pegawai kerajaan, saya menjalankan tugas seperti biasa. Kami pegawai kerajaan hanya sebagai pelaksana terhadap dasar dan polisi kerajaan Pakatan Rakyat, apa yang mereka putuskan, kami wajib melaksanakannya asalkan tidak bertentangan dengan etika perkhidmatan.

Perbezaan yang sangat ketara ialah Adun-Adun Pakatan Rakyat terutama EXCO sangat mesra dan mudah mendampingi pegawai dan kakitangan kerajaan dan tiada kerenah birokrasi. Tidak pernah sebelum ini seorang Menteri Besar boleh turun makan tengah hari di kantin bersama pegawai-pegawainya melainkan Dato’ Seri Nizar.

Semua Exco Pakatan Rakyat termasuklah dari kalangan DAP cukup merendah diri dan tidak sombong ataupun egois.

Pemerintahan Pakatan Rakyat sangat telus sehinggakan Nizar sering menasihatkan kepada Exco-Exconya supaya tidak mengambil kepentingan parti melainkan kepentingan rakyat.

Dari segi ketekunan, saya dapati diperingkat awal mesyuarat EXCO mengambil masa panjang cuma berhenti untuk makan dan solat. Menteri Besar dan barisan EXCO begitu teliti terhadap semua kertas mesyuarat sama ada mahu melulus atau menolak.

Semua EXCO telah diberi peluang untuk memberi pandangan sebelum keputusan dibuat.

Menteri Besar dan Exco tidak pernah mengarahkan saya mendahulukan mana mana kertas, terserah kepada saya sebagai setiausaha memilih kertas yang akan dibawa.

Dalam soal penjimatan kos jamuan keraian anjuran kerajaan negeri juga dikurangkan termasuklah makanan sewaktu mesyuarat EXCO. Setiap kali mesyuarat EXCO kos makanan kurang daripada RM45 seorang berbanding dulu hanya untuk minum pagi sahaja RM 45 seorang.

Waktu solat, surau di pejabat SUK sangat meriah dan imarah tanpa paksaan untuk berjemaah. Dato’ Seri Nizar sendiri akan mengimamkan solat berjemaah seterusnya menyampaikan tazkirah. Ini sangat berbeza dengan pemerintahan BN.

Ketika bulan Ramadhan dihiasi dengan pelbagai program seperti tazkirah setiap pagi, semua EXCO, ADUN yang muslim serta beberapa pegawai kerajaan termasuk SUK, pegawai kewangan dan Mufti diberi peluang menyampaikan tazkirah Ramadhan selama 10 minit .

Ia sangat mengesankan sekali. Ada EXCO DAP beritahu saya mereka tiada masalah turut berminat mendengar tazkirah pagi.

Pemberian bubur lambuk yang dibuat sendiri oleh kakitangan SUK dan pimpinan Pakatan Rakyat serta pelbagai lagi program untuk mengimarahkan bulan Ramadhan.

Ini baru perkara-perkara kecil, belum sentuh bab lain seperti pemberian air percuma, pengecualian kompaun, pemberian tanah hak milik kekal kepada Kampung Tersusun dan Kampung Baru, bantuan RM 1,000 kepada pelajar-pelajar yang ke IPT, dan sebagainya.

Setiap kali mesyuarat EXCO, Dato’ Seri Nizar bersama barisan exco sentiasa mencari jalan untuk mengurangkan beban rakyat dan ini menggambarkan betapa tekun serta bersungguh-sungguhnya kerajaan PR untuk membantu rakyat.

Dalam mesyuarat Exco Pakatan Rakyat, mereka tidak langsung membawa kepentingan peribadi saperti saranan Menteri Besar supaya perkara dielakkan.

Tuduhan BN yang mengatakan DAP menguasai mesyuarat dan mengikut arahan DAP ternyata fitnah semata-mata. Semua perkara dibincangkan secara terbuka dan Dato’ Seri Nizar memberi peluang kepada semua ahli mesyuarat menyatakan pandangan mereka.

Saya mengambil contoh satu kes menggazetkan tapak surau di Sitiawan, Dato’ Ngeh Koo Ham selaku Adun kawasan tersebut pergi melihat sendiri keadaan surau tersebut.

Pada mulanya mesyuarat mewartakan setengah ekar untuk kawasan surau itu, Dato’ Ngeh mencadangkan untuk meluaskan lagi tapak surau tersebut kepada satu ekar bagi memudahkan parkir kereta umat Islam yang hendak beribadah. Ini membuktikan DAP tidak mempunyai sikap anti Islam dan perkauman.

Berlaku lagi satu kes meluluskan satu tapak tokong Cina di Tambun. Kawasan yang terletak di tepi gua tersebut sangat bahaya dan tidak sesuai untuk medirikan tokong. Ulasan dari Jabatan yang berkaitan tidak bersetuju dan menasihatkan tidak diluluskan.

Mesyuarat menerima cadangan syor tersebut, lalu menolak permohonan tapak tokong. Saya tidak lihat Exco dari kalangan DAP yang membantah keputusan itu atau mempertahan permohonan tersebut dan mereka semua setuju.

Saya lihat persefahaman antara Ecxo sangat baik dan menghormati Dato’ Seri Nizar sebagai Menteri Besar walaupun DAP majoriti.

Saya nak beritahu, BN sekarang ini bukanlah kuat sangat, mereka dapat kuasa pun bukan dengan cara demokrasi. Pakatan Rakyat dapat mandat dari rakyat melalui PRU yang lalu sekalipun dengan majoriti yang kecil. BN dapat kuasa setelah 3 orang Adun mengkhianati mandat rakyat.

Oleh itu, saya rayu dan seru seluruh rakyat Perak buat perubahan dengan berani pada PRU akan datang. Kembalikan semula kuasa Pakatan Rakyat melalui kuasa rakyat. Saya yakin Insya Allah, Paktan Rakyat akan kembali memerintah Perak selepas ini.

Percayalah saya telah mengalami pengalaman yang manis selama 11 bulan Pakatan Rakyat memerintah dan saya akan bersama- sama seluruh rakyat Perak untuk meraikan kemenangan dalam PRU13 akan datang.

Abdullah Antong