Tuesday, May 29, 2012

Ummi, Ummi .. tak seindah namamu ..

"Wajah pemimpin ameno ada NUR .. Mahathir, Najib ada NUR .. muka Anwar macam SETANNN .. muka Nik Aziz macam CHIN PENG KOMINIH ... "

Sunday, May 27, 2012

Untuk oghang ameno je ..

Inile antaghe watak yang melentangkusokan ameno sehingge sanggup mengaibkan kakak ipo sendighi ... 
Ce oghang2 ameno pikio baik2 setelah mendengo debat antaghe Ummi Hafilda dengan Nurul Izzah ini ... 

Wednesday, May 23, 2012

Soalan cepu mas untuk KJ dan Pak Mertua ..

Lebih kughang macam inile soalan Ghapizi, "Kome mentekedaghah ape dengan duit Peteghonah sebanyak RM237 bilion tu? Ce kabo. Keme nakle tawu mane pegi duit yang banyak tu .... "

Friday, May 18, 2012

Menjelang PRU 13 ... Peristiwa Rampasan Kuasa Oleh Ameno di Perak


Mengingati Rampasan Kuasa di Perak - 'Hansard' masa MB Nizar mengadap Sultan mohon bubar DUN Perak

11.45 pagi, 5 Februari 2009, DS Nizar menerima titah Sultan untuk mengadap di Istana Kinta. Sebaik saja tiba di istana, Sultan telah sedia menanti bersama Penasihat Undang-Undang Negeri (LA), Dato Kamal Md. Shahid.

Sultan Perak telah menyatakan kepada Nizar.

1. Semua 27 ADUN BN telah dipanggil mengadap dan mengaku bersetuju terus bersama BN.

2. ADUN Bota telah setuju kembali kepada Umno-BN.

3. ADUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang juga telah dipanggil mengadap dan mengaku bersetuju keluar dari Pakatan Rakyat. Mereka mengaku menjadi ADUN bebas yang menyokong BN. Kedudukan itu menjadikan jumlah ADUN yang menyokong BN seramai 31 orang. (28+3).

4. Maka kedudukan terkini DUN Perak ialah BN memiliki majority dengan 3 kerusi berbanding hanya 28 kerusi Pakatan Rakyat.

DS Nizar telah memohon mencelah dan mengambil masa sekitar 15 minit untuk mengutarakan hujah tersebut.

1. Saya hanya memohon perkenan DYMM Tuanku untuk membubarkan DUN Perak dalam hak dan kuasa yang dianugerahkan kepada saya sebagai Menteri Besar dan Ketua DUN.

2. Kembalikanlah hak rakyat untuk memilih kerajaan baru yang sah dan bermaruah.

3. Saya mahu mendaulatkan dan memartabatkan institusi istana sebagai institusi terulung dan teragung dikacamata rakyat.

4. Jika DUN dibubarkan, rakyat akan lihat bahawa Tuanku cukup adil dan tidak menyebelahi mana-mana pihak, sekaligus rakyat akan menjulang dan menghormati institusi istana kerana mengembalikan hak rakyat untuk membuat pilihan semula. Ini adalah keadilan yang kita laungkan.

5. Saya mengajak DYMM Tuanku Sultan meredhai dan bersyukur atas anugerah Ilahi bersempena sambuatn Jubli Perak pemerintahan Tuanku, dalam keadaan Allah SWT memanjangkan usia Tuaniu sehingga ke usia 82 tahun. Saya menyeru agar Tuanku merealisasikan kesyukuran atas nikmat ini dengan mengembalikan hak rakyat serta memohon pengampunan daripada Allah SWT.

6. Saya menyatakan dengan jelas, jika Tuanku perkenan membubarkan DUN, rakyat akan turut bersyukur dan berterima kasih tidak terhingga kepada Tuanku dan rakyat akan menjulang institusi istana sepenuh jiwa dan raga.

7. Sebaliknya saya menyatakan bahawa jika hak rakyat ini tidak diberi (dengan tidak membubarkan DUN) maka dikhuatiri rakyat akan menghina dan hilang hormat kepada institusi DiRaja dan Tuanku sendiri.

8. Saya zahirkan kepada DYMM Tuanku, dimanakah maruah kerajaan Umno-BN yang mengambil 3 ADUN Pakatan Rakyat (Jamaludin, Osman dan Hee) sebagai penyokong mereka sedangkan dua daripada mereka telah dituduh oleh pimpinan Umno sendiri, sebagai mengambil rasuah untuk menerima habuan serta sedekah seks.

Kedua-dua mereka akan menghadapi perbicaraan mahkamah seksyen Ipoh pada 10 Februari 2009. Saya juga memaklumkan kepada DYMM Sultan, seandainya pertuduhan ke atas mereka disabitkan oleh mahkamah sebagai bersalah, maka apa yang akan terjadi kepada kerajaan itu kelak.

Dan jika pertuduhan itu digugurkan oleh mahkamah, sudah tentu rakyat jelata akan melihat ianya sebagai campurtangan istana dan ini akan mencemarkan imej serta kedaulatan istana.

9. Saya memaklumkan bahawa jika dibubarkan Dun Perak, seluruh institusi di Malaysia pasti akan memberi penghormatan tertinggi dimata rakyat jelata, bahkan masyarakat dalam dan luar negeri akan turun menghormati DYMM Tuanku.

Kekebalan dan kekuasaan DiRaja telah lama dirobek dan cuba dihapuskan oleh Umno sewaktu dibawah pemerintahan Dr. Mahathir. Semua institusi kesultanan di Malaysia akan mendapat imej yang baik dek keputusan bijak dan arif oleh Tuanku.

10. Saya nyatakan secara verbatim, kata-kata DYMM dalam sebuah buku yang Tuanku hadiahkan kepada saya sewaktu mula menjawat jawatan MB pada bulan Mac 2008 dahulu. Buku itu berjudul “Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance”.

Saya bacakan kepada Tuanku petikan ucapan Tuanku sendiri seperti yang terkandung didalam buku itu, yang berbunyi, “under normal circumstances, it is taken for granted that the Yang Di Pertuan Agong would not withhold his consent to a request for the dissolution of Parliament. His role is purely formal.”

11. Selepas saya bacakan ayat tersebut sepatah demi sepatah, maka dengan penuh takzim dan lembut ungkapan, saya merayu agar tuanku berpegang dan mengotakan kata-kata Tuanku tersebut.

Bahkan saya nyatakan bahawa buku tersebut dan kata-kata Tuanku didalamnya, adalah menjadi rujukan penghakiman semua Negara Commonwealth sebagai suatu peradaban undang-undang yang luhur.

12. Saya mengingatkan kepada DYMM tuanku bahawa banyak Negara seperti Singapura, Filipina, Mesir dan Iran yang dahulunya ada institusi DiRaja, namun apabila keputusan istana berpihak kepada mana-mana kumpulan dan mengenepikan hasrat serta hak rakyat, maka kini institusi di Raja dinegara-negara itu telah hilang.

13. Saya merayu dengan merujuk kepada ucapan sambutan Jubli Perak pada 3 Feb 2009, di Istana Iskandariah Kuala Kangsar dimana ucapan Tuanku, Ucapan Raja Muda dan juga ucapan saya, telah menitikberatkan soal keadilan, hak rakyat dan good governance. Ucapan-ucapan tersebut telah disiarkan secara langsung oleh TV Bernama.

14. Akhirnya, saya dengan penuh rendah diri, dengan nama Allah, memohon kepada DYMM tuanku agar dibubarkan Dewan Undangan Negeri Perak.

Sebaik saja habis saya menyebut perkara diatas, DYMM Tuanku telah mengangkat sedikit wajahnya dan melihat saya sambil bertitah” Saya tidak akan bubarkan DUN dan MB kena letak jawatan.”

Dengan spontan saya terus mengangkat sembah keampunan seraya berkata, “Ampun Tuanku, patik pohon sembah derhaka”.

DYMM Tuanku bangun meninggalkan majlis dan seperti biasa, saya bersalam dengan Tuanku dan beredar bersama Penasihat Undang-Undang Negeri.


Sumber: http://cenangau.blogspot.com

Wednesday, May 16, 2012

Otak ameno di ponggong ...

Ameno dan ponggong berpisah tiada .. Sejak 1998 isu ponggong sentiasa dibibio deme. Bermule dengan isu liwat ato main jubo Anwar-Azizan yang kemudiannye bersambung pulak dalam episod Anwar-Saiful .. nampak sangat udah takde mende lain yang ameno boleh pikiokan ... tapi itule ameno

Monday, May 14, 2012

Tekulat tekujat ameno kome oiii ...

Isk .. isk .. MB Nizar ni, usahle ngocah majelih ameno. 13 Mei pulak tu ...

Saturday, May 12, 2012

Anak Peghak, oghang Manong, asai Ulu Pioi, leghah Suak Petai

Datuk Othman Hashim, Duta Besar Malaysia di Amerika Syarikat .. tahniahle Yob