Thursday, July 22, 2010

Apa MSK kata tentang Bota & Belanja?

... Dari 12 kerusi selamat Umno, hanya 5 kerusi sahaja yang boleh dikira selamat kerana sokongan orang Melayu. Malah kalau ditolak Belanja dan Bota, hanya tinggal 3 kerusi yang di sokong oleh orang Melayu. Aku cuba menolak Bota dan Belanja kerana kemenangan atau kekalahan BN atau PR ditempat tersebut bukan kerana sentimen orang Melayu, tetapi kerana masalah kepimpinan. Tahun 99, PKR menang di Bota. Pas menang di Belanja dan Parlimen Parit. BA (pada masa tersebut) menang di Parit kerana masalah kepimpinan Umno.

Tahun 2004, BN menang balik disemua kawasan tersebut apabila masalah kepimpinan mereka diselesaikan, manakala BA menghadapi masalah apabila Pas dan PKR Parit asyik bercakaran. Tahun 2008, BN dapat mengekalkan kemenangan, walaupun berlaku tsunami diseluruh negara kerana PAS dan PKR masih menunjukkan siapa lebih handal. Selagi Pakatan Rakyat Parit tak boleh bekerjasama, mampuih pi la kat hangpa. Ooopss! melalut pulak aku... - MSK

Sumber : http://ureka.asia/

Tuesday, July 20, 2010

Ghupenye Malaysia udah ade piem wanita ...

Lawatan PM Malaysia, YAB Rosmah ke Sabah dengan diiringi oleh suami ...

Sunday, July 18, 2010

Pulau Tiga ke Sayong ...

Udah bebulan teman tak mengisahkan hei2 politik di Perak khususnye politik di sepanjang Sungei Peghak, khususnye dari Pulau Tiga di Kg. Gajah membawak ke Sayong di kuale. Semasa Sultan Peghak yang pertama iaitu Sultan Muzaffar Shah putera Sultan Mahmud Shah datang ke Peghak, baginda hanya dibenarkan oleh Tok Temong dan Tun Saaban memerintah di sebelah kanan sungei je. Maklumle bagindapun agaknye tak berapa tahu lagi tentang selok belok Peghak. Lagipun baginda datang kerana dijemput oleh kedua2 mendeleka ini.

Turut bersama baginda ialah dua orang tukang. Sorang tukang ditinggeikan di Pulau Tiga dan sorang lagi di Sayong. Sebab itule istana dan makam sultan2 Peghak terletak antara Pulau Tiga dan Sayong. Sebelum Sultan Peghak bersemayam di Istana Iskandariah yang didirikan di Bukit Chandan, semua istana dan makam terdahulu adalah terletak di sebelah kanan Sungei Peghak.

Tukang diraja yang dibawak oleh Sultan Muzaffar memang mahir dalam serba serbi. Mahir buat rumah, mahir buat kuih, mahir buat labu juge mahir dalam adat istiadat khususnye hei2 yang bersangkut paut dengan majlis perkawinan. Sebab itule guh dedulu ada disebut, “kalo nak makan sedap dan nak tido lena, mohle jadi oghang Peghak”. Tapi kalo nak merebaih, Peghak bukanle tempat yang terbaik untuk dijadikan contoh. Dalam base Peghak mahir tu disebut peko. Kepekoan deme inile yang masih menjadi warisan budaya kebanggaan rakyat Peghak antara Pulau Tiga dan Sayong.

Turut dibawak oleh Sultan Muzaffar ialah biji2 deghoyan Sumatera. Biji deghoyan ini dijadikan buah tangan dan diberikan kepada penduduk kampung di sepanjang tebing sungei. Oleh kerana pada masa itu hanya tebing sebelah kiri je yang didiami oleh orang Melayu, maka banyakle deghoyan ditanam di sebelah kiri sungei. Deme tanam deghoyan berselang seli dengan kekabu. Kenapa kekabu? Ce le kome pikiokan ..

Isk .. teman bukan nak ngisahkan hei2 camni. Ini hei sejarah yang boleh dibace di muzium. Sebenornye teman nak ngisahkan bahawa ameno masih berkubu kuat di antara Pulau Tiga dan Sayong. Walaupun ameno pernah kalah di Parit, tapi kekalahannye hanya setiap 30 tahun sekali. Kalah tahun 1969 dan kalah tahun 1999. Maknanye ameno Parit hanye boleh kalah pada tahun 2029. Lambat lagi wehhh ...

Apa yang teman tengok dan dengo hari ini, bolehle teman simpuikan bahawa gerak koje PR di Parit tak macam cara koje BA tahun 1999. Deme hari ini hanye beharap agar kengkawan PR di tempat lain menang beso dan boleh kembali memerintah Peghak. Biorle Parit kalah aseikan tempat lain menang. Dapat juge numpang tui.

Untuk makluman pimpinan ataih PR sama ade di peringkat negeri atau pusat, PR yang diwakili oleh PAS dan PKR memang lemah dan amat lemah di Parit. Ameno Parit tak sekuat mana, tapi PR tak bijak ambik kesempatan. Pengaruh PKR merudum apabila ketuanya Usaili dikaitkan oleh kengkawan sendiri sebagai punca keruntuhan kerajaan PR Perak. PAS tidak ghairah menubuhkan PR Parit walaupun Usaili cuba mengusahakannye. Ditambah lagi dengan tindakan bekas ketua AMKnye, Faizal Effendi berdamping dengan ameno melalui Ezam.

Dari pekhabaran yang ntah betui ntah idak, YDP PAS Parit gagal mengawal anak buahnye. PAS mahu bertanding di Bota dan bersedia menyerahkan Belanja kepada PKR jikalau PKR ada calon yang sesuai. Surat mohon bertanding di Bota telah dihantar kepada negeri dan pusat tanpa melalui YDPnye. PAS Parit cukup lemah ... dan kelemahan PAS ini dialihkan oleh PAS kepada PKR.

Namun dalam diam2 telah terdapat usaha menubuhkan PR peringkat DUN Belanja oleh mereka yang takde jawatan dalam PAS atau PKR. Mereka mahu PR menang semula di Parit. Takkan nak tunggu tahun 2029 ... tapi PAS Parit tetap buat nohin je ... ntahle!

Thursday, July 15, 2010

Mastura ooo Mastura ....

Nangka madu mastura di kebun Ayah Yeop. Dapatkan maklumat lanjut dengan melayari blognya
http://belabunsesamekite.blogspot.com/


Sunday, July 11, 2010

Ekstrak tongkat ali ada dalam leletup ...

ayah yeop said...

Mase teman kekecik dulupun macam mike juga. Sat nike bende nak di kutit nak di makan. Alhamdulillah, setakat yang teman tau, dia tak mendatangkan bahaya. Ekstraktan macam alkaloid, flavonoid tu memang selalu kita guna. Dalam kunyitpun banyak. Antara fungsi dia termasuk le untuk pengawitan. Pase tu orang tua-tua kita dulu dema nyimpan ikan supaya tahan lama dema gaui dengan kunyit.

Lagi satu, untuk pengatahuan je le, dalam tongkat ali ada juga mengandungi alkaloid dengan flavonoid ni. Teman tak tau le buah leletup ni boleh ngantikan tongkat ali ke. Tongkat alipun teman tak ponah guna lagi ...

Tengah hari tadi teman ke Taayah jenguk anak2. Banyaknye buah leletup menjalo ataih pagor sebelah sekolah tu . Tapi muda2 lagi .. kecut pulak tu. Maklumle leletup bandaraye, bukannye leletup kampung. Ditambah pulak dengan hari yang hangat pijo.

Mungkin lepaih ni buah leletup akan popular kerana khasiatnye dikatakan macam tongkat ali. Tapi kome kena rujuk Ayah Yeop dulu ...

Friday, July 9, 2010

Buah leletup ... ulasan ilmiah Ayah Yeop

ayah yeop said...

Buah leletup ni (nama saintifik, Passiflora foetida) adalah kerabat rapat dengan buah susu atau buah markisa (nama saintifik: Passiflora edulis). Kalau tengokkan bunganya persis serupa. Cuma bau/aroma dari pokok leletup ni lebih keras.

Struktur isi dalam buah juga serupa, cuma warnanya je yang berbeza. Buah leletup warna putih, manakala markisa warna oren.

Buah leletup ni ada macam jerami di luo buahnya. Warna hijau. Itu sebenonya modifikasi dari sepal bunganya.

Dia ada fungsi. Setiap kejadian Allah tu mesti ada guna. Struktur yang nampak berserabut macam sabut tu, boleh menangkap serangga yang hinggap pada dia. Dia akan merembeskan sejenis enzin dan serangga tersebut akan terlekat pada enzim tu. Seterusnya enzim akan menghazam seranga tersebut hingga terurai semuanya, dan membekalkan nutrien pada pokok. (Serupa le dengan sampah sarap yang dah reput tu, kan jadi baja?)

Konsepnya serupa dengan pokok periok kera. Serangga akan jatuk dalam sturktur yang seperti kelongsong pada hujung daun pokok periok kera tu. Serangga yang jatuh kedalam 'periok ' tu akan di hazam untuk membekalkan nutrien pada pokok.

Kajian makmal menunjukkan pokok leletup ni boleh di ekstrek alkaloid dan sekurang-kurangnya 10 jenis flavonoid, yang boleh digunakan sebagai insectisid.

Banyak lagi nak cerita niiii, tapi cukup le... Mengkome ni entah minat entah tidak ape yg teman cerita ni...

Sunday, July 4, 2010

Keputusan separuh akhir, tempat ketiga & akhir

Akhir

64. Belanda 0, Sepanyol 1

Tempat Ketiga

63. Uruguay 2, Jerman 3

Separuh Akhir

61. Belanda 3, Uruguay 2
62. Jerman 0, Sepanyol 1


Semua pasukan pilihan teman udah kalah ... huaaaaaa...

Saturday, July 3, 2010

Bola Argentina ...

Patutle kalah .. bola jenih lain deme main ...

Thursday, July 1, 2010