Sunday, July 18, 2010

Pulau Tiga ke Sayong ...

Udah bebulan teman tak mengisahkan hei2 politik di Perak khususnye politik di sepanjang Sungei Peghak, khususnye dari Pulau Tiga di Kg. Gajah membawak ke Sayong di kuale. Semasa Sultan Peghak yang pertama iaitu Sultan Muzaffar Shah putera Sultan Mahmud Shah datang ke Peghak, baginda hanya dibenarkan oleh Tok Temong dan Tun Saaban memerintah di sebelah kanan sungei je. Maklumle bagindapun agaknye tak berapa tahu lagi tentang selok belok Peghak. Lagipun baginda datang kerana dijemput oleh kedua2 mendeleka ini.

Turut bersama baginda ialah dua orang tukang. Sorang tukang ditinggeikan di Pulau Tiga dan sorang lagi di Sayong. Sebab itule istana dan makam sultan2 Peghak terletak antara Pulau Tiga dan Sayong. Sebelum Sultan Peghak bersemayam di Istana Iskandariah yang didirikan di Bukit Chandan, semua istana dan makam terdahulu adalah terletak di sebelah kanan Sungei Peghak.

Tukang diraja yang dibawak oleh Sultan Muzaffar memang mahir dalam serba serbi. Mahir buat rumah, mahir buat kuih, mahir buat labu juge mahir dalam adat istiadat khususnye hei2 yang bersangkut paut dengan majlis perkawinan. Sebab itule guh dedulu ada disebut, “kalo nak makan sedap dan nak tido lena, mohle jadi oghang Peghak”. Tapi kalo nak merebaih, Peghak bukanle tempat yang terbaik untuk dijadikan contoh. Dalam base Peghak mahir tu disebut peko. Kepekoan deme inile yang masih menjadi warisan budaya kebanggaan rakyat Peghak antara Pulau Tiga dan Sayong.

Turut dibawak oleh Sultan Muzaffar ialah biji2 deghoyan Sumatera. Biji deghoyan ini dijadikan buah tangan dan diberikan kepada penduduk kampung di sepanjang tebing sungei. Oleh kerana pada masa itu hanya tebing sebelah kiri je yang didiami oleh orang Melayu, maka banyakle deghoyan ditanam di sebelah kiri sungei. Deme tanam deghoyan berselang seli dengan kekabu. Kenapa kekabu? Ce le kome pikiokan ..

Isk .. teman bukan nak ngisahkan hei2 camni. Ini hei sejarah yang boleh dibace di muzium. Sebenornye teman nak ngisahkan bahawa ameno masih berkubu kuat di antara Pulau Tiga dan Sayong. Walaupun ameno pernah kalah di Parit, tapi kekalahannye hanya setiap 30 tahun sekali. Kalah tahun 1969 dan kalah tahun 1999. Maknanye ameno Parit hanye boleh kalah pada tahun 2029. Lambat lagi wehhh ...

Apa yang teman tengok dan dengo hari ini, bolehle teman simpuikan bahawa gerak koje PR di Parit tak macam cara koje BA tahun 1999. Deme hari ini hanye beharap agar kengkawan PR di tempat lain menang beso dan boleh kembali memerintah Peghak. Biorle Parit kalah aseikan tempat lain menang. Dapat juge numpang tui.

Untuk makluman pimpinan ataih PR sama ade di peringkat negeri atau pusat, PR yang diwakili oleh PAS dan PKR memang lemah dan amat lemah di Parit. Ameno Parit tak sekuat mana, tapi PR tak bijak ambik kesempatan. Pengaruh PKR merudum apabila ketuanya Usaili dikaitkan oleh kengkawan sendiri sebagai punca keruntuhan kerajaan PR Perak. PAS tidak ghairah menubuhkan PR Parit walaupun Usaili cuba mengusahakannye. Ditambah lagi dengan tindakan bekas ketua AMKnye, Faizal Effendi berdamping dengan ameno melalui Ezam.

Dari pekhabaran yang ntah betui ntah idak, YDP PAS Parit gagal mengawal anak buahnye. PAS mahu bertanding di Bota dan bersedia menyerahkan Belanja kepada PKR jikalau PKR ada calon yang sesuai. Surat mohon bertanding di Bota telah dihantar kepada negeri dan pusat tanpa melalui YDPnye. PAS Parit cukup lemah ... dan kelemahan PAS ini dialihkan oleh PAS kepada PKR.

Namun dalam diam2 telah terdapat usaha menubuhkan PR peringkat DUN Belanja oleh mereka yang takde jawatan dalam PAS atau PKR. Mereka mahu PR menang semula di Parit. Takkan nak tunggu tahun 2029 ... tapi PAS Parit tetap buat nohin je ... ntahle!

No comments:

Post a Comment