Thursday, January 29, 2009

Dua Exco PKR Perak .. sesenpun tak laku

Pada pagi Selasa 27/1/09 teman dijemput oleh MSK menghadiri satu mesyuarat/perjumpaan di KK. Teman diminta menerajui CERIA. Hilang seketika ceria teman dengan CERIA. Tetapi dalam hati, teman cuba gagahkan juga untuk merealisasikan CERIA. Dalam pada itu juga teman diminta membantu menjayakan Majlis Jamuan Khas Negeri yang melibatkan institusi istana. Nak mengelak, mereka kata kami akan bantu. Teman memang tidak yakin teman boleh jayakan misi ini kerana waktu kerja teman ialah pada waktu opis telah tutup iaitu selepas asar hingga sebelum subuh.

Teman terpaksa tinggalkan mesyuarat yang belum selesai kerana pukul tiga hingga asar teman mesti berada di rutin harian teman. Dari KK ke Parit kemudian ke Bota. Tengah malam sampai ke rumah. Itu perkara biasa. Alhamdulillah. Lebih 10 tahun teman berkeadaan begini.

Sebelum pulang ke rumah pada tengah malam itu, teman dimaklumkan bahawa dua exco PKR tidak dapat dihubungi sejak YB Nasarudin mengumumkan masuk PKR. Macam-macam difikirkan kenapa mereka jadi begini. Ini bukan pertama kali, tetapi banyak kali. Pegang jer jawatan exco, tetapi belum ada satu program yang dibentangkan kepada negeri walaupun telah makan gaji exco hampir setahun. Dengar cerita YB Jamal beli Mercedes .. tak mainler Camry.

YB Jamal. Mike kenal teman, teman kenal mike. Kita telah dipertemukan sejak tertubuhnya PKR di Perak. Mike dulu posmen kemudian jadi sales man jual barangan makmal di sekolah. Kemudian mike dapat kontrak kantin sekolah. Kita juga pernah sama-sama tengak bola di Stadium Perak. Rugi teman tengak bola dengan mike. Mike lehe berlabun jer. Sedor-sedor udah gol. Mike citer pasai parti, mike citer apa yang DSAI citer pada mike. Mike kata DSAI kata Selangor dan Pulau Pinang dapat kat BA. Perak 50-50. Terengganu payah nak dapat. Kalo mike baca apa yang teman tulih, mike akan ingat teman. Itupun kalo ingatan mike kuat.

YB Jamal. Mike pernah dilantik sebagai Pengurus Bola Perak. Tetapi mike letak jawatan dua tiga hari kemudian kerana nak menumpu pada tugas Exco Pertanian. Frust teman tak merasa tiket free tengak bola. Sebelum ini masa Dato’ Zaim jadi Timbalan PFA, dapat juga teman merasa beberapa kali tiket free RM0.00. Elok bebenor ler niat mike nak tumpu pada pertanian.

Tapi hingga ke hari ni apahpun tak mandang. Kalo mike bijak pandai, tentu mike tahu bahawa melalui aktiviti pertanian, masyarakat kampung dapat didekatkan dengan PR Perak. Melalui pertanian juga masyarakat kampung dapat dijauhkan daripada UMNO. Dan sekarang mike lagi power sebab udah jadi Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Perak. Mike udah dapat dos tambahan bagi menjayakan misi pertanian mike. Takde sape lagi boleh ngocah. Tut-tut dua tiga hari ni YB Jamal dan sorang lagi sahabatnya tidak dapat dihubungi sebab berada jauh dalam hutan. Takde line. Mungkin tengah meninjau hutan mana yang boleh dijadikan kawasan pertanian dan pelancongan bertaraf dunia.

Pagi tadi 28/1/09 gelisah teman hilang. Hilang gelisah kerana YB Nasarudin telah dibawa berjumpa Menteri Besar. Semua exco ada kecuali yang dua itu. Pedulikan dua exco itu. Sekarang mereka udah tak laku. UMNOpun udah tak sior pada deme. Kalo dulu memang deme tu bernilai berjuta-juta. Tapi hari ni deme berdua tu sesenpun tak laku pada UMNO. Sebab kalo deme dua orang masuk UMNOpun, UMNO masih tak boleh merintah. Lebih perit lagi kalo Lintang ikut jejak Bota. Dua exco itu lantakler nak pegi mana. Bior deme makan gaji buta yang tak dihalalkan oleh rakyat. Kalo deme buat keje, baru halal.

Dalam lega, sedih juga. Dalam pertemuan YB Nasarudin dengan MB tadi, Hj. Usaili tidak dijemput atau dimaklumkan walaupun beliau ketika itu sedang berada di Ipoh. PKR negeri seolah-olah meminggirkan beliau. Beliau yang terlibat secara langsung melorongkan laluan lawannya ke dalam PKR dipandang sepi oleh pimpinan PKR negeri. Jawatannya sebagai ahli MPT dan Ketua Bahagian Parit telah tidak dihormati. Beliau terkilan. Katanya, “Saya hanya ingatkan DSAI sahaja. Kalau bukan DSAI, saya mungkin telah hilang semangat. Tapi Alhamdulillah, Allah kuatkan semangat saya”.

Udah panjang berjela …

Wednesday, January 28, 2009

Tambah dua atau hilang dua?

Teman nak mengholoh dulu ...

Tuesday, January 27, 2009

Ceramah Perdana Khas Meraikan YB Dato' Nasarudin Hashim

Ceramah Perdana Khas

Penceramah
1. Dato' Seri Anwar b. Ibrahim - AP Permatang Pauh
2. Dato' Seri Ir. Mohd Nizar b. Jamaluddin - MB Perak
3. Dato' Nasarudin b. Hashim - ADUN Bota
4. Tuan Hj. Usaili b. Alias - Penyelia DUN Bota

Tarikh : 30 Januari 2009 (Jumaat)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Stadium Bakri Rais, Bota Kanan, Perak.

Semua dijemput hadir.

http://pkmdunbota.blogspot.com/

Monday, January 26, 2009

Datangler ke Senggang 9

Terbitan awal di http://perakexpress.com/

Oleh: Mamamat

Datangler ke Senggang

Siri 9, Senggang yang CERIA

Tengah keme berlabun di Dango Tumpang yang ngadap ke Sungai Peghak ni, nampakler Ncik Doan dan omputih menuju ke arah keme. Baju dan pentelon deme abih selemuih dengan lumpur. Mase iniler baru MSK kelihatan lebih segak dengan baju perak nampak ketiaknye. Ngape comot bebenor deme ni Ncik Doan? Mule-mule deme ngempuk padi. Agaknye udah miang, teruih jer terojun bendang. Abihler selemuih dengan lumpur. Lepaih itu deme ngago ikan. Seghonok deme dapat nangkap ikan pilai. Ghupenye dalam daun keladi yang deme pegang tu ikan pilai ler. Teman ingat punjut tapai tadi. Abih, ade ker botoi nak nyimpan ikan pilai tu. Ade. Kat rumah teman ade dua tiga botoi sos cabei yang kosong. Karang teman ambikler. Sementare tu deme bubuhler dalam cebok ker dalam baldi ker. Beria-ia benor Ncik Doan melayan omputih ni.

Ncik Doan, esok pagi nak ker lagi ke bendang empat ghase? Mawak oghang Jepun. Telok Bakong bayor kesh. Tak masuk dalam pakej kite. Omputih tu bile balik? Omputih tu balik belah petang. Ate mike nak ngikut deme balik ker? Idakler, tapi nak juge ngantor dan lambai deme balik. Teman nampak Ncik Doan angguk setuju nak mawak TBO dan oghang Jepun ke bendang esok.

Teman, MSK dan TBO ke tebing nengak omputih kayo ke sungai. Pagi tadi deme kayo bergilio-gilio, tapi oleh kerane haghipun dah nak senje, deme semue kayo di Pelantar Comot. Dalam peraturan mandi di sungai, yang ade di sungai mesti naik ke tebing sebelum azan maghrib abih dilaungkan daghi masjid. Kalo mase tu blackout, tunggu sampe gelap ler baghu naik. Nckik Doan mandi same. Tapi belah elo, stenbai. Keme peghati daghi ataih kut-kut nampak boye ker. Tapi mate keme duk tumpu pade minah saleh yang mandi tu. Minah saleh mandi pakai kemban kain batik. Dalam redup-redup gelap, masih nampak putih melepaknye deme. Tapi kalo dekat baghu nampak gherutunye kulit deme. Mule-mule tu elok jer mandi gune cebok dari ataih pelanto. Lepaih tu turun pelan-pelan dalam ayor dengan tangan paut pada pelantor. Apalagi nampakler kain kembannye terapung ataih ayor. Seghonoknye ikan dalam ayor. Kaloler teman nyelam di situ, mesti nampak ape-ape yang patut ditengak… isk. Agaknye kalo keme takde, mesti Ncik Doan nyelam kat situ. Sebab ituler dalam bab-bab ni bini tak boleh ade same. Kalo bini teman ada mesti dia cakap macam ni kat teman. Getik benor teman nengak kelaku mike ni. Ngelenyor!

Malam ini, keme lewat ke masjid. Tak sempat ngikut jemaah maghrib yang mule-mule. Maghrib di dango jer ler. TBO jadi imam. Dekat pukui lapan malam, baghu keme ke masjid. Malam ni ade kuliah khas. Kuliah agama maal hijrah yang disampaikan oleh Ustaz Pak Karamu. Daghi jauh udah kedengaran suara Pak Karamu berceramah pasai hijrah nabi ke Yathrib. Udah sampai ke Yathrib, baru tukor nama jadi Madinah. Nabi berjaya membentuk masyarakat arab yang baru iaitu arab madana atau madani yang membawa maksud bahawa pembinaan tamadun manusia adalah secara lahiriah dan rohaniah. Untuk mencapainye manusia mesti bersatu padu dahulu tanpa mengira kaum atau agama melalui satu perlembagaan iaitu Sahifah Madinah. Sebab ituler ade Arab Ansar dan Arab Muhajirin di samping ada Arab Yahudi.

Tengah sedap nyandor di dinding luor masjid, sebab nak masuk dalam ghamei oghang, teman terpikio tentang negara teman. Dulu masa Anwar jadi timbalan piem, beliau memperkenalkan konsep masyarakat madani. Sekarang bila Pak Lah jadi piem, ade Islam Hadhari pulak. Ilmu teman tak tinggi mane, takat sekolah atap jer. Tapi teman terpikio perkataan hadhari ni merujuk kepada pembahagian masyarakat arab zaman jahiliah iaitu Arab Badwi dan Arab Hadhari. Badwi berpindah randah caghi kawasan berayor dan subur, manakala hadhari menetap di satu tempat payah nak pindah. Tapi kedua-duanye tetap mengamalkan cara hidup jahiliah walaupun hadhari lebih maju daghi sudut lahiriah. Maknenye sebelum Malaysia ada Islam Hadhari, kite ni jahiliah ler ...isk ! Masyarakat madana atau madani pula dibentuk oleh nabi apabila agama Islam dan negara Islam telah ade. Cukup,cukup, tak berani teman nak nyambung lagi. Ghiso teman karang ade SB yang datang ngekor .

Malam ini malam kedua guest omputih tu bercuti di Kampung Senggang. Malam akhir. Petang esok deme akan meneruihkan lagi percutian mereka ke Pulau Pinang. Berehat dan bercuti di tepi laut pulak. Dengor khabor mereka dah booking homestay di belah Balik Pulau pantai tsunami Pasir Panjang. Di malam akhir ini, Chef Alfaberlian telah menyediakan menu makan malam yang pelbagai. Makan malam ini adalah berdasarkan ape yang telah omputih ni tengak siang tadi. Ade panggang kambing jannapari. Kambing jannapari jantan lak tu. Sape makan mesti nak malam ni. Tapi bini teman jauh, tak berani teman makan banyak. Karang ngelupur pulak. Banyaknye MSK melantak panggang kambing ni. Tang ekor pulak tu. Tak beraniler teman tidor dekat MSK malam ni.

Selain kambing panggang, ade rendang ayam hutan, gulei lemak pucuk sutera campur bocat, ulam pucuk sutera dan ulam paku merawan dicicah dengan sambei nyor dan sambei tempoyak serta minuman teh sutera panaih di samping ayor suam. Malam ni tak boleh minum ais, nanti takde power. Ghiso teman kut runtuh pulak teratak-teratak guest tu. Guest jepun yang TBO bawak tupun semacam jer menampe panggang kambing. Tolongler jangan perabih, keme oghang kampungpun nak juge ghase sikit. Terdengor rintihan di sebalik dewan rakit ni. Secara rasminye hanya keme yang lebih kurang 20 oghang ni jer yang boleh menampe kambing panggang ni. Keme udah bayor pade tuan kambing ni. Kalo ade rezeki kome, kome dapatler. Tapi teman tak gerenti.

Seperti semalam, nyambei makan ade persembahan kebudayaan yang diselang seli dengan nyanyian melayu asli oleh oghang-oghang kampung. Persembahan utama malam ini ialah sewang daripada oghang asli suku Temiar yang didatangkan khas daripada Pos Kuala Mu. Kedatangan mereka diuruskan oleh KOTEP. Keme udah bayor. Keme tak perlu pikio tentang makan tido deme.

Tatak, madoh madoh. Udah deme ngajak teman sewang pulak. Siap tarik tangan lagi. Nak tak nak, nak ler. Dah lame tak sewang. Sewang dengan babuk pulak tu. Malu juge bile MSK, Pengasas dan TBO tengak. Nasib baikler Pak Karamu udah balik. Sewang pusing-pusing lawan jam, kekadang babuk di depan, kekadang babuk di belakang. Tapi keme tak sentuh. Sewang ini khas untuk oghang asli dan guest jer. Oghang kampung takat tengak jer. Bukan per, kalo ghamei sangat payah nak ngaweinyer. Lagipun bukan semua oghang kampung datang tengak. Yang ghamei tu oghang kampung luor. Ini kerane semue ghumah di kampung ni boleh tengak secara live melalui skrin komputer deme. Macam mane nak bagi jadi live ni, kene tanye pade Mat Comot. Pukui 11 malam semua aktiviti stop kecuali aktiviti sdn. bhd. jer.

Tatak bila nak datang Kuala Mu. Teman tak berani janjiler tatak. Tatak datangler lagi. Gambo tatak dengan kawan-kawan tatak ade tok batin simpan. Simpan? Mane dapat? Tatak rayak kuale ler yang bagi. Tatak rayak kuale tu merujuk kepade Pegawai JHEOA Kuale. Teman teringat soghang kawan teman, pompuan meraung dekat dua minggu kena rasuk bile keluor dari Kuala Mu. Menurut bomoh yang merawatnye, dia kena jembalang tanah yang ngikut dia balik dari Kuala Mu. Terpakse ler teman balik kuale berceghite pade pegawai JHEOA tentang kes kena rasuk ni. Pegawai tu suruh teman balik. Esok dia masuk Kuala Mu dan semuenye akan selesai. Dua hari lepaih tu takde lagi meracau atau meraung. Teman peghonah tanye pegawai tu macam mane dia buat. Senang jer, jumpa tok batin bawak quran, bukak jer dia udah takut. Anak buah dia yang muje tu disuruh manggil balik jembalang tanah. Kalo idak dia akan direndam dalam Sungai Kuala Mu saghi suntuk. Sejuk weh. Kecut segalenye. Teman peghonah berendam dalam sungai tu lepaih subuh. Macam ais. Tapi sebab nak tunjuk hebat, buat degei jer. Lepaih tu demam dua tiga haghi. Oghang aslipun tak berani berendam waktu camtu. Tengah hari baru deme mandi berendam.

Setahun lepaih tu bila teman pegi ke RPS Kemar di Gerik, teman pesan jangan bagi gambo pada oghang asli. Punce kawan teman tu kene sebab die selalu bersewang dengan jejake asli hingge pagi. Ghupenyer die geram sebab tak dapat buat projek dengan kawan teman ni. Anak dare dan anak jantan oghang asli akan mencari keserasian semase bersewang. Lepaih tu deme masuk hutan buat projek. Lepaih tu deme bina ghumah daripada pokok-pokok kayu yang ditebang. Tok batin bile nengak anak-anak buahnye pakat bina ghumah sama-sama, akan mengesahkan yang mereke ni udah kawin. Senangnyer kawin oghang Temiar ni. Tapi kalo ade di kalangan adik beradik bini yang pompuan yang tak boleh berenggang hidup, semuenye berlakikan yang ituler. Teman peghonah bertanye Tok Batin Ngah bile nengak dalam ghumah yang takde bilik tapi ade ghamei pompuan hampir same irasnye. Semuenye bini tok batin. Tok, kalo tok nak buat projek , buat kat mane? Dalam hutanler …

Nasib baik mase teman nak balik baghu tok batin offer anak pompuannye. Kalo tatak lame lagi sini, tatak boleh bawak anak sheme masuk utan.

Ntahler tatak, teman sibuk dengan CERIA. Kalo teman ade mase nanti, teman datangler ke Kuala Mu. Sampaikan salam teman pade semua oghang Kuala Mu.

Sunday, January 25, 2009

Rakan se Bota berjiran kampung

Hari ini 25 Januari 2009, YB Dato' Nasarudin Hashim, ADUN Bota telah mengumumkan menyertai PKR. Beliau telah mengotakan janjinya yang akan menyertai parti rakannya Usaili iaitu PKR dihadapan penyokongnya sebagai prasyarat jikalau tewas dalam perebutan Ketua UMNO Bahagian Parit. Janji itu cuba dipenuhi secepat mungkin dalam pertemuan bersama DSAI awal Disember lalu. Tujuannya adalah untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat Perak. Pada waktu yang sama juga mahu menghancurkan impian UMNO untuk memujuk atau memerangkap dua ADUN PR Perak menyertai UMNO. Difahamkan ada beberapa lagi ADUN UMNO Perak turut serta dalam pertemuan tersebut.

Sebaik sahaja BN kalah di Perak, UMNO telah mewujudkan dua kumpulan untuk memujuk mana-mana dua ADUN PR menyertai UMNO. Satu kumpulan diketuai oleh bekas Menteri Besar Perak bersama bekas Exco Sukan. Jikalau kumpulan ini berjaya, bekas Exco Sukan akan dilantik sebagai MB. Satu kumpulan lagi diketuai oleh YB Dato' Nasarudin Hashim, bekas Pengerusi FELCRA yang juga dijanjikan jawatan MB jikalau dapat mempengaruhi dua ADUN PR menyertai UMNO. Usaha mereka telah bermula sebelum tengah malam 8 Mac 2008, iaitu pada hari PRU 12. Menariknya kedua-dua kumpulan ini menjadikan Hj. Usaili Alias bekas ADUN Bota sebagai jambatan untuk memenuhi cicita politik mereka. Lebih menarik lagi apabila kedua-dua calon MB UMNO ini datang daripada parlimen yang sama iaitu Parlimen Parit.

Rasuah wang berjuta digunakan oleh kedua-dua kumpulan ini supaya Usaili memujuk mana-mana dua ADUN PKR menyertai UMNO. Hanya jaminan dibibir tanpa kelibat wang. Tetapi Usaili terus bertegas dan berhemah menolak permintaan mereka. Ingat Allah, ingat rakyat. Akhirnya YB Dato' Nasarudin Hashim tidak lagi meneruskan niatnya merampas Perak daripada PR. Bahkan beliau dan rakan-rakannya dapat diyakinkan akan ketelusan serta kejujuran pentadbiran dan pengurusan negeri Perak dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat. Namun sebelum beliau membuat keputusan menyertai PR, beliau mahu mencuba nasib bersama UMNO dahulu. Mencuba nasib merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Parit. Beliau masih menaruh harapan untuk membela nasib rakyat melalui UMNO.

Kumpulan satu lagi masih berusaha memujuk dua ADUN PKR menyertai UMNO. Mereka tidak berputus asa. Cara pujuk dan sogok ternyata tidak berkesan. Masa semakin singkat. Usaili tetap dengan ungkapannya ingat Allah, ingat rakyat. Mereka terus berusaha dan berusaha. Pelbagai agensi kerajaan digunakan untuk memerangkap Usaili dan akhirnya Usaili terpedaya juga melalui lakonan watak Imran. Alhamdullah, Allah masih melindungi pimpinan dan kerajaan PR Perak. Begitu sukar untuk UMNO merapati dan mempengaruhi pimpinan PR Perak. Mereka cuba menyediakan 'sedekah seks' kepada pimpinan PKR Perak, tetapi umpan 'sedekah' ini mungkin hanya dicagut oleh anak seluang sahaja.

Dato' Nasarudin kecewa kerana beliau dipertaruhkan menentang sahabatnya Hj. Usaili Alias di DUN Bota. Beliau mahu terus kekal bertanding di Parlimen Parit. Tetapi beliau akur juga dengan kehendak negeri dan ketua bahagiannya yang mahu beliau bertanding di DUN Bota. UMNO merasakan bahawa Usaili cukup kuat dan bertenaga di DUN Bota. Hanya Dato' Nasarudin sahaja yang boleh membuatkan pengundi di DUN Bota berada dalam dilema nak undi siapa. Nasarudin atau Usaili. Kedua-dua tokoh ini begitu berkarisma di DUN Bota. Kedua-duanya boleh minum semeja bergurau senda usik mengusik. Pengundi begitu selesa dan mesra dengan mereka.

Hari ini Dato' Nasarudin Hashim secara rasmi telah berganding bahu bersama Hj. Usaili Alias membawa wadah perjuangan 'ingat Allah, ingat rakyat' di Perak khususnya di DUN Bota. Kesabaran Hj. Usaili menunggu pengumuman rasmi Dato' Nasarudin menyertai PKR telah menambahyakinkan kita bahawa benarlah janji Allah yang Allah tetap bersama orang-orang yang sabar.

ADUN Bota sertai PKR

[DIKEMAS KINI, 3.10 PETANG] PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota di Perak, Nasarudin Hashim menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini.

Ia diumumkan pada sidang media di Ibu Pejabat PKR dekat sini sebentar tadi.

Beliau merupakan ADUN pertama dari Barisan Nasional (BN) dan ADUN yang kedua menyertai PKR sejak 8 Mac lalu.

Pada November lalu, ADUN Bebas Ngemah, Gabriel Adit menyertai PKR.

Nasarudin ketika mengumumkan keputusannya itu berkata, beliau bertindak sedemikian setelah mempertimbangkan kepentingan rakyat khususnya penyokong dan pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bota.

Nasarudin, 58, berkata, beliau amat yakin dengan kepimpinan PKR yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini.

"Setelah mengambil pertimbangan terutamanya melihat perkembangan suasana politik khasnya melihat arah tuju sokongan rakyat selepas pilihan raya umum ke-12 Mac lalu serta keadaan yang wujud dalam parti dan kepimpinan Umno masa kini, saya dengan ini mengambil keputusan untuk keluar dari Umno dan seterusnya menyertai PKR iaitu salah satu parti dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Bagaimanapun beliau belum memaklumkan keputusan itu kepada Umno dan menulis surat dalam waktu terdekat.

Dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, Nasaruddin menewaskan calon PKR, Usaili Alias dengan majoriti 2,068 undi.

Nasarudin dari Umno memperoleh 6,556 undi.

Perak kini dietrajui Pakatan Rakyat dengan menguasai 31 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala Barisan Nasional (BN) pula 28 kerusi.


mstar

Wednesday, January 21, 2009

Lanjutan Citer Pak Hj. Nawi & Ciberboron ..

Ini sungutan benar, sungutan seorang ketua kampung di Daerah Perak Tengah. Beliau telah cuba bincangkan secara lisan dengan Penyelia DUN di simpang jalan. Tapi Penyelia DUN buat tak kisah. Penyelia DUN sering berjanji sila datang dan jumpa di pejabatnya, tetapi bila datang waktu pejabat, pejabat tutup. Tidak ada ketetapan jadual bertugas. Jikalau bukapun, diberitahu bahawa Penyelia DUN di Indonesia, di merata-rata, tidak ada dalam daerah. Dua minggu lagi baru balik.

Muncullah satu jawatan baru, jawatan Penyelia Ketua Kampung. Ketua Kampung mesti dengar cakap Penyelia Ketua Kampung. Penyelia Ketua Kampung ditugaskan oleh parti untuk menguruskan Ketua Kampung. Pening kepala Ketua Kampung, mana satu yang nak diturut. Bertambah pening apabila tidak ada pelarasan penyeliaan oleh Penyelia DUN, Penghulu atau Penyelia Ketua Kampung lantikan parti ini. Penyelia Ketua Kampung sering mengatakan bahawa ini arahan MB. Apabila dirujuk kepada Penyelia DUNnya, Penyelia DUN tidak tahu sebab jarang berada dalam negara. Apabila dirujuk kepada Penyelia DUN lain, "Saya tak tahu. Tiada pula MB cakap macam tu". Tanya Penghulu, lagilah dia tak tahu.

Pernah seorang Ketua Kampung meminta ditunjukkan watikah perlantikan sebagai Penyelia Ketua Kampung untuk membuktikan bahawa dia adalah wakil MB. Tergagap dia, tapi masih mampu menjawab. "Kalau ada watikah, negeri kena bagi elaun pada aku. Kome ni dilantik ketua kampung oleh parti. Aku pula diamanahkan oleh MB jaga kome".

Masalahnya ialah Ketua Kampung hanya dijadikan yes man, tidak boleh mendahului cakap Penyelia Ketua Kampung. Semua Ketua Kampung akan dibekalkan laptop ngan printer sorang satu. Ada ketua kampung tanya, beli ni guna duit mana. Guna duit peruntukan negeri lebih kurang RM3k bagi setiap JKKK. Ketua kampung tanya lagi, tak bolehker duit ini beli yang lain dulu. Buat sementara waktu ni anak-anak kami ada laptop, kami boleh tumpang guna. Lagipun bukan selalu nak guna. Nak bukakpun kami tak gheti.

Tak bolehker RM3k ni kita beli meja pingpong. Taruk dalam dewan atau bawah surau. Boleh jugaler bebudak muda kita main. Takdeler deme lepak tak tentu pasai. Kat dinding kita tampal dan gantung poster2 dakwah. Sambil main deme boleh baca. Bila masuk waktu, semua pakat sembahyang. Tak payah disuruh sebab kalo disuruh deme tak sior. Bila deme nengok kite sembahyang, insya Allah deme akan ikut jemaah sama.

Kalau ada peruntukan lebih, boleh beli mesin jahit atau dapur moden untuk golongan wanita. Deme boleh belajar menjahit dan memasak. Kalau semua udah pandai, bior jer deme menjahit dan memasak di dewan atau bawah surau. Ada jugaler aktiviti untuk oghang pompuan. Sekali sekala kita pasang kaset dakwah agama jer. Setengah jam jadiler. Sama ada deme nak dengor ker idak, lantak demeler. Janji deme seronok ke dewan.

"Oooo .. itu tak boleh. Itu cara UMNO. Kita kena bezakan kita dengan UMNO", kata Penyelia Ketua Kampung.

Oleh kerana ketua-ketua kampung di Daerah Perak Tengah ni sayang kepada kerajaan PR Perak, maka mereka mengambil inisiatif menubuhkan Persatuan Ketua-Ketua Kampung Parlimen Parit. Lantik jawatankuasa. Lantik pengerusi di kalangan mereka. Ketua-ketua kampung mahu bebas berbincang sesama mereka tentang tugas mereka sebagai ketua kampung. Mereka mahu bezakan tugas pentadbiran dengan tugas parti, sebab sebahagian besar ketua kampung adalah juga ketua cawangan PAS atau PKR. Dalam kampung, mereka adalah ketua kepada anak-anak buah tak kiraler anak buah parti kerajaan ker parti pembangkang. Tetapi Penyelia Ketua Kampung tetap berkata, "Jawatan aku lagi besar daripada Pengerusi Persatuan Ketua Kampung. Parti yang lantik kome jadi Ketua Kampung. Kena dengar cakap aku. Aku lebih tahu daripada kome. MB kalau nak buat apa-apa, dia akan SMS kat aku".

Ketua Kampung tu menambah, "Kalau macam iniler gayernye, baik tak payah lantik ketua kampung. Sepanjang 9 bulan aku jadi ketua kampung, tugas utama aku hanya bawak orang miskin pergi dewan, pergi pusat khidmat ambil hamper. Tak bolehker hamper bagi kat aku, bior aku yang bagi teruih pada yang miskin tu. Ini idak, ketua kampung jadi macam barua deme pula".

Cukup .. cukup.

Tuesday, January 20, 2009

Datangler ke Senggang 8

Terbitan awal di http://perakexpress.com/

Oleh: Mamamat

Datangler ke Senggang

Siri 8, KOTEP

Sementara nunggu Asar, teman merayap di kaki lime kedei-kedei di Pekan Senggang. Pekan ini idup dan maju dengan pelbagai aktiviti kekampungan. Dango Tengak-Tengak di sepanjang pago sekolah tadi adaler untuk promosi pelancongan yang dibukak pada haghi cuti.. Kedei-kedei ni pulak dibukak setiap haghi, menjuei pelbagai barangan same ade produk sendiri atau produk luor untuk kegunaan oghang kampung atau oghang luor. Tak payah deme muang duit minyak ke kuale. Bior yang berkedei tu yang nuang minyak pegi kuale untuk beli barang secara borong. Maju sungguh Pekan Senggang ni. Agaknya tahun-tahun awai 1900-an dulu, macam iniler ghupe Senggang.

Teman jalan lagi dan terbace, Temiar Super Shop. Kedeinye besor, tiga pintu. Betuiker ni? Teman mimpi per? Teman masuk. Teng .. teng .. Huh! berbunyi alarmnye. Sejuk ada aircond. Kedei menjuai dan mempamerkan produk masyarakat oghang asli khususnye daripada suku Temiar. Suku Temiar ni mendiami perkampungan oghang asli di Ulu Bekor, Ulu Bekut, Sg. Perah dan juga perkampungan di Lintang seperti di Piah, Legap, Kuala Mu dan Perlop. Kedei ini diusahakan sendiri oleh Koperasi Temiar Perak atau KOTEP. Nasib baik tak kotei. KOTEPler yang memungut, mengumpul, dan memasarkan produk masyarakat deme. Takde lagi oghang tengah. Dipahamkan modai terkumpui KOTEP dah hampir jutaaan RM. Selain itu KOTEP juge berperanan sebagai mentor kepada program-program motivasi, menunjuk ajar caghe-caghe memproses produk dan menjuainye di kedei ini. Temiar Super Shop dibahagikan kepada tiga iaitu ada bahagian juai herba dan tumbuhan hutan, ada bahagian juai kraftangan dan juga ada bahagian yang jadi warung . Kalo ade sesiape yang berhajat nak akor tongkat ali piau, datangler ke kedei ini. Menurut oghang Temiar, ubi caring lagi power daripade tongkat ali. Sumpit usah labun ler. Banyak. Getah pokok upaspun ade. Pokok upas ni pokok ipoh ler. Getahnye beracun, boleh munuh weh. Kalo kome meli sumpit ni, jangan try kat teman. Mampuih teman.

Ini tatak ker? Teman tenung mate soghang Temiar yang negor teman. Tatak tak kenei sheme ker? Bile sampei? Teman serkap jarang cam kenei. Sheme baru sampei. Malam ni ade sewang. Tatak rayakpun ade datang, madoh deh. Teman masih pening memikio saper ler oghang asli ni yang ngajak teman jumpe tatak rayaknye kat luor kedei. Sampei kat luor teman nampak ghamei oghang asli. Ade jantan ade pompuan. Tadi takdepun. Baghu sampei ler ni. Teman terpandang akan lori Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Daerah Kuala Kangsar di seberang jalan. Gamaknyer deme datang naik lori.

Tatak rayak, lame tak jumpei. Semua pakat salam ngan teman. Maklumler yang tuenye kenei teman. Ler ni temanpun deme manggil tatak rayak. Ape ker heinye. Tatak rayak, ini sheme ade bawak pisang. Bila sheme buat sewang, sheme bawak pisang ni. Ini pisang yang tatak tanam dulu. Manis. Bile deme sebut pisang yang teman tanam, sah deme ni datang dari Kuala Mu yang nun jauh di ulu Sg Perlus, kuor ikut Lintang. Tok Batin Ngah sihat ker? Teman mula menanyer deme. Tatak ingat lagi Tok Batin Ngah? Memang teman ingat, teman tak boleh lupe Kuala Mu. Punyailer deme seghonok bile teman cakap macam itu. Batin Ngah dah takde. Bah anak dieler jadi tok batin. Tapi pisang tu udah dekat 20 tahun teman tanam. Betui ker ini pisang yang teman tanam. Ini pisang dari anak cucu cicit pisang yang tatak tanam ler. Sheme jage. Semue ghumah ade pisang tatak. Ini kan ker pisang minyak? Sheme panggil ini pisang tatak. Tatak yang tanam. Mak datuk!, pisang yang teman tanam itupun asai usui anak pisang deme, boleh tukor jadi pisang tatak pulak. Kalo ler teman tinggai di sane, tentu teman jadi penasihat kepade tok batin.

Tengah teman lagut belabun dengan oghang asli ni, azan asarpun berkumandang dari masjid seberang jalan. Tatak, babuk, teman nak pegi semayang. Karang mase sewang kite labun lagi. Teman mintak diri. Shemepun nak semayang. Sheme dah Islam. Sheme dah potong. Aaaa..?

Imbau 20 tahun lalu. Deme mengeluh pade teman tentang ustaz-ustaz yang dibawa masuk oleh JHEOA untuk mengIslamkan deme. JHEOA buat surau, tapi diguna sebulan sekali iaitu pada mase ustaz tu datang mengajar. Ustaz tu boleh ler kata macam-macam, itu tak boleh, ini haram. Tak boleh bela anjing. Masuk Islam mesti potong. Ustaz tu tak duduk sini. Datang sini sekejap jer, dua tiga jam kata macam-macam. Balik bawak tongkat ali, bunga patma, gajah beranak dan macam-macam. Patutnye ustaz itu duduk macam tatak sebulan due di sini. Itu keluhan mereka suatu waktu dulu. Keluhan itu telah teman sampaikan kepada Pegawai JHEOA Kuala Kangsar. Teman tak ikut dah perkembangan mereka sebaik sajer teman abihkan research teman yang berkaitan dengan perbandingan gaya hidup masyarakat orang asli suku Temiar dan suku Jahai. Suku Jahai banyak terdapat di Gerik, RPS Air Banun dan RPS Kemar. Teman tak boleh lupe bila kawan teman asyik nengak soghang pompuan Jahai di RPS Kemar yang tak tutup ataih. Bawah pakai cawat tetapi masih nampak anunye. Temanpun nampak tapi malu nak tengak betui-betui. Takat jelling jer. Maklumler bujang masa tu. Sayu teman bile deme masih kenei ghupe teman. Teman jer yang tak berape kenei deme.

Sebaik sampei di Dango Tumpang, kelihatan MSK dah menunggu. Telok Bakongpun ade. Teman datang daghi elo, daghi Kote Setie bawak guest Jepun. Deme nak datang Senggang. Nasib baik ade lagi teratak kosong. Nyambei mudik ke ulu, keme singgahler di Bote tengok tuntung, Paloh di Layang-Layang Kiri dan juge Pulau Semat nengok makam Sultan Tajul Ariffin. Macam-macam Telok Bakong ceghiter ape yang dia tengok dalam perjalanan dengan bot dari elo ke ulu. Sempatler oghang Jepun tu nengok Dango Tengak-Tengak Senggang. Macam-macam deme meli. Jangan tak muat bot udahler. Esok pagi lepaih Jepun pegi Bendang Empat Ghase, teman nganyut ler kelo balik. Ate mike tak nak ker ngikut balik kelo? Balik, tapi bukan naik bot. Naik kapai teghobang.

MSK bagitahu tadi dia pegi ke kuale jumpe drebar teksi yang mawak omputih kelmarin. Omputih bagi duit semalam. Deme nak ke Penang dengan keter api. Teman dah beli teketnye. Esok petang pukui tiga, bas Kati datang ambik deme, teruih mawak deme tangkap gambo kat pokok getah sebelum naik keter api pukui lima. Teman pegi kuale mayor tambang teksi deme ler. MSK juge bagitahu semua omputih tu dah bayor abih pakej ni. Deme tak mahu free. Wow..., satu kepala RM100 per hari. Kalo 11 oghang kali ler dengan RM100, kali dua haghi campur RM400 setiap teratak untuk dua malam. Banyak tu. Teman tahu banyak jer. Berapa banyak, ntahler. Kome ler yang kire. Baki duit pade Bendahari JKKK. Deme juge bagi teman RM200 untuk buatkan kolam macam akuarium kat jeti penambang untuk taruh ikan kelise yang deme beli di Ketior kelmarin. Tu sebab tadi teman singgah kat pejabat ikan di Enggor. Encik Izhar kate, deme boleh buatkan kolam akuarium tu. Tak payah bayor. Duit RM200 tu beliler makanan ikan. Telok Bakong nak booking teratak bulan depan, tapi takde kosong. Minggu depan jer yang ade. Tiga bulan ke depan dah penuh. Kengkawan omputih ituler yang booking semalam. Deme dah tolong promosi pakej ni. Pagi tadi deme mintak nombor akaun nak masukkan duit. Ni teman tengah nunggu deme balik ler ni. Nak bagi nombor akaun. Ituler untungnye ade broadband free di sepanjang Sg. Peghak. Bookingpun gune internet. MSK tunjuk senarai pelancong yang akan datang ke Senggang bulan depan. Jaques Ah dari UK sekeluarge cop seminggu. Dekat jer UK , Ulu Kenaih. Bukan Ulu Kenaihler, London United Kingdom. Oooo … teman ngaji takat sekolah atap jer. Mane teman tahu UK tu United Kingdom.

Mike nak ker lagi mawak pelancong? Takde teman sior. Teman nak nanam blackberry dan anggur. Bior ler Ncik Doan yang mawak deme. Mike khabo jer pade Ncik Doan. Teman gerenti die setuju.

Teman tolong terjemah loghat oghang asli Temiar Kuale.

Tatak - tuan

Tatak rayak – tuan besar

Babuk - puan

Sheme – saya/kami

Madoh - jom/ajak

Deh – pergi/cepat

Madoh deh – jom pergi