Sunday, August 7, 2016

Malam ini di UTP .. The Apai Show

 


"THE APAI SHOW"


Karya oleh Professor Madya, Shamsul Rahman Mohamad Kutty (Dr.Shark) dan diarah oleh Pengarah Terbaik Festival Teater Johor, Dr. Mohd Dzul Hakim Wirzal,
Sinopsis: Cerita ni merupakan sebuah pementasan secara langsung rancangan “The Apai Show” ke siaran television channel 177 dan rancangan ni akan menemuduga personaliti-personaliti terkemuka di Malaysia, acara mencari bakat penonton secara spontan, siaran langsung dari luar negara dan pelbagai lagi acara hiburan. Semasa rakaman tersebut tiba-tiba YB muncul untuk menyaksikan rakaman dan meminta untuk memberikan ucapan. Semaca ucapan YB, dewan telah di tawan oleh sekumpulan teroris. Semua pelakon dan penonton di jadikan tebusan. Ada yang mati di tembak oleh teroris. Ketua teroris muncul di kaca TV untuk menuntut YB menurunkan harga bayam. Polis tiba tetapi tidak dapat membantu kerana kumpulan pengganas yang cekap.
Lupakan television anda! Kami bawakan khas secara langsung dari MAIN HALL, UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS. Banyak isu dan gosip yang hangat akan dibincangkan! Jadi, mari ramai-ramai saksikan pementasan teater kami! Butiran seperti dibawah:

TEMPAT: MAIN HALL, UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS.
TARIKH : 6 - 7 OGOS 2016 (SABTU & AHAD)
MASA : 8.45 MALAM
TIKET : RM7 (DEWASA), RM5 (KANAK-KANAK)
Sebarang pertanyaan, hubungi/whatsapp:
019-5220931 (Taslim)
013-5854077 (Aizat)