Wednesday, June 3, 2009

Telemung Kite

“Kita sama-sama udah rasa macam mana negeri kita di bawah pemerintahan pembangkang. Ganu sudah selalu. Perak baru jer. Ganu tak ketara sangat sebab PASpun Melayu. Tapi PAS tak bijak memerintah. PAS hanya bagi makan rakyat dengan ceramah jer. Malam ceramah. Siang tidur. Itulah PAS. Tapi bila tengak Perak , ternyata PAS digunakan oleh Cina untuk hina Melayu. Belum sampai setahun merintah Perak, Cina telah menyusun dan menentukan cara hidup orang Melayu. Melayu kena ikut cakap Cina. Sebab itulah di Ganu kami udah bagitahu rakyat supaya jangan jadi macam Perak. Kalo di Perak, PAS boleh biarkan Cina dapat tanah, tak mustahil kalo PAS merintah Ganu lagi, PAS akan panggil Cina luar datang dan bagi tanah Ganu pada mereka. Nasib baiklah Allah bukakan pintu hati dua exco PKR menyertai kita. Barulah mereka sedar yang PAS tidak sayangkan Melayu. Buktinya PAS tidak berusaha memajukan ekonomi orang Melayu. Marilah kita bersama menjadikan kisah di Perak sebagai satu iktibar demi masa depan anak cucu Melayu di negara ini”.

Itulah lebih kurang teks ucapan ‘perangsang’ Speaker Ganu yang dibacakan oleh wakilnya di satu majlis yang dihadiri oleh satu delegasi Perak bersama penduduk setempat dalam DUN Telemung.

“Walaupun kita orang ulu, kita orang miskin, tetapi kitalah sebenarnya penyelamat orang Melayu. Hj. Abdul Rahman Limbong adalah bukti bahawa orang ululah yang berani mempertahankan maruah Melayu. Kita orang di ulu Hulu Ganu. Kitalah pewaris pahlawan Telemung. Janganlah tuan puan terpengaruh dengan anak-anak tuan di bandar. Mereka hidup zaman senang. Walaupun kita hidup susah, anak kita tak merasai kesusahannya. Kerana mereka tidak ada pengalaman hidup susah, maka mereka mula memandai nak menyusun cara hidup kita. Allah telah kurniakan kita akal. Terpulanglah kepada tuan puan untuk memikirkannya ”.

Lebih kurang macam itulah penutup ucapan itu. Memang nampak bebenor sayangnya penduduk setempat dengan UMNO walaupun yang datang itu bukannya wakil rakyat. Patutler pengaruh UMNO masih kuat di kampung-kampung tradisional.

Malam itu teman lena setelah lagut bermain alat muzik ‘Ketuk Ulu” …

4 comments:

  1. nada dan irama yang didendangkan adalah sama seperti 55 tahun dulu....skrip ucapan tak der banyak perubahan...sejarah tak pernah tipu..kita jer yg putar alam untuk sejarah...
    yang benar akan tetap benar...
    takbirrrrrrrrrrrrr

    ReplyDelete
  2. salam mamamat...
    alat muzik 'Ketuk Ulu' tu benda apa?? :roll

    ReplyDelete
  3. Aduhai... UMNO tak abih dengan isu Melayu benci Cina. Ini bagaikan candu yang membekukan otak orang Melayu. Tak boleh nak fikir Cina tu adalah modal dan potensi yang boleh majukan orang Melayu. Tak hilang tukar perlembagaan pun; Raja tetap ada, Bahasa Melayu terus diamal dan Islam Ugama rasmi kita.
    Matlamatnya dasar telus, adil dan bersih seperti dikehendaki Islam.

    ReplyDelete
  4. BELAJAR LAH SAMPAI KE NEGERI CHINA,,,,,,, HARAPAN AKU BLOGGER BLOGGER BERKEMPEN SUPAYA MEMBUANG PERASAAN SIFAT PERKAUMAN YANG KARAT,,,,
    SAYA CADANG KAN TUAN MEMULAKAN KEMPEN INI,,,,
    DENGAN CARA INI LAH PAS DAN ISLAN AKAN DI TERIMA SEMUA PEHAK,,,,, SEMUA MANUSIA DI SISI ALLAH SAMA AJER KECUALI IMAN DAN TAKWA NYA,,,

    ReplyDelete