Thursday, February 19, 2009

Pesan Sang Sapurba

Lagut teman di Bukit Saguntang. Lagut nengak kilauan emas buah padi. Lehe dengan liuk lentok dedaun kilauan perak dan suasa bila disuluh mentari pagi. Tak sedor Wan Empok menggamit ajak ke dango untuk bersama makor pulut panggang. Kelihatan Wan Malini sedang mengintu api untuk dijadikan bara.

“Tak payahler mike makor pulut tu. Bior deme jer yang makor. Bukannya banyak”, tetiba terdengar suara Sang Sapurba di pintu dango.

“Moh kite rase kopi tumbuk ni. Dodoi semalampun ada lagi”, pelawa Sang Sapurba yang telah bersila di beranda dango.

“Camne dengan MB Nizar?”, Sang Sapurba memulakan labun pagi semalam.

“Dah jadi memanda buangan”, spontan jer teman nyampuk.

“Sape kate?”, tanya Sang Sapurba

“MB Nizar sendiri yang kata”.

“Ituler kome tak paham maksud tuanku. Sebenornya tuanku suka pada MB Nizar. Tuanku memang yakin pada kerojer MB Nizar. Apa yang tuanku buat tu semata-mata nak bantu MB Nizar jadi makin kuat. Kuat agama, kuat semangat, kuat mental, kuat fizikal, tahu undang-undang dan sayang pada rakyat tanpa mengira bangsa. Bukan ker semuanya itu rakyat tuanku”.

“Tuanku tahu UMNO memang udah tak guna. Sebelum UMNO mampuih, tuanku gunakan UMNO untuk perkuatkan MB Nizar. Ce kamu tengak dan pahamkan betui-betui, bila tuanku lantik Zambry jadi MB, MB Nizar steady jer. Rakyat tanpa mengira bangsa berdiri teguh di belakang MB Nizar. Kalo UMNO tak kaco dan tuanku tak izinkan Zambry jadi MB, MB Nizar tentu tak jadi sehebat sekarang. Kalo dulu orang bukan Melayu masih was-was dengan PAS, sekarang semua bangsa dah kagum dengan MB Nizar. Baruler deme paham bahawa PAS untuk semua. Islam untuk semua”.

“Kamu takkan tak tahu, tuanku tu bijaksana. Bab undang-undang ni khatam celah gigi jer. Tengak apa dah jadi? Terkolap Zambry dikerojerkan oleh Speaker. Takkan tuanku tak tahu kuasa Speaker. Esok lusa leboh ler Zambry tu. Leboh Zambry bermakna leboh ler juga UMNO dari Perak”.

“Ngape kamu tenganga? Minumler yangat tu, karang sejuk tak sedap”, usik Sang Sapurba.

“UMNO mungkin udah sedor, tapi udah tak guna. Dulu deme hingke bebenor nak ngunte projek, tapi rupenye apahpun tak mandang. Orang Pangkor udah mimpi ada gotak emas dari Lumut ke Pangkor. Laki si Midah tu udah mula ngigo nak jadi pengurus bola. Dia udah tak larat jadi drebar bini jer”, beria-ia benor Sang Sapurba berlabun perihal negeri teman.

“Boleh tak MB Nizar jadi calon Bukit Gantang?”, tetiba jer teman nanye pasei calon.

“Kamu jangan jadi tengin dan lepe macam UMNO. Nizar tu MB. Bagiler orang lain. Ustaz Deghih tu orang situ. Elokler dia jadi calon. Ustaz Deghih tu bukan Deghih laki Midah, tahu pasei bola jer. Kalo UMNO letak si Jin ker, si Loi ker, tak ngumbeh deme dengan Ustaz Deghih tu”, terdiam teman bila Sang Sapurba kata teman ni tengin macam UMNO.

“Kamu pahamker apa aku kata tadi?”, tanya Sang Sapurba

“Paham. Tuanku buat semua ni sebab nak munuh UMNO. Tuanku buat macam ni sebab nak tolong perkuatkan MB Nizar. Tuanku tahu rakyat akan marah, sebab bila rakyat marah, maknanya rakyat sayangkan MB Nizar. Tuanku tahu rakyat tak derhaka. Tuanku tahu UMNO lebih derhaka”.

“Satu lagi, tuanku mintak rakyat bersabor dulu”, tambah Sang Sapurba.

Wan Empok datang mawak pulut panggang. Wangi dan berasap lagi. Padi pulut yang ditumbuk dengan lesung tangan. Wan Malini pula masih membakor pulut panggang.

2 comments:

  1. yop,

    teman suka pos mike begini. teman dari mula sukakan pendekatan begini. baik kita ambik yg baik dr keputusan Sultan Azlan. Sultan buat begini ada maksudnya.

    cuma nak nyampeikan pada org kampung je agak susah sikit. kena bagi org kampung paham apa Sultan nak mereka nampak. Sultan mau tunjukkan kehodohan perangai amno.

    tapi ramai org tak nampak. dalam pakatan pun ramai tak nampak. ini sebenarnya senjata halus utk pakatan. bangsa lain dah nampak belang sebenar amno. ingat bangsa lain sior ke nak manglah amno lagi?

    sbb tu teman cakap lama dah, sampai hari ni komponen lain dlm beend soh pehane. deme tak berani nak bukak mulut sokong amno. deme tau bangsa deme getik dgn mainan amno.

    ReplyDelete
  2. Macam mana ghope Sang Sapurba ni... Drama satira menarik dan ada mesej untuk difikirkan.

    ReplyDelete