Saturday, February 21, 2009

Terima kasih JKKK PR Perak

Dah masuk minggu ketiga Dr. Zambry jadi MB UMNO Perak. Dalam tempoh itu juga rakyat Perak tak rasa apa-apapun perubahan. Penyokong PR memang telah sedia maklum bahawa MB UMNO ini tak akan mampu nak buat apa-apa dalam suasana semua tergantung. Ketua Kampung tergantung. Ketua Kampung yang sah masih milik PR kerana perlantikannya mengikut saranan YTM Raja Muda. Perlantikan mereka sebagai Ketua Kampung hanya berakhir 31 Disember 2010. Mahu tidak mahu, suka tidak suka UMNO Perak terus bergantung kepada JKKKP. JKKKP ini pula adalah lantikan pusat, bukannya negeri. Untuk membangunkan Perak, UMNO hanya boleh menggunakan peruntukan pusat. UMNO tidak boleh menggunakan peruntukan negeri. Jikalau mahu menggunakan peruntukan negeri, peruntukan itu mesti disalurkan melalui JKKK Negeri dan mesti melepasi pengetahuan Ahli Majlis PR di peringkat daerah.

Pening UMNO. Apa yang UMNO harapkan ialah JKKK Negeri tidak mengadakan mesyuarat bulanannya supaya UMNO ada alasan untuk menggugurkan semua JKKK tersebut. Namun semua JKKK telah dimaklumkan supaya terus mengadakan mesyuarat dan menyediakan minitnya. Setiap minit hendaklah dihantar kepada Penghulu dan diperakui penerimaannya oleh Pejabat Penghulu. Sama ada Penghulu akan membakulsampah atau memanjangkannya kepada Pegawai Daerah, itu mereka punya pasal. Yang penting JKKK PR/Negeri mesti hantar minit mesyuarat setiap bulan. Apabila minit dihantar, bermakna JKKK boleh menuntut elaun mesyuarat. Elaun mesyuarat dibayar atau tidak, lantaknya ler. Sebelum inipun kita telah biasa bekerja untuk PR tanpa wang sesenpun. Tentang tuntutan, biarlah masa yang menentukannya. Itu kerja pimpinan parti peringkat negeri. Kalau ada rezeki dapatlah elaun tertunggak. Kalau tiada rezeki, anggaplah sebagai amal jariah. Allah maha mengetahuinya.

Tugas JKKK ialah mencadang dan meminta peruntukan daripada negeri yang dipanjangkan melalui Penghulu. Canang dan beritahu kepada anak buah di kampung apa yang JKKK telah rancang untuk dilaksanakan. Cuma tunggu kelulusan negeri jer. Biar anak buah tahu apa yang JKKK telah mesyuaratkan. Biar UMNO semakin pening menangani JKKK PR yang sah ini.

Pengemis-pengemis UMNO yang dua minggu lepas melilit kain kuning di kepala sebagai menunjukkan rasa kasih sayang ‘Daulat Tuanku’ telah pergi entah kemana. Pengemis ini telah paham bahawa tiada apa lagi projek negeri yang mereka boleh harapkan daripada MB UMNO. Nak harapkan projek pusat, tingkat empat sudah sapu licin. Kesal tak sudah mereka. PR pula semakin kuat. YAB MB Nizar semakin kukuh pengaruhnya di negeri ini. UMNO mula sedar, tapi apakan daya, orang tamak selalu rugi. UMNO terlalu tamak merampas kuasa sehingga lupa prosedur dan perundangannya. Nah sekarang siapa yang rugi? UMNO atau PR? Rakyat adalah hakim yang sabar menunggu bila-bila masa sahaja DUN Perak dibubarkan. Rakyat juga telah siap sedia menunggu PRU 13 untuk menerajui Malaysia.

Bertambahnya hari, maka bertambahlah kekusutan UMNO. MB Nizar pula mempunyai ruang masa dan kesempatan menemui setiap pelusuk rakyat di setiap parlimen di Perak. Kemana sahaja MB Nizar pergi, rakyat pelbagai bangsa berpusu-pusu sedia setia mendengar dan memahami apa yang UMNO telah lakukan di negeri ini. Pada waktu yang sama MB UMNO telah gagal menyerlahkan gagasan idea membangunkan ekonomi rakyat di negeri ini. Ekonomi penyokong UMNOpun gagal dipulihkan. MB UMNO hanya mampu menyerlahkan dirinya yang lain daripada yang lain .. gelap masa depan UMNO ..

Kepada JKKK PR dan Ahli Majlis Tempatan, teruskan kerja anda. Andalah pemangkin mempercepatkan keruntuhan UMNO di kampung dan di desa. Ketahuilah bahawa UMNO hanya bergantung kepada sokongan Melayu di kampung-kampung sahaja. JKKK lah sumber media PR di kampung. JKKKlah penyumbang utama kejayaan PR selepas ini.

Terima kasih JKKK PR.

No comments:

Post a Comment