Friday, February 27, 2009

Mungkin ini usulnya ...

Speaker DUN Perak, YB Tronoh telah memanggil 48 ADUN Perak menghadiri Sidang Tergempar DUN Perak pada hari Selasa ini. Tujuh ADUN sedang digantung keahlian sebagai ahli dewan, manakala tiga lagi telah diistihar mengosongkan kerusi sebaik sahaja mereka keluar daripada PR. Sidang tergempar ini diadakan setelah genap sebulan Peristiwa Rampasan Kuasa UMNO pada 5 Februari lalu.

Speaker telah menyatakan ada dua usul yang akan dibawa dalam sidang tergempar Selasa ini. Saya menjangkakan dua usul tersebut ialah usul mengadakan PRK di DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang. Ini kerana YB Speaker telah mengistiharkan bahawa Jamaludin, Osman dan Hee telah meletak jawatan sebelum peristiwa rampasan kuasa oleh UMNO. YB Speaker telah memaklumkan kekosongan ini kepada SPR, tetapi SPR pula telah menafikan kuasa speaker. Sekiranya usul ini diluluskan oleh dewan, maka rakyat Perak akan berpeluang memilih wakil rakyat baru di utara, tengah dan selatan negeri ini. PRK di 3 DUN ini mesti diadakan dalam tempoh 60 hari.

Usul kedua ialah usul undi tidak percaya kepada MB Nizar. Siapakah dua ADUN PR yang akan membawa dan mencadangkan usul ini? Sekiranya usul ini gagal, MB Nizar akan kekal sebagai MB Perak tanpa perlu mengangkat sumpah jawatan. Sekiranya usul ini diluluskan oleh dewan, siapa pula MB baru yang ke-11 yang akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan tuanku sultan nanti? Kita tunggu …

Jumlah ahli dewan yang boleh mengundi pada hari Selasa ini ialah 48 orang. YB Speaker tidak boleh mengundi. Bermakna setiap usul yang akan dibawa memerlukan sokongan daripada sekurang-kurangnya 25 ADUN. Untuk makluman, YB PR ada 27, manakala YB BN ada 21.

MB Zambry? MB Zambry hanya MB DiPulau, bukannya MB Perak ke-11.

DUN bubar? Sultan sahaja yang berkuasa membubarkan DUN sekiranya ada permintaan daripada MB.Permintaan MB Nizar yang terdahulu untuk membubarkan DUN telah terbatal dengan sendirinya.

Kepada semua pembaca, tepuk dada tanya selera …

No comments:

Post a Comment