Tuesday, February 24, 2009

Istana tidak bersalah ...

Kenyataan

Dalam Sistem Pemerintahan Raja Berperlembagaan di Malaysia, Agong atau Sultan hendaklah bertindak melucutkan jawatan menteri atau exco berdasarkan nasihat daripada Perdana Menteri atau Menteri Besar. Istana berkuasa dalam membubarkan parlimen/DUN dan memanggil dewan bersidang setelah mendapat nasihat daripada PM atau MB.

Rentetan peristiwa sebelum rampasan kuasa di Perak

1. Mantan MB Perak, Tajol Rosli diminta melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perak.

2. TPM Najib dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perak yang baru.

3. Zahid Hamidi pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Perak.

Ulasan 1

1. Tindakan ADUN Bota melompat keluar daripada UMNO menyertai PKR sememangnya telah dirancang supaya ada alasan kukuh untuk menggugurkan Tajol Rosli sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perak.

2. Tindakan UMNO melantik TPM Najib sebagai pengganti Tajol walaupun beliau bukan berasal dari Perak adalah kerana jawatannya sebagai TPM.

3. UMNO tidak melantik Zahid Hamidi sebagai pengerusi kerana Zahid sekadar menteri biasa.

4. Secara ranking mudah, jawatan TPM lebih besar daripada MB. Jawatan MB pula lebih besar daripada menteri. Manakala mantan MB Tajol langsung tidak termasuk dalam ranking.

5. Untuk merampas kuasa secara keliru, istana hendaklah mengutamakan nasihat TPM berbanding MB.

Ulasan 2

MB Nizar telah memohon perkenan istana untuk membubarkan DUN. Pada hari yang sama TPM Najib mengumumkan UMNO telah menjadi majoriti di Perak. Istana tidak membuat keputusan kerana mahu memberi peluang TPM Najib mengadap pada hari berikutnya. MB Nizar diminta bersabar.

Istana telah menerima dua nasihat. Satu nasihat membubarkan DUN Perak daripada MB Nizar. Satu lagi nasihat mengambil alih jawatan MB daripada TPM Najib. Secara ranking, istana hendaklah mengutamakan nasihat TPM berbanding MB.

Sekiranya berlaku perlanggaran undang-undang dalam maksud di atas, istana tidak boleh dipersalahkan. Istana bukanlah badan kehakiman untuk membuat keputusan. Istana hanyalah badan perundangan yang hanya mendengar nasihat daripada memandanya. Akan menjadi kesalahan jikalau istana tidak mendengar nasihat daripada memandanya.

Rumusan

Berdasarkan pengetahuan dan fahaman saya, saya merumuskan bahawa TPM Najib telah memberi nasihat yang salah kepada istana. TPM Najib telah melanggar tatacara dalam urusan melantik MB baru. MB baru pula bersalah kerana tidak menasihatkan istana bahawa perlantikannya adalah tidak sah kerana tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan dalam perlembagaan.

Oleh itu secara perundangannya, TPM Najib dan MB baru bolehlah dikatakan telah bersalah kepada istana dan rakyat Perak. Sebab itulah MB baru telah digantung daripada menghadiri sidang dewan oleh speaker. Difahamkan bahawa polis hari ini telah menghentikan siasatan ke atas tindakan speaker ini. Mungkin juga selepas ini sekiranya ada peruntukan undang-undang berkaitan, TPM Najib boleh disabitkan bersalah kerana mencampuri urusan batang tubuh negeri Perak.

Ingat .. Najib sekadar TPM, bukannya PM. TPM tidak boleh menasihati ...

Wallahualam.

1 comment:

  1. Umno bukan pedulikan undang-undang dan peradaban.. Apa yang penting dapatkan kuasa

    ReplyDelete