Wednesday, February 4, 2009

Ghase temanler ... DUN Perak bubar

Teman pikio senang jer. Tak rumit. Senang paham. Kebiasaannya nak tukor MB kena buat undi tidak percaya dalam dewan dulu. Kalo UMNO udah tak sabor nunggu dewan bersidang, boleh tulih surat pada speaker atau MB Nizar untuk panggil dewan bersidang. Atau mintak perkenan tuanku untuk titahkan MB cepatkan tarikh dewan bersidang. Pada masa ini baruler boleh dibuat undi tak percaya pada MB. Lepaih tu kalo berjaya, baru boleh ngadap tuanku mempersembahakan bahawa BN udah menang. Kena lantik BN pulak jadi MB. Kebiasaannya tuanku kena terima kerana undi tidak percaya itu ikut prosedur. Bukannya sekadar hantar surat ke istana menyatakan bahawa kami telah keluar daripada PR dan menyertai BN. Ini cara yang tak betui. Takkan BN tak tahu yang tuanku lebih arif perihal undang-undang kerana tuanku adalah bekas Ketua Hakim Negara. Kes-kes yang rumitpun baginda boleh selesaikan, inikan pula mende macam ni.

Pilihan yang satu lagi ialah memperkenankan pembubaran DUN Perak. MB telah mengadap dan memohon perkenan tuanku untuk membolehkan diadakan satu pilihanraya seluruh negeri Perak. MB telah memohon dan tuanku dijangka akan umumkan keputusannya esok. Daripada sudut undang-undang, MB telah mengikut prosedur yang ditetapkan. MB lebih awal memohon perkenan pembubaran daripada permohonan BN memanggil sidang dewan.

Diandaikan BN mengadap esok untuk mohon perkenan mengisi jawatan MB baru, tetiba jer tuanku tanya bila kome buat undi tak percaya dalam dewan? Agak-agak apa Najib nak jawab?

Berdasarkan fahaman teman yang sekadar sekolah atap ini, teman rasa tuanku sultan yang merupakan payung negeri, payung rakyat akan memperkenankan pembubaran DUN Perak seperti mana yang telah dipohon oleh MB NIzar petang tadi.

Sempena dengan sambutan Jubli Perak pemerintahan baginda Sultan Perak, teman laungkan ungkapan keramat zaman berzaman .. Daulat tuanku

2 comments:

  1. Dolat tuanku !
    Tak ade le sie-sie keme berdoa untuk tuanku lepah semayang jumaat !

    ReplyDelete