Sunday, February 8, 2009

Dari Dango ke kediaman MB

Semalam teman dapat bersama rerakan bloggers di bilik penerangan di Kediaman MB Perak, MB Nizar. Lebih kurang tiga jam sahaja teman di sana. Dalam tempoh itu tidak banyak perkara yang teman boleh bantu. Maklumlah itu pertama kali teman masuk ke kawasan kediaman MB, walaupun kekadang pernah hingga empat lima kali sehari teman lalu berkereta dan bermotosikal di luar kediaman MB. Sejam yang pertama teman habiskan masa berselogho dan menyesuaikan diri dengan rakan-rakan blogger. Sebahagian besar blogger telah teman temui sebelum ini. Semuanya ramah dan ceria. Terima kasih MSK kerana sanggup berdiri menunggu teman di pintu masuk kediaman MB. Hampir setengah jam MSK berdiri tegak laksana Bentara Kati setia menjunjung duli menyambut kehadiran teman dengan penuh hormat. Kemudian diiring megah memasuki perkarangan kediaman terus ke bilik penerangan blogger.

Ciberboron dan Sya Reformis begitu serius menyelesaikan tugasan mereka. Asrol sibuk dengan kerja-kerja teknikalnya. Manjong Mari dan Al-Banjari masih terkial-kial memuntahkan idea dan ulasan baru berdasarkan perkembangan terkini. Cenangau dan Dugong mundar mandir makan karipap sedekah orang ramai. MSK pula bersunyi-sunyian di luar mengarang dan mengolah berita terkini. Dalam kesibukan mereka, tetap ada gurau senda gelak ketawa bagi menghidupkan suasana bilik yang sememangnya pepak lerak dengan makanan, wayar kabel, komputer dan laptop persendirian. Terharu dan hiba melihat akan kesungguhan mereka menyalurkan maklumat segera kepada pembaca di luar yang begitu ternanti-nanti akan perkembangan terkini. Para blogger rata-ratanya tiada pengetahuan kewartawanan. Kami mempraktikan gaya kami sendiri. Al Banjari dengan gaya santainya, Cenangau dengan gaya belasahnya, Manjong Mari dan Ciberboron ada santai, ada hentam. MSK pula dengan penuh sinis dan jenaka. Sya Reformis menggunakan cara serang berfokus.

Sejam kedua teman merayap di luar bilik. Seorang diri memerhati dan melihat sokongan orang ramai yang bertali arus memasuki kawasan kediaman. Unit Amal begitu setia dan bertenaga mengawasi suasana malam. Ada yang berjaga, ada yang lelap seketika baring dilantai simen kaki lima. Kagum teman pada mereka. Kagum dan tabik teman pada semua. Terasa kerdilnya semangat teman kerana tidak dapat bersama mereka sepanjang hari apatah lagi sepanjang minggu. Mereka tidak dibayar elaun khas. Mereka tidak meminta dan mengharap disediakan air dan makanan. Tetapi sedekah makan minum sentiasa ada tanpa putus. Allah sentiasa melimpahkan rezekinya kepada kita.

Sejam ketiga teman masuk semula ke bilik blogger. Teman sempat siapkan sambungan ‘Dari Dango ke Casuarina’. Terima kasih Manjong Mari kerana mengizinkan teman menggunapakai laptopnya. Ciberboron masih sedang mengedit pengertian perlembagaan dan undang-undang tubuh Perak untuk difaham secara mudah oleh pembaca. Cuba menulis bahan-bahan ilmiah secara santai. Asrol telah lena di sudut dinding beralaskan sekeping kain rentang. Tanpa bantal, tanpa selimut.

Jam menunjukkan pukul dua pagi. Teman mohon mengundur diri untuk pulang. Di kala ini semuanya masih berjaga kecuali Asrol sahaja. Sempat salam dengan YB Cina Islam. Teman keluar dari kediaman MB dengan harapan dan doa boleh datang lagi. Kengkawan di luar menunggu kut-kut ada berita terkini. Sempat lagi singgah minum di kedai mamak makan roti canai bersama bekas YB PAS. Najib tidak hadir di majlis bersama orang-orang Cina di Yuk Choy. UMNO menghangatkan report derhaka di setiap balai IPD di Perak. Buat masa ini, PR ada MB dan kerajaan tetapi BN sekadar ada MBH tanpa kerajaan. Dr. Zambry yang masih bertaraf zombie melaung-laungkan bahawa kerajaan baru adalah lebih adil untuk semua. Pirahhh …

Pukul empat pagi baru sampai ke rumah. Lepas subuh terus ke tempat kerja walaupun hari ini hari minggu … Pekena radix hilang ngantuk.

Tabik teman kepada rakan-rakan di bilik penerangan kediaman MB.

8 Feb. 2009

5 comments:

  1. Salam Mamamat,
    Khusus mengenai MSK, memang tabik pada dia kerana sikap setiakawan dan tawadhuk dia terhadap kawan-kawan. Itu sebab dia dihormati, dipercayai dan disayangi. Saya tak pernah keseorangan bila di KK. Itulah yang dikatakan kawan.

    ReplyDelete
  2. salam mamamat,
    terharunyer teman baca posting mike ni.. semoga Allah memberkati usaha-usaha rakan blogger mnyediakan maklumat terkini..

    ReplyDelete
  3. Salam semua

    Pengasas .. betui kata tuan berkenaan MSK

    Kak Yong .. nanti bila sutera udah menjadi, bukan sahaja dua tiga pokok boleh ambik. Kalo MSK tak cukup tanah nak nanam sutera, Kak Yong boleh ambik dulu.

    ReplyDelete
  4. Ate bile kita nak bine dangau kite di tepi telayo tu ? Boleh le berihat2 sambil nengok pokok sutere!

    ReplyDelete
  5. salam mamamat,
    td teman rasa teman ade tinggalkan pesan kat sini.
    dah amik ker hadiah kat blog teman http://ibualiya.blogspot.com
    amik yer jgn idak.. kabo sekali kat kengkawan mamamat tu. ikhlas ni dari teman.

    ReplyDelete